Thursday, June 16, 2011

Jumaat segera datang!

Sekejap sahaja sudah hari Khamis. Cepat sungguh masa berlalu. Tetapi jujurnya saya memang menantikan saat tiba hujung minggu. Penat sungguh rasa badan ni sebenarnya. Hujung minggu ini nak mendobi baju sekolah Hadif, 10 pasang, nak kemas rumah, nak golek-golek dengan Abang Hadif dan Adik Raisa.

Semalam masa Hadif tunjuk kertas periksa Sains dia, saya sudah tergelak besar. Mana tidaknya, bila kena namakan jenis pokok, pokok kaktus ditulisnya pokok paku pakis. Rasa nak tergolek-golek tergelak. Nak marah pun tidak boleh, ye la Hadif mana la kenal pokok-pokok ni. Nampaknya lepas ni kena bawa dia mengenali flora dan fauna. Ke mana agaknya ya? Fraser Hill pun ok jugak kot. :)

Raisa pula semenjak dua menjak ini tak mahu bergolek-golek di bawah. Kata opah, Raisa nak dipegang aje. Kasihan opah, jadi babah belikan walker. Harap-harap lepas ni kuranglah jerit tangis drama queen of mama's heart tu. hahahhaa. Masuk umur 6 bulan bukan main lagi telatah dia, dah pandai nak ikut mama pergi kerja. Tiap-tiap hari mama terpaksa melalui sesi memujuk sebelum pergi ofis. Bukan takat dengan opah je dia tak nak, dengan babah pun jenuh nak memujuk kalau nak suruh dia didukung dek babah. Adik ni agaknya tali pusat dia masih tak putus dari mama kot kan? haahhahaha
Semalam baru menulis entry berkenaan berat badan, hari ini semasa di pantry ada yang menegur badan saya nampak susut dari dahulu. Tergelak besar jadinya. Sebenarnya saya pakai baju lama, masa sebelum mengandungkan Raisa. Masa tu baju yang saya pakai ni memanglah ngam-ngam dengan badan, tapi hari ni baju nampak longgar. Nak gelak ke nak apa ni ye? Tapi sungguhlah, memang sberat badan saya turun. Cumanya belum sampai tahap yang saya inginkan. Alhamdulillah lepas pantang hari tu, banyak baju yang dah longgar-longgar, ada juga yang tak cantik lagi untuk dipakai. Mungkin sebab menyusukan Raisa sepenuhnya, disamping penat mengurus keluarga, dulu anak satu, sekarang anak dua. Rutin hidup memang berbeza. Banyak perkara nak dibuat, dan harus dibuat dengan cepat. Ada masa, rasa penatnya badan terasa seperti ingin menangis. Teringat kata-kata hubby. "nak ada baby, mestilah penat. kenalah terima" Sekarang, saya belajar untuk menerima kepenatan saya. Ada masa tak sempat nak fikir tentang kepenatan. Layan sahaja. Agaknya berkat kepenatan lah saya dapat kurangkan berat badan. Syukur Alhamdulillah. Rasa larat saya buat, tak larat saya berhenti. Kena belajar kurangkan mengeluh, kena belajar hadapi dengan tabah. Kalau nak mengadu, kena mengadu pada Allah, bukan pada orang lain. Walaupun penat, bila lihat wajah mulus anak-anak, saya jadi bertenaga semula.

Ada seorang teman bertanya "Azila, kalau Shamsul tak ada, azila balik rumah mak ke?" Agaknya apabila melihat mak abah saya tinggal berdekatan, orang akan menyangka saya akan mengharapkan mak dan abah dalam urusan sehari-hari. hahahha jawapannya tidak. Kalau hubby tak ada, saya akan duduk di rumah sendiri bertiga beranak. Menyiapkan bubur Raisa, siapkan kelengkapan Raisa, pantau kerja rumah abang Hadif, kemas buku ikut jadual waktu, selesaikan kerja-kerja rumah, Buat stok susu untuk Raisa. Ada masa, beli barang-barang dapur uga bertiga beranak. Abang Hadif akan tolong tolak troli, saya akan dukung Raisa. Walaupun mak saya yang jaga anak-anak saya semasa saya pergi bekerja, tetapi segala baju-baju mereka saya akan basuh sendiri. Seboleh-bolehnya saya tak mahu menyusahkan mak saya. Sudah tolong menjaga anak-anak sementara saya keluar bekerja sudah seribu rahmat. Semoga Allah panjangkan umur mak abah saya yang sentiasa tak pernah jemu membantu saya disepanjang ketiadaan hubby yang pergi mencari rezeki.

oh cepatlah hujung minggu....tak sabar rasanya nak berehat, nak layan ichaija yang semakin pandai memanjakan diri....nak layan abang Hadif yang bercakap tak henti-henti. Merekalah sebab saya mahu terus hidup....

Abang Hadif...pengarang jantung mama

Ichaija, belahan jiwa mama

"Life is all about taking the right opportunities. Mine is still very much a work in progress; but I know where I came from and what I have had to fight so far. I am glad I did, because I'm still here, I'm still thriving!"

wohaaa...lama okeh tak tulis blog dalam bahasa inggeris, sejak bertekad tak mau campur adukkan bahasa, tapi rasa nak menulis la sebarang dua ayat...rindu..hahahahha

2 comments:

PM said...

k.intan, sblm ke fraser hill... bawak hadif tawaf taman botani dulu... hiks.

waa... ni kira perkembangan yg baik. badan sudah susut... boleh la kita makan makan lagi! woha!!!

Intanaziela said...

nani: ok jugak kan.. ok nanti kita set date je...sessi melancong ke putrajaya..keh keh keh

susut yang tak nampak susut pun.. akak rasa biasa je, tapi org lain yang dok tegur..alhamdulillah la tu..tapi makan2 tu buat akak seriau la nani...hahahahh

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!