Rasa rindu nak memblog. Kat umah kami sekarang ni talian TM tak de. Dia kasi DIGI. Tapi tak apply lagi pun. Rasa boring je hidup tanpa internet ni kan. Kenapalah TM kasi kat DIGI..boring tau.
Semalam plan nak pi IKEA, tapi Hadif kena food poisoning pulak. Kesian dia, sampai lembik muntah2. Masuk air pun muntah jugak. Aku doa dalam hati, biarlah mama dia ni yang sakit, biar dia sihat. Tup tup, Allah perkenankan doa. Tak lama lepas tu aku pulak melepek. Muntah2 dan sakit kepala. Lepas buka terus gi klinik, dah doctor kata Hadif nampak ok sikit dah, aku pulak yang teruk, bp pun turun sampai 60. Adeh..
Hari ni plan nak cuti half day. Bagitau boss dia kata ok pulak. Letih yang amat. Restless sungguh sekarang ni. Assignment pun melambak nak kena buat. Hubby naik offshore besok. Tinggal la kami dua beranak. Ingat nak ajak mak abah temankan waktu malam. Rasa belum berani nak dok berdua jek. Nak tinggalkan umah pun bimbang jugak.
Sekejap je dah tinggal seminggu lebih je nak puasakan.. rasa pantas betul masa berlalu. Macam mana persiapan nak sambut hari lebaran? kami sekeluarga ala kadar aje tahun ni, aku kasut pun tak beli lagi..bukanlah semestinya nak kena beli kasut raya, tapi kasut yang ada ni dah uzur...lanyak je sampai lunyaikan, so ni dah sampai masa la nak kena ganti. Ada tak ada Hadif je la baju raya banyak helai..heheheh
psst: entry ni dah lama taip, tapi tak buat auto publish... dang sungguh kan?? apa pun hari ni hubby dah balik offshore, will be back on the 2nd day of hari raya. Ginilah nasib isteri dan anak orang keje offshore, kan?
Till then, babai..
4 comments:
ish..ish..kesian nya hb tak de..syahdu pun ada gak. Tapi dah alah bisa tegal biasa ek?
Selamat hari raya to intan, hadif & babah. Maaf zahir batin :)
iskh..siannyer intan... sabar ye..
sabar ye kak intan ... assignment byk ek? org pun byk ... kelas still on ... tp smlm ponteng ... hehehe ... saturday after buka puasa balik penang ... yeyeyeye bestnyer ... miss my family lah. Sempena hari raya ni Su-e nk ucap selamat hari raya maaf zahir batin.
mc ta: betul tu, alah bisa, tegal biasa, dah biasa ni, feel nak sedih tak berapa nak ada..stone aje hati tu..heheheh
sue@mamamaryam: tq sue, insyaallah intan ok...
su-e: selamat hari raya jugak, jemput datang rumah yek..hati2 dijalan raya..
Post a Comment