Wednesday, May 11, 2011

Waktu Sakit menjenguk....

Lama terhenti update blog saya ni, rindu rasa hati...tapi selalunya takat pandang aje tapi tak berkesempatan. Balik dari Bandung, hubby naik kerja seminggu. Dalam masa seminggu ni Hadif positif chicken pox, mama demam dan Raisa meragam. Saya demam yang attack sendi. Menguruskan Hadif dan Raisa dengan linangan air mata. Bukan sedih, tapi menahan sakit. Hadif tanya saya "kenapa mama solat menangis?" hahahha bukan menangis sedih, tapi menangis menahan sakit. Lelah sungguh nak menunggu hubby balik esok. Dalam kereta nak balik ke ofis selepas hantar susu Raisa tengahari tadi pun dah rasa nak lelap mata. Dengan tekak yang tak boleh menelan...tetapi perut lapar minta diisi. Semoga bila hubby sampai di rumah dapatlah mengurangkan kepenatan saya yang terlalu lalu ini. Kain baju minta dilipat, rumah minta dibersihkan maklumlah kenduri aqiqah Raisa dah terlalu hampir. Hujung minggu nanti nak gunakan waktu yang ada untuk mengemas apa yang patut.

Di sepanjang tempoh saya tak sihat ini, abang Hadif sangat membantu. Tolong picit2kan kaki mama, tolong agah2kan adik... bila dia tidur, saya bisik kat telinga dia "terima kasih abang...abang memang anak yang baik, anak yang sentiasa menyenangkan hati perut mama, mama doakan abang jadi anak yang soleh, yang pandai dan sentiasa diberkati" saya cium2 dia...sayu hati. Sejak ada adik ni perhatian kepada si abang terpaksa dibahagi dua. Abang pun pandai aje bawa diri, kalau tidak tak putus2 nak cium mama...hihihi. Jauh di sudut hati saya, sentiasa berdoa semoga Hadif mengerti, kehadiran Raisa tidak sedikit pun menggugat rasa kasih dan cinta saya pada Hadif. Tidak sama sekali. Bahkan bertambah-tambah walaupun kadang kala darah saya selalu naik buat dek Hadif...hahahah

Raisa? semakin panjang akal, dah masuk 5 bulan, berat 7 kg, dah pandai nak angkat punggung... lagi satu dah pandai nak ikut mama. Tak mahu langsung berenggang kalau mama ada. Jangan tak tahu malam tadi saya makan malam pukul 11 malam, itupun makan roti 3 keping cicah milo panas...adik...adik...hahahhah dan alhamdulillah, masih lagi menyusu susu mama secara ekslusif. Moga Allah beri kekuatan untuk saya meneruskan misi menyusukan Raisa sehingga umur Raisa 2 tahun. Amin.

Babah? babah pun ada progress jugak..hahahahah. Hubby balik esok. Boleh saya pass bahagian mengurus Hadif ke Babah. Rindu? I love U? hahahha hubby selalu tanya saya kalau saya terlupa sebut perkataan itu... I love u babah..cepat la balik..mama penat. Siapa lagi saya nak rindu kalau bukan suami saya kan... walaupun naik kerja seminggu tapi tetap nak rindu jugak. Tambahan bila demam dan sakit badan, kena tahan sendiri. Teringat mak saya cakap " demam pun ligat serupa orang tak demam" habis....siapa yang saya nak minta tolong. Takat tolong sikit-sikit tu insyaallah keluarga boleh tolong, tetapi saya dah terbiasa menguruskan keluarga sendirian, biasanya sedaya upaya nak buat sendiri. Semoga Allah terus bekalkan saya kekuatan emosi dan rohani untuk menghadapi ibadah ini. Amin.

Oh ya...tidak sempat nak buat entry hari ibu... Selamat Hari ibu buat mak tersayang... tidak ada yang dapat menandingi kasih sayang mak buat intan dan adik-adik... terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang sentiasa membahagiakan, seorang ibu yang tidak pernah meminta-minta, yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak, semoga intan dapat ikut jejak mak, jadi seorang ibu yang ikhlas membesarkan anak-anak, bukan mengharapkan balasan walau dari apa segi pun... i love u mak...so much.... sungguh bangga, sebab sebagai ibu, mak saya tak pernah sekali pun menggunakan tiket sebagai ibu untuk meminta-minta dari anak-anak..huaaaa saya sangat sedih..sebab mak pelihara saya dari kecil dan sekarang jaga pula anak-anak saya...sungguh tak terbalas jasa mak...

Terima kasih juga buat hubby tercinta...wish selamat hari ibu dgn lagu Ziana Zain lagi. Terharu saya jadinya. It is not so you darling..hahahha menjadi mama pada anak-anak awak buat saya bahagia..itulah syurga di hati saya... :)

Lagi satu, terima kasih kepada adik-adik GBS; Nani, Nily dan Dayah yang datang melawat orang demam ini. Terima Kasih Auntie Nani kasi hadif air zamzam dan buah kurma...hadif teguk laju je auntie...geleng kepala mama tengok, doakan mudah-mudahan kami murah rezeki insyaallah nak pergi sendiri ke masjidil haram, nak minum air zam zam puas-puas...hadif memang suka minum air zam zam..

1 comment:

mawar said...

u're most welcome! ^_^ sharing is caring!! saranghae!

tunggu ole2 saya dr kg utk mama, dari kota haram utk babah dan ada sesuatu utk hadif juga. ;)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!