Sunday, January 10, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang...

Selamat Hari Lahir yang ke-6 buat anakanda tersayang, Muhammad Hadif Khawarizmi. Semoga Panjang umur dan membesar menjadi anak yang taat pada Allah, Babah & Mama, serta menjadi insan yang soleh dan berguna. Terasa begitu pantas masa berlalu, rasanya baru sahaja saya dakap dan peluk Hadif erat2, dodoikan dia, bangun malam bancuh susu Hadif..dan hari ini anak saya sudah mencapai umur 6 tahun. Sudah mula malu jika dicium di depan kawan-kawan.. sudah pandai minta buat birthday party. Hari-hari tanya..bila nak buat birthday party dia...kasihan kan anak, kami buat jugalah secara kecil-kecilan, dan..paling dia pandai...pandai demand nak hadiah apa...

Setelah berbincang suami isteri, kami memilih untuk menghadiahkan Hadif Sony PSP. Punyalah seronok cik abang tu, senyum lebar. Tapi masih perlu dipantau dan dihadkan waktu ber "PSP". Tak boleh la sepanjang masa nak mengadap PSP...alhamdulillah, Hadif setakat ini boleh patuh pada syarat yang saya letakkan.

Sejarah kelahiran Hadif terlalu berharga. Kelahiran yang mengajar saya betapa besarnya anugerah Allah swt buat saya dan suami. Anugerah yang tidak ternilai!

Selamat Hari Lahir juga pada Muhammad Afif Imran yang berada jauh di Perlis..Mama Intan dan keluarga mendoakan segala yang terbaik menjadi milik Afif...

Alhamdulillah, sempat buat sambutan kecil-kecilan di rumah semalam, memandangkan Hadif asyik tanya "bila birthday party saya ni..." hari-hari.. terima kasih pada yang hadir...Maryam & Co yang sporting...terima kasih sue, sudi datang rumah Intan... :), Buat Auni dan family, Kak shilla dan keluarga yang sangat sporting datang mengikut tema, dan semua yang datang la ye. Walaupun buat kecil-kecilan, letih juga nak menyiapkan semua persiapan, terima kasih yang tak terhingga kepada opah hadif, atuk hadif, maklang hadif, kakak ika..dan yang terlibat dalam menjayakan sambutan hari jadi hadif. Dan, sangat terharu juga sebab dapat jumpa balik kawan2 dari ITM Manjung; suei, syukriah, yati dan kak Asiah.. suka sangat! Terima kasih juga atas hadiah2 yang diberi, Hadif suka sangat...

Walaupun tengaharinya panas, tetapi ternyata tidak sampai ke petang. Hujan lebat turun sepanjang majlis. Memang dah jadi trend mark kami kot, kalau buat majlis makan-makan selalunya hujan turun dgn sangat lebat..kekeke alhamdulillah..sejuk je kan, kakakakaka.




Ini antara gambar-gambar di Majlis Hari Lahir Hadif, insyaallah akan saya update lagi, nak kena layan Hadif dan buku cerita sebelum tidur...insyaallah nanti saya sambung letak gambar-gambar di majlis hari lahir Hadif.

Jumpa lagi!

7 comments:

@hasney^-^ said...

Salam Intan,

Sorry, tak sempat nk pergi, ada commitment lain plak...tk leh nk adjust....waa meriah skali yerk....tak abis2 Ben10..samalah ngan si hakim pun..suker sgt Ben10..nih..

Su Hana said...

al-hamdulillah km dpt sampai ke umah intan... :) selamat hari lahir hadif !!! klu buat mkn2 x kira kecik besar..penatnya sama je intan...

kecil-kecilan pun meriah.... mmg syok arr semua ben 10..

wah hadif dpt adiah beshhh.....

intan + babah hadif nampak lg cun + ensem kt jumpa dpn mata :)

Sally said...

Happy Birthday Hadif..lama tak jenguk sini...

Intanaziela said...

Hasney: tak pe hasney..nak buat cam mana..ada hal lain yang perlu diberi keutamaan, kan..

Intan ni macam dah beranakkan Ben 10 Hasney oii..hahhahaha

Sue: Terima kasih banyak2 sudi hadir..alhamdulillah majlis berjalan lancar..seronok sungguh dapat bertemu mata ke mata dgn sue dan family...
p/s: jangan ler puji gitu..malu..intan ni patut masuk bigger loser dah..hahahhaha

Intanaziela said...

Sally: tima kasih.. :)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

selamat hari lahir hadif..wah.semuanya ben 10 sampai baju hadif pakai pun ben 10..he.he

Intanaziela said...

Terima kasih kak yatie...

iyer..semua Ben 10, baju dia tu opah dia belikan..cucu minat Ben 10..hihihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!