Thursday, April 11, 2013

Kami, Hospital & anak-anak

Malasnya nak menulis blog.  Hilang semangat bila anak-anak tak sihat.  Mulanya Kauthar demam bila hari pertama babah naik offshore, bergilir dengan kakak dan terus pas baton pada Abang Hadif yang terus bercuti di KPJ Selangor selama 7 hari 6 malam.  Menguruskan anak-anak sakit tanpa suami ada di sisi adalah sangat adventure.  Lebih adventure dari mendaki gunung kinabalu.  Mana tidaknya, baru je tukarkan baju Raisa, tiba-tiba Kauthar muntah.  Satu malam 3 kali tukar cadar.  Saya cuma dapat lelapkan mata sejam dua, kemudian bangun kisahkan Kauthar yang cirit birit tak henti-henti walaupun cuma keluar air.  Kasihan sungguhlah anak bongsu saya yang dah kurus sampai kaki pun kecik dah.  

Belum pun Kauthar sembuh sepenuhnya, Abang Hadif pula muntah-muntah dan cirit-birit.  Masa tu air mata saya memang laju turun. Kasihan tengok abang Hadif yang selalunya kalau demam tak pernah merengek pun tapi kali ini siap menangis meraung-raung sakit perut.  Saya teman abang Hadif bermalam di hospital semalaman kemudian alhamdulillah babahnya dapat perlepasan balik dan 5 malam seterusnya babah la peneman setia anak teruna di hospital.  






 manja babah..rindu kat babah pun iye, sebab babah sejak balik dari offshore terus jaga abang di hospital..

 dah kurus buah hati mama ni...

 malam ni bawa kauthar ke emergency, sebab dah muntah dan cirit sampai dah lembik.  Lepas ambil ubat bawa dia jumpa abang di wad, bukan main happy dia dapat jumpa abang.  Rupanya rindukan abang hadif ye dik...



 penat jaga orang sakit, possing jadi orang sakit pula..hahaha

Macam-macam kisah tentang KPJ Selangor yang ada masanya membuatkan saya seperti patah hati nak ke sana lagi, tetapi memandangkan anak-anak semuanya dengan Datuk Dr. Zulkifli, saya tahankan juga.  Mungkin lepas ni saya nak cuba servis di DEMC pula lah.  Kalau tak cuba mana nak tahukan.  KPJ Selangor ni memang membuatkan saya mengamuk bila bil hospital abang Hadif yang kami check dengan admission bilnya sebelum tengahari adalah RM3600 tapi bila final bil mencecah RM4900++.  Paling melampau doctor's visit yang hanya sekali sehari dicharge 2 kali sehari.  Masa itu tanduk saya sudah keluar.  Ada juga suara yang dok suruh kami ke hospital kerajaan.  Bukan berlagak jauh sekali mahu bermegah, tetapi dalam keaadaan kami, rasanya kalau saya hantar abang Hadif ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, saya rasa saya akan menangis dan terus menangis kerana terpaksa berulang alik jauh dari rumah dengan ketiadaan hubby di sisi dan ada anak-anak lain yang tinggal di rumah yang juga tidak sihat.  Doa-doalah semoga di shah alam ini akan ada hospital kerajaan yang akan dibina yang boleh menampung keperluan rakyat jelata.  Tetiba... hahahhaa.

Alhamdulillah, kesihatan anak-anak dah kembali pulih, Abang Hadif pun dah mula ke sekolah, Adik Kauthar pun dah tak cirit-birit lagi, dan tengah kemaruk nak makan.  Mama pula dah submit cuti untuk minggu depan.  Tak sabar nak bercuti merehatkan minda.  Sambil tu nak bawa opah dan atuk juga berehat sama, kerana mereka juga lah  yang sama-sama tidak tidur semasa anak-anak saya sakit, mereka jugalah yang sentiasa membantu apabila hubby tiada di sisi.  

ok, habis fasa jiwang.  


ini cerita birthday babah pula.  Melihat wajah hubby yang dah berkerut-kerut sebab boring dan tension kena stay di hospital buat saya kasihan.  Keinginan nak mencari hadiah birthday tidak berkesempatan kerana anak-anak tidak sihat.  Pada malam 6 April itu, saya ajak adik-adik kembar saya menemankan saya ke Empire Subang.  Mencari Messenger bag buat hubby tercinta.  Masih terbayang wajah terkejut hubby bila saya serahkan hadiah malam itu.  "Harap babah suka hadiah yang tak seberapa itu.  Apalah sangat hadiah kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang dan pengorbanan yang dah dilakukan buat kami anak beranak kan." paling tak tahan, saya pun sempat sambar satu hobo, reward untuk diri sendiri yang dah exhausted. hahahhaha.  Sales Person di butik Coach adalah sombong okeh.  Mentang-mentang saya datang dengan jeans dan t-shirt lusuh.  Pakai selipar.  Oh, tidak dilayannya.  Bila saya kata saya nak ambil messenger bag, dan handbag untuk saya, barulah manis mukanya.   Sabar aje lah kan. Adik saya cakap "ha, biru muka bila orang bayar cash"  Dah lama saya nak belikan hubby barang yang dia suka.  Alhamdulillah ada rezeki dapat realisasikannya. Hubby saya yang selalu belek-belek beg coach tetapi bila nak beli dia kan ketepikan keinginannya.  Kalau belikan isteri tu boleh aje kan.  Itulah hubby, yang sentiasa mengetepikan keinginannya tetapi sentiasa berusahan menggembirakan orang yang dia sayang.  



 Tidak lupa ada sedikit cerita tentang anak dara saya yang seorang itu.  Mulutnya masyaallah macam bertih goreng.  Bila kita tak beri dia buat sesuatu, dia akan cakap "mama ni..semua tak boleh" hahahah.  Paling tak tahan, boleh request kat babah "kakak nak gelang kaki...cincin...subang...lipstik baru...make up" hahahah girl will always be a girl kan? kalah mamanya kalau dengan Raisa ni. Umur baru 2 tahun 4 bulan!

                    

1 comment:

zulaikha megat said...

alhamdulillah semuanya kembali okey..harta ,anak anak dan suami adalah ujian Allah buat kita..yang penting redho..

selamat bercuti...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!