Wednesday, November 2, 2011

Sabah, Negeri Di Bawah Bayu

sementara nak tunggu Departure.

Selepas demam dan sakit, akhirnya hari yang ditunggu tiba juga. Plan nak ke Sabah ni memang dah lama buat, sebelum dapat tahu saya mengandung, jadinya semua arrangement dah di buat tinggal nak pergi sahaja. Mulanya berbelah bahagi samaada mahu pergi atau tidak memandangkan kesihatan saya sangat-sangat tidak memberangsangkan. Akhirnya ambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kota Kinabalu sahaja. Hubby kata, panjang umur kita akan kembali lagi ke Sabah untuk cover tempat-tempat yang tak sempat kami kunjungi. Percutian kali ini disertai oleh Atuk, opah dan Mak Lang.

Kali pertama saya dan family ke Kota kinabalu pada tahun 2006. Kami duduk di Hyatt Regency. Jalan Kaki sahaja kalau nak ke pasar malam dan kawasan sewaktunya. Bila kembali semula ke Sabah tahun 2011, banyak sungguh yang sudah berubah, terutama Airportnya. hahahah. Kali ni Kami duduk di Promenade Apartment.

makan malam dan shopping aksesori di Pasar Malam Kg. Air

Sampai di Kota Kinabalu, kami disambut oleh adik angkat saya, Khairul Fhazhuwan dan keluarga. Sangat-sangat terharu dengan layanan yang 1st class yang diberikan. Tak banyak gambar-gambar yang sempat diambil, lagi pun cuaca yang teramat panas buat kami rasa tak selesa. Apa pun, percutian ini memang melegakan saya, terasa gembira dapat lari dari udara semenanjung. Maklumlah batuk yang teruk masih bersisa...anak-anak pun masih ada batuknya lagi. Saya anggap percutian ini sebagai terapi untuk diri saya yang dah lama dahagakan percutian kah kah kah...

Malam pertama sempat ke Pasar Malam Kg. Air. Rambang mata opah dan maklang membelek kerongsang. Saya pula jadi pening kepala dan tak tahu nak pilih apa sebab terlampau banyak aksesori yang dijual di situ. Akhirnya pulang ke hotel saya tak beli apa-apa pun. Harga aksesori di sini memang murah. Jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan di semenanjung. Tidak hairan Mak Lang Hadif tak sedar diri berbelanja di sini...kah kah kah.

Muzium Sabah yang best :)

Raisa yang kepenatan, Babah yang possing baik punya...mak lang yang sawan kamera...hahahhaa

Atkinson clock Tower - jarang ada orang nk bergambar di sini kan, tapi kami...kami pasti boleh..hahahah


Di Jesselton Point

sempat singgah di One Borneo


Makan tengahari di Gayang Seafood - memang terbaik, makan penuh meja baru RM300. Terima Kasih Khairul sebab belanja kami... :) sebelum makan sempat ambil gambar sotong je, lepas makan baru teringat tak ambil pun gambar makanan lain..hahahahah kes dah lapar la ni...

Taman buaya yang sangat best. Buaya kat sini masyaallah besar-besar..bila beri makan tu ganas je rupanya...

Buaya yang besar tu pernah makan orang tau...


Buaya dan hubby - jejak kasih buaya sabah dan buaya darat... kah kah kah...


Sempat juga berbelanja di Jamilah Jawelery. Untungnya Khairul ahli, dapatlah kami diskaun yang melampaui batas...hahahha. Kalau biasa diskaun 50%, kami dapat 70%. Sekali lagi mak dan Maklang pening...kakakakakka.

Mak saya sempat shopping ikan bilis 10kg, udang kering dan sedikit ikan kering. Saya pula? hahahah hanya beli ikan bilis sekilo, udang kering sekilo. Sangat murah. Semalam dah masak pun sambal tumis ikin bilis dari Sabah...hahahaha.

Sempat singgah bergambar di Yayasan Sabah atau sekarang dikenali sebagai Menara Tun Mustapha


Alhamdulillah, walaupun tak banyak tempat pergi, tapi hati rasa gembira dapat bercuti bersama keluarga. Flight pergi sampai awal 15 minit, Flight balik delayed 40 minit. hahahaha. Aduhai...hahahaha. Sampai aje rumah, terus senyum dan cakap "oh rumah ku syurga ku." Lepas mandi dan bersihkan diri, letak kepala ke bantal terus lelap sampai ke pagi.

Sabah, walaupun sudah kali kedua saya sampai, masih banyak tempat yang tak sempat dilawati. Insyaallah, panjang umur dan murah rezeki, nak pergi lagi. Lepas ni bertambah lagi seorang ahli keluarga yang akan turut sama, insyaallah.

2 comments:

whiteroses said...

Eda ari tu beli 4 kg ikan bilis n 3 kg udang kering ni sebab kes murah dan tamak haha...beli ikan bilis banyak sebab hubby memang suka sgt makan sambal ikan bilis tapi sayangnya ikan bilis sabah ni tak leh challenge ikan bilis pangkor..so tak jadilah kitaorang nak simpan...nak kena balik Lumut jugak cari ikan bilis...tapi udang kering diorang ok...
Intan, promenade apt tu ok tak? or da lagi satu marina condo kan? ingat nak bawak parents gak repeat ke kk

Intanaziela said...

Eda: Promenade Apartment tu sekarang dikenali sebagai marina court. Warna pink, yang itu ada 3 bilik tidur...

wah..banyaknya beli ikan bilis..hahahah adoi la...intan sekilo tu pun rasanya berzaman gak nak habis..maklumlah rajin beno memasak..hahahah.

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!