Thursday, June 30, 2011

Kita Berbeza walaupun sama

Saya jual kuih raya...hahaha jangan betul kan mata anda, betul, ini adalah benar. Gambar-gambar kuih saya tak upload lagi sebab tak sempat dek kerana anak dara saya tak mahu berenggang dengan saya. Penghantaran adalah percuma di kawasan Kota Kemuning, Shah Alam dan yang sewaktu dengannya. Yang jauh-jaun kenalah saya charge duit minyak, melainkan kalau anda order banyakkkkk. Eh, ada bakat juga saya meniaga kan? selalu jadi tukang beli sokmo...ngeh ngeh ngeh.

Ini cerita Raisa. Agaknya anak yang menyusu badan ini memang terlalu attach dengan ibu ye. Raisa memang tak mahu berenggang dari saya walaupun di rumah. Kalau saya letak dia di bawah dan saya nak buat kerja rumah, dia akan menangis sampai bengkak-bengkak mata. Lagi kasihan sewaktu dia ditinggalkan di rumah opah. Menangis, dan terus menangis. Sampai opah kata Riasa tak rasi dengan nama Nur Raisa Khadijah atau ichaija, opah tukar nama dia jadi Kattie... hahahhaha. Peliknya bila dipanggil Kattie dia sengih dan berkelakuan baik, tidur dari pukul 12.30 tengahari sampai pukul 3.30 petang. Aik Raisa, tak kan la nak kena panggil Katie pulak, nanti unni Nilly jeles la pulak..hahahaha.

Lately ni setiap hari mama jadi tak tentu arah. Bila Raisa lelap saya akan buat kerja laju-laju, masalahnya dia kalau mama ada di sebelah lama betul lelapnya, bila mama bangun terus bergema alunan berzanji menangis dia tu. Allah...Allah...Allah.. Ada juga yang bila saya ceritakan masalah saya akan berkata begini "biasalah orang beranak kecik...." huhuhu memanglah bila ada anak kecil ini lain situasinya, tetapi kena faham yang saya ini tinggal bertiga beranak, suami pergi cari rezeki, kena urus semua sendiri. Sampai sahaja di rumah, terus turunkan anak-anak, angkat beg-beg (2 beg sekolah Hadif, satu beg pam susu, satu beg harian Raisa, satu beg baju kotor, dan beg tangan saya). Tak sempat letak beg Raisa dah menjerit-jerit. Kena tenangkan dia dulu, sambil tu uruskan Hadif, mandi, makan, selesaikan homework. Bila Raisa dah lelap, lari laju-laju, mandi, solat. Kalau sempat terus masak bubur dia. Lepas tu mengadap kain. Kalau tak sempat kena tunggu hujung minggu. Nasib baik 10 pasang uniform Hadif saya gosok siap-siap hujung minggu. Lepas tu selesaikan bekalan susu Raisa yang masih lagi menyusu badan secara eksklusif. Secara total, tak mahu susu formula. Siap semua bawa anak-anak naik ke atas, tidurkan Raisa kalau dia terjaga, bacakan buku cerita abang Hadif kalau saya larat. Kalau tidak...semuanya terus tidur. Jaga semula pukul 6... sekarang Raisa jaga dari tidur pukul 5.30 pagi, belum termasuk dia bangun minum susu sepanjang waktu tidur. Jadi salahkan kalau saya mengadu atau bercerita tentang apa yang saya hadapi? Agak-agaknya orang yang beri komen begitu boleh ke buat apa yang saya buat ye? itu tak termasuk apabila pulang dari pejabat, terus pergi jemput abang Hadif balik sekolah, jemput Raisa di rumah opah dan ada kala terus ke pasaraya beli barang dapur. Tangan sebelah dukung Raisa, yang sebelah lagi jinjit beg plastik. kemon lah, saya bukannya nak mendabik dada saya seorang ibu yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya bila orang bercerita, tolonglah hormat dan cuba memahami. Sekian, terima kasih.

hahaha aduh, dah jadi tempat melepas perasaan. Tapi rasa lega selega leganya pulak. Saya bukan tak bersyukur, saya bersyukur sangat-sangat kerana saya mampu menggalas semua tugasan saya, cumanya saya tak boleh terima kenapa ayat yang sinikal itu dilemparkan kepada saya. Situasai saya dan dia tidak sama. Suaminya sentiasa ada di darat. Kita berbeza ok?

4 comments:

dhr said...

erk..hebatnye ibu2 yang bekerja & berjauhan dgn suami ni! setakat ni yg saya kenal ialah akak & wahida. Kalau saya ada anak esok, mampukah saya jadi sehebat kalian?

puteri zulaikha megat said...

intan..k zu faham apa yg intan rasakan..lama dulu dgn perut buncit peknen anak yg ke3,k zu heret anak2 yg 2 org lagi tu p bank byr duit kereta pas tu p beli barg dapur..usung beras 10 kila lagi huhu..cuma bernasib baik sbb k zu tak kerja.elok lah klu intan amik maid..klu hari intan nak main kejar2 ngan hubby hntr jer bibik umah opah..ni cadngan jer..kesian baca luahan hati intan..atau pun mai jadi surirumah sepenuh masa cam k zu ni..hehehe

Intanaziela said...

dian: walaupun susah tapi akak enjoy life, cuma ada masa memang la rasa penat, rasa tak sihat, tak kan tak boleh luahkan apa kita rasakan...kalau dian di tempat akak pun dian mampu mengharunginya...bak kata pepatah "alah bisa tegal biasa" akak dari awal perkenalan dgn hubby dah belajar terima semua tu...

kak zue: hahah time peknen tak usah citer la kak, sehari sebelum bersalin dok drive kete bawak hadif ke hospital, demam panas, dgn tak tidurnya melayan kerenah hadif yang demam...kalau bergelar surirumah ni memang la ikut kerja tak habis2, tapi masa rehat boleh set sendirikan kak...intan enjoy life masa berpantangkan raisa hari tu, boleh buat kerja rumah,boleh masak walaupun simple2, boleh bekalkan hadif makanan ke sekolah...tapi bila dah start kerja ni semuanya kena cepat, semua x sempat, nak belai diri pun anak dah menangis..hahaha tapi kak, nak ambil maid tu belum terfikir lagi sebab rasa boleh lagi buat kerja2 tu, cumanya time Raisa tunjuk perasaan tu la yang mama dia berperang dgn perasaan...doa banyak2 biar hubby murah rezeki dan intan tak perlu kerja...doakan ye kak? hahahaha motip kan?

Bibu said...

just found this blog on topic : "anak asik menangis takmo berenggang" hehhee..sama la itula situasi sy skrg..dgn anak 3..even ade suami pon masih lom cukup pertolongan yg ada ( bukan nak komplen tapi syukurla de nak tolong sket2).lately yg bb ni kerap menangis tapi air mata tade pon even pgi dapo brg sesaat pon terus melalak mcm kene dera.runsing2 tersangat runsing sampai bbsitter kata tak nak jaga dah hari ni..mmg luluh ati..so hanya kite shj yg paham situasi camni.dah ade experience amik maid..bahagia 2 thn je..pastu de balik tanpa berita dah. nak cari lain yg baik dan serasi bukan senang skrg ni depa lebih suka keje di kedai2.pastu ati ni sentiasa la tak tenang sbb syaitan tu asikla mencucuk supaya kite ni berprasangka yg tak elok saje. Btol sentiasa berdoa husband byk rezeki so kita tak perlu keje hehehe..Amin

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!