Kesibukan dengan tugas hakiki dan tanggungjawab sebagai mama memang membataskan masa untuk menulis. Sedar tidak sedar, sudah masuk bulan Mac 2015. Anak-anak semakin banyak demand dan masing-masing sudah ada macam-macam kehendak.
Abang Hadif? Dah masuk tahun 5 ni sudah ada banyak kemajuan. Banyak juga membantu mama dalam urusan seharian walaupun bagaikan pahat dengan penukul. hahahaha. Sekarang takat homework kalau yang simple dah boleh berdikari, baju untuk ke Dzul Iman pun dah pandai siapkan sendiri. Cuma ada masa lupanya tetap ada. Apa pun Alhamdulillah, mama bahagia sangat dengan kemajuan diri Abang.
Kakak Raisa? tahun kedua di Dzul Iman. Anak ini memang sukar nak telah takat mana kemajuannya dalam pelajaran sebab bila mama suruh baca memang tak mahu. Tahu-tahu sudah tahu menulis ABC sendiri hahahah. Masih kuat melaram, minat make up dan kecantikan, tak suka makan nasi macam mama dan masih lagi suka buli adik Kauthar. Dari yang mama perhatikan,Kakak Raisa ni memang ringan tulang. Pantang mama minta abang Hadif tolong, dia lagi laju buat apa yang mama minta. Satu lagi yang mama sejuk hati Kakak Raisa suka mengemas. Kalau dia mengemas memang tersusun aje barang-barang mainan dia. Keep it up ok kakak.
Adik Kauthar? Adik ni masa kecilnya allahuakbar senang sangat. Suka makan, suka tidur. Cumanya semenjak dua menjak ni bila nak meningkat umur ke 3 tahun dah macam-macam perangai dia buat. Dah pandai mengamuk, dan pandai merajuk, dan.... pandai sangat bercakap. Semalam dia mengadu pada mama "mama, tengoklah maklang tu, dia tak nak bagi keropok kepada Adik" hahahah kepada adik tu... bahasa memang bahasa formal anak mama yang seorang ini. Asal adik bercakap aje mama gelak.
Babah dan balik offshore. Bulan Mac ini khabarnya bulan yang agak sibuk buat babah. dan, jika diizinkan Allah, insyaallah akan ada khabar gembira buat Babah dalam kerjaya, kan. Insyaallah, mama dan anak-anak doakan semoga Allah permudahkan urusan. Lepas ni jangan lupa janji nak pi Bali berdua ok hahahhaha.
eh, skema betul menulis hari ni. Sedikit perkongsian tentang pilihan hidup ye. Ada orang suka warna merah, ada orang suka warna biru. Ada orang sangat mudah memaafkan dan ada orang yang suka menyimpan sesuatu di dasar hati. Sebenarnya kita adalah apa yang kita fikirkan. Pada saya, saya selalu ingat yang Allah itu Adil. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Kalau kita rasa kita susah, kita kena muhasabah diri fikirkan pasti akan ada orang lain yang lebih susah. Kalau kita rasa kita senang, bersyukurlah, tetapi jangan la pulak riak dan sombong kerana rezeki ini Allah datangkan sebagai ujian buat diri kita. Sentiasa bersyukur dan selalulah muhasabah diri. Buat diri saya, saya suka melihat orang lain bahagia dan saya memilih untuk hidup bahagia dengan cara saya dan mendoakan orang lain pun bahagia.
Hidup ini adalah realiti, dan kenangan lalu tu biarlah berlalu. Hidup kita sekarang yang harus kita fokus dan harus kita jaga selain dari hubungan kita dengan Allah, dan hubungan kita dengan manusia.
Akhir sekali,
Mari layan gambar-gambar yang tak ada kene mengena dengan orang lain, melainkan kebahagiaan buat diri saya. hahaha. apasal pulak jadi sebegini skema? ahhahaha
sambil tengok gambari ni bayangkan kami tengah nyanyi lagu "tolong tepi sikit...tolong tepi sikit..." hahahaha |
abaikan mama yang huduh makan lolipop tu. Tapi memang ni la hobi kami anak beranak, selfie dalam kereta, janji kami bahagia kan? |
2 comments:
Suka sgt tgk kakak bahagia...
Kita akn bahagia jika kita membahagiakan...
Alhamdulillah ..
Ukhwah fillah ya kakak..
Ibu Double Q: alhamdulillah... akak pun happy tengok Ros dan keluarga rukun damai je...semoga ukhwah yang terjalin biarlah harmoni sampai bila2... :)
Post a Comment