Tuesday, June 7, 2011

Mati itu pasti

Mati itu pasti. Yang hidup pasti kembali menemui pencipta.

Takziah buat keluarga Allahyarhamah Zarina Abu. Rakan sepejabat saya yang telah kembali ke rahmatullah pada hari jumaat, 10.35 mlm. Masih terbayang-bayang wajah arwah bersembang dengan kami yang menziarahinya di rumah minggu lepas. Arwah masih boleh tersenyum, bersembang menceritakan perihal sakit yang dia tanggung. Walaupun Arwah tidak rapat dengan saya, tetapi sebagai rakan sepejabat, saya turut merasa sedih. Bila melalui lobi, hati akan hiba...jadi untuk sementara ini saya tak mahu lalu di depan tu. Sangat-sangat mengusik hati. Arwah sangat ceria orangnya.


Saya sempat menziarahi jenazah di Puchong pada hari Sabtu. Tak tertahan air mata ini turun bagai hujan apabila melihat wajah mulus anak arwah, Thaqif yang baru berusia 6 tahun. Terus terbayang wajah anak-anak di rumah. Bagaimanalah kalau saya yang pergi dulu. Bagaimana Hadif dan Raisa harus melalui fasa kehilangan saya. Mungkin hubby mampu menjaga, tetapi bagaimana dengan kasih sayang seorang ibu...akan samakah kasih sayang seorang ibu kandung kalau dibandingkan dengan ibu tiri? ish.. jauh sungguh saya berfikir. Teringat kata-kata suami "yang..kalau awak mati saya pun mati juga" eh..bagaimana pula kan? andai ditakdir tibanya ajal maut itu..biarlah saya yang pergi dulu... saya mohon pada Allah. Tak sanggup rasanya kehilangan separuh dari jiwa saya. Nadi hidup saya. Tak boleh bayang bagaimana.

cukuplah cerita sedih ini. Hanya doa yang dapat saya kirimkan buat mereka-mereka yang telah pergi terdahulu.

Hari Sabtu perlu bekerja, Hari Ahad hadif ikut opah, atuk dan mak lang ke Melaka. Beriya-iya atuk dan opah minta nak bawa Hadif. Kalau ikutkan saya, memang saya tak kasi..hahahah saya ni payah sikit nak berenggang dengan anak. Hadif dulu, walaupun opah yang jaga, tetapi tak pernah opah dapat peluang tidur malam dengan cucu dia. Biarlah siang dah bersama opah. Malam adalah masa saya dan anak. Sampai lah ada raisa ini. Walaupun dah ada anak dua, tetapi tetap tak boleh pinjamkan seorang pada opah dan atuk..naheeeee...naheee.... tapi kali ni, bila saya call hubby tanya boleh atau tidak Hadif ikut opah dan atuk, hubby kata boleh. Adoi... parah rasa hati. hahahhaha.

Lepas hadif & gang bertolak ke Melaka, saya call nani, kengkonon nak berjalan2 area putrajaya. Tanya Nani unnie Nily mana...unnie Nily puan fatimahnya datang dari Terengganu. hahahha. Nily, suka buat orang gabra tau. Tak pasal akak terkenal dengan suara kakak angkat Nily. hahahaha. So sempatlah kami jalan-jalan di Alamanda; tapi tak beli apa pun. Tak best abang Hadif tak ada..hahahah.
Lepas makan tengahari kami ke Masjid Besi...masa ni boleh pula bertemu dgn Cik Semah Uitm Perak yang dah hampir 10 tahun tak bersua muka, dan jumpa juga dgn Heda yang berhajat nak dukung raisa masa kenduri tapi tak dapat dukung. Raisa yang mulanya tersengih-sengih, tergelak-gelak, bila time nak balik sudah bertukar. Jenuh auntie Nani nak pujuk, baru auntie nani tau bagaimana rupanya Raisa kalau mengamuk. hahahahah

Balik dari putrajaya sempat pula singgah rumah auntie Shilla. Raisa sempat la kasi senyuman dia kat kakak Nabila, abang Danial dan kakak Aiesha. Kesian kakak iesha yang tak puas nak main dgn Raisa. Next time ye sayang, nanti auntie bawa adik Raisa datang lagi.

Raisa 6 bulan - gambar captured by: auntie Nani


Sampai aje di rumah Raisa buli saya dengan tak mahu ditinggalkan. Sementara mama nak mandi dia punya menangis mcm kena cubit..hahaha adik...adik...

3 comments:

bobhandburry said...

Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

nillness said...

gempak tak? gempak tak saya wat gempak....haha

Intanaziela said...

nily: hahahha jahat sungguh la nily ooii... akak dgn nani gelabah sungguh jadinya...hahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!