Abang Hadif: Mama, kiranya mama ni Ain Hawanilah ye. Babah Adam Mukhriz la ye? Abis abang ni siapa ma?
Mama: Abang Pak lang Ain Hawani. kakakakkakakaka
Abang Hadif: Ala mama ni...
Habis la abang Hadif pun dah ikut suka tengok cerita Adam dan Hawa. tu belum Raisa lagi, asyik menyanyi...cinta....cinta...macam faham erti cinta hahahaha. Kata kak shilla, tak mungkin ada lelaki melayu seromantik Adam Mukhriz. Saya? hari-hari berdoa... Ya Allah, ko romantikkanlah jiwa suami ku seperti Adam Mukhriz. hahahahah. Adoi, berat sungguh la.
Ada anak tiga ni, usahkan jalan nak pegang tangan, nak cakap manja-manja pun sebenarnya kurang. Perbualan banyak berkisar pada perihal anak-anak. Hish..jangan kufur nikmat...hahahahha. nanti dah tua bangka baru nak ber I love you, nak bersyayang syayang bak kata Raisa. Walau macam tu pun, insyaallah, 9 tahun hidup bersama banyak mematangkan saya, banyak mengajar saya erti sebuah perkahwinan. Dari tak pandai menjawab dah pandai menjawab kah kah kah... Ampun yang ampun... hahahhaha.
Biasanya subuh hubby akan facetime, cakap dengan anak-anak, dan cakap dgn Ain Hawaninya hahahaha. Semalam ada satu insiden berlaku, dan sebenarnya bukan antara saya dan hubby, tetapi nasihat hubby pada saya sangat terkesan di hati saya. Betul cakap hubby, saya sebenarnya perlu memikirkan sesuatu yang buruk juga, perlu ada pandangan buruk pada orang, sebab perangai saya yang suka bersangka baik sahaja pada orang kadang kala mengundang sesuatu yang tak baik. Tetapi saya serahkan pada Allah, jika niat orang yang datang kepada saya baik, maka saya doakan baik jugalah yang datang kepadanya, jika sebaliknya, semoga Allah sahaja yang membalasnya. Mungkin kelemahan saya yang hati mudah lembut dengan sesuatu situasi. Tapi percayalah, apabila sampai waktu yang saya harus mempertahankan apa yang patut saya pertahankan, Insyaallah saya akan lakukan. Pada saya, perkara yang sudah berlalu dalam hidup ada banyak yang perlu dikategorikan. Ada perkara yang tak perlu dikenang tetapi tak perlu dibuang, ada perkara yang harus dibuang jauh dari hidup dan lubuk hati, ada perkara yang perlu diterima walaupun pahit, pada saya, kalau tak ada semalam, tak akan ada hari ini, sesuatu yang datang terdahulu insyaallah memberi pengajaran yang berjasa, dan hubby, don't worry too much, insyaallah semua yang datang itu baik-baik sahaja, sayang awak, rindu awak tetiba hahahaha. Jangan takut, saya tak akan biarkan emosi atau sesuatu yang tak sepatutnya menguasahi hati saya. Terima kasih kerana nasihat dan bimbingan. Insyaallah walaupun isteri awak ini hati tisu, tapi ada masa dia brutal juga. hahahhaa.
pinjam kata-kata Ain Hawani: Betapa tenangnya aku mendengar suami ku mengalukan ayat-ayat suci dari kitab Allah s.w.t. Betapa syahdunya aku mendengar suara yang kini cukup fasih dengan kalimah Allah itu. Betapa bangganya aku kerana dia adalah suami ku.
Suami saya dulu pernah jadi johan musabaqah zaman sekolah rendah. Mudah-mudahan boleh didik abang Hadif ikut jejak langkah dia...amin. :) ingat lagi pada malam pertama bergelar isteri, perkara pertama yang hubby suruh saya buat adalah membaca fatihah. Dia semak bacaan surah Al-fatihah saya. So sweet..
2 comments:
intan..kak zu dulu pun sama tak sempat nak berpegang tangan..skrg semua anak2 dan bersekolah hmmm "donia kami yng punya" hahaha.pagi ptg berkepit jer kerja nya..malam untk layan anak2..bila 2 minggu suami kat laut k zu cari xtvt sendiri ,bila ada didarat nikmati betul2 masa berdua...itu satu kelebihan bila kak zu tak berkerja ni...
kak zue: saya jeles di situ. hahahah tak pe, insyaallah bila anak2 dah besar boleh la kami jalan2 berdua sambil paut pinggang macam baru2 kawin dulu kakakkaka adoi geli pulak hati...
Post a Comment