Aduh bersawang juga blog saya hahahah. Bila dah kembali ke pejabat, rasanya tak cukup masa malam-malam nak menaip blog di rumah. Maklumlah, Raisa Khadija saya menyusu badan. Bila ada mama, nak berkepit saje. Selain dari itu, kena masak, kemas rumah, lipat kain dan memantau homework abang Hadif. Mujur hubby masih ada, dapatlah dia tolong sidaikan kain, hantar Hadif ke sekolah, kemaskan buku sekolah Hadif. Agaknya kalau mula-mula masuk ofis hubby di offshore, sure saya pengsan...hahahhaah. Harap-harap minggu depan dah kembali lancar kehidupan saya yang agak cacar marbar sekarang ni.
wajah stress seorang mama...pagi nak pergi keje kena lalu jem, balik kerja pun kena lalu jem..ha ambil gambar sendiri, tepek dalam blog sendiri..hahaha memang dah tak ada arah la bosan tahap dugong..hehehehe
Kelmarin, tengah-tengah masak di dapur, Raisa menangis nak menyusu, tak semena terkena pisau tangan saya. Tengah basuh pisau, terkena pulak sebelah kanan. hahahha saya ni kalau badan dah letih begitulah, pegang barang pun boleh terjatuh-jatuh. Semalam hubby kata tak payah masak. Lagi pun semalam sempat singgah ke klinik. Jumpa Dr. Fadilah. Doktor tegur saya yang nampak kepenatan. Doktor kata saya nak fresh kalau nak menyusukan Raisa. Semestinya saya bersungguh-sungguh nak menyusukan Raisa sendiri...tetapi suggestion doktor untuk ambil bibik tu rasanya belum sanggup..hahahahah. Semoga dipermudahkan la urusan dan dimakbulkan Allah niat saya untuk menyusukan Raisa sampai umur 2 tahun. Amin.
Ada banyak cerita yang nak ditulis, tetapi semuanya hanya terpampang dilayar fikiran. Bermula dengan percutian kami (I called it get together trip) ke Impiana, KLCC yang kalau orang kata sepelaung dari rumah hahahah. Hadif sangat suka duduk hotel. Dalam hidup dia, yang paling buat dia happy adalah tidur hotel, dan balik kampung. Jadi kami bercuti-cuti sahaja di Kuala Lumpur. Enjoy sungguh anak bujang saya tu...anak dara pulak masa tidur hotel tak lena tidur..ajak mama bersembang sampai pukul 6 pagi..aduh..hahhaha.
Tengoklah abang Hadif, dalam sejuk aircond dia boleh tak berbaju..mata pandang tv, kat tangan telefon babah dia layan youtube...cam ni la cara dia enjoy, adik pulak kalau siang macam biasa lah kejenya tidoooo aje..hahahaha
Lepas check out hotel kononnya nak berphotoshoot, tapi cuaca pun tak cantik mana, hubby bawa kami ke The Garden, Mid Valley. Makan tengahari di TGI Friday. Tengok menu buat mata buntang, tapi akhirnya pilih BBQ Chiken Salad saje..hahahahha. Nak cantik takkkkk..... karang Hadif keluar kata-kata hikmah dia terus mama dia sentap. keh keh keh.
abang yang sentiasa senyum sebab dapat tidur hotel, tapi tetap tak puas hati sebab kena balik rumah..hahahah
ni babah yang makan....mama rasa sikit je...hahaha..hadif dah siap2 pesan..mama..jgn makan banyak2...huhuhu
Apa pun, percutian sempena Anniversary, birthday saya, birthday Hadif sangat menggembirakan. Mana tidaknya...berehat sahaja...mestilah seronok...namapun bercuti kan. So Babah Hadif & Raisa...lepas ni ke mana kita weh? hahahah