Wednesday, September 17, 2008

We are officially moving to Berjaya Park...



Lamanya tak update blog. Windu. Actually aku coti dari hari Isnin dan terus sambung hari ni. Pindah umah. Letih tahap gaban okeh. Kami pindah barang yang besar2 jek. So masih ada barang2 yang kecik2 dan merapu2 yang perlu dikemas, malangnya, kaki ku ini sudah sakit sangat, dan tak larat. Ni yang bersiaran dari bilik lama...umah baru tak de line internet. Paling sedih, line yang ada cuma line Digi. Aduh..mati kutu la kami nanti.. :(

Semalam pasang kitchen kabinet. Yang sedihnya, salah seorang pekerja tu terminum tinner yang diorang sendiri letak dalam botol minuman coca cola. Jenuh pulak mencari klinik yang bukak 24 jam, dah tu klinik tak de alat nak buat procedure, refer pulak ke Selangor Medical Centre, dah tu pesakit pulak tak cooperative, hantar pulak pi Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Nak pitam pun ada bila berada di Bahagian kecemasan ni kan. Muka hubby pun cuak giler. dia lagi la, mabuk darah. hehehehe

Dekat 2 jam jugak la brader tu kena tunggu sementara nak dapat katil. kesian tengok dia. Datang nak cari rezeki, buat kerja, pas tu terminum tinner pulak. Dalam hati ni tak berhenti berdoa moga dijauhkan Allah dari perkara buruk, dan alhamdulillah, tadi dah pergi visit brader tu kat hospital, doktor kata ok, tak de apa2 dan insyaallah esok boleh balik. Fuh..lega...alhamdulillah.

Hari ni hari mengemas sedunia. Habuk papan yang memenuhi rumah dah pun dibersihkan. Jenuhnya nak kena mengemas hari ni. Dari pagi tak duduk2...siap kemas dapur, kemas hall pulak, pas tu dining hall pulak, cam nak pengsan. Time2 gini la terfikir, kalau la ada maid, kan best. Tapi time2 gini je la, kalau time2 tak buat kerja, rasa selesa dan bimbang pulak nak simpan orang asing dalam rumah. Tapi...sebenarnya tak larat ler nak mengemas atas dan bawah ni. Serius...babah...tulun...

Buat masa ni, memang pening kalau tengok kotak2 yang menimbun2 dalam bilik kat bawah tu, tapi tak pe, janji dah bawak barang masuk, kemas tu pelan2 kayuh la kan..perabot bilik Hadif pun baru sampai petang tadi, tak sempat nak mengemas apa pun. Tengoklah esok ke baru nak mengemas bilik tuan kecik tu. Astro pun belum install. Dah sign up, orang tu kata dalam minggu ni nak pasang. Pendek kata, pindah umah ni memang la memenatkan. Mujurlah bukannya kena pindah banyak2 kali..

Kengkawan, insyaallah, kalau diizinkan Allah, saya jemput ye datang ke rumah utk kenduri kesyukuran. Tapi tarikh dan waktu belum dapat di confirmkan lagi. Semuanya akan diberitahu kelak :)

8 comments:

Su Hana said...

sy yg baca ni pun penat....x sanggup... nape intan x amik indon yg buat keja hari..leh dia tolong kemas...selalu derang buat ujung mggu..bayar gaji hari arr..


takutnya nak pindah umah...letih!!! slmt ngemas ek..

Effyliani's Life said...

bestnyer ... dah ada umah sendiri .. org bila ntah

@hasney^-^ said...

erm..bestnyerkan dah ada umah sendiri..act has pun dah beli tapi kondo jerk kt klang ni..so hubby dah tk der kt sini, skrg ni has tinggalngan mother in law sementara hubby balik by next year, so umah kitaorang tu disewakanjerk..Cadang nak beli umah atas tanah gaks, coz tak suka dok tingkat2 ni....tp hubbyla nk umah tu..coz ktnya privacy sket.tp has tk gemar...skrg ktaorang dah ada dua umah tp semua disewakan......InsyaAllah..rumah idaman pun coming soon kot.he..he..doakanlah...

mc ta said...

udah pindah??
baguih..baguih..makin dekat lah jemputan housewarming nih..he..he..

aku said...

oooowhhh...
home sweet home!
rumahku syurga ku!!!

alahai..best nye dpt duk umah sdiri
intan, memang ler penat pindah randah
tau x...kami penah 4X pindah dlm tempoh 2 tahun
memang penat giler!!!!

nape intan x ambik maid je...
hourly pay nye
suh dia mai 5jam...belasah jer suh dia buat semua!
suh mop....tolak kotak...tenyeh lantai semua..
rasanye berbaloi kot bayar diorg suh buat semua tu...

Sya said...

Camana leh terminum thinner tu.. nasib baik tak apa2..

Org kata kalau pindah2 rumah ni.. keletihannya berbulan

Intanaziela said...

sue@mama maryam: amik dah indon utk angkat2 barang, tapi mengemasnya still kena buat sendiri..huhuhu

effyliani: insyaallah adalah rezekinya...

hasney: umah biasa2 je, alhamdullilah, rezeki kami tiga beranak...

mc ta: insyaallah...hehehehe

farah: amik gak indon, tapi bab angkat2 barang je la..mengemas, susun2 kena buat sendiri jugak...

kak sya: intan pun musykil cam ne dia boleh terminum, agaknya dahaga sangat kot..heheheh

RUN WITH THE WAVE said...

Hey there! Come and join us for a BBQ buffet at the beach in Penang with watersports activities included this Christmas! Check out my website at www.runwiththewave.com Thanks!

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!