Monday, January 24, 2011

Kembali ke Sekolah opsss..kembali ke Pejabat

Dengan lafaz bismillah saya kembali ke ofis.

Ini cerita pagi tadi.

Bangun pagi, sediakan mini pizza untuk anak bujang bawa bekal ke sekolah, buat air milo. Kejutkan hubby dan Hadif. Segala kelengkapan Raisa sudah saya sediakan sebelum tidur semalam. Beg sekolah Hadif pun sudah dikemas kini semalam. Bersiap dengan aman dan tenteram walaupun sebenarnya Raisa mula berjaga dari pukul 11 malam bawa ke pukul 5 pagi. Anak dara itu macam mengerti yang Mama dia dah nak masuk kerja. Adik...adik...

Pagi ni saya hantar Raisa dan hubby hantar Hadif ke KAFA. Dalam kereta sempat pesan dengan Raisa supaya jangan notti2...jangan nangis-nangis dan jangan susahkan opah. Sampai aje depan rumah mak air mata saya sudah bergenang, tetapi oh sungguh malu nak tunjuk pada mak. Iron Lady mana boleh menangis...keh keh keh. Sebaik sahaja kereta meninggalkan perkarangan rumah mak, air mata saya turun macam hujan. SMS hubby bgtau saya sedih. Hubby pesan jangan emo-emo....pam susu kalau sempat.

itulah pengalaman meninggalkan Raisa di rumah opah dia, dan tadi hubby bagitau balik dari KAFA Hadif cari mama...huaaaa lagi la sedihnya. Maklumlah, dia tau balik aje panggil mama...mama...mama... terus rasa nak berhenti kerja. Serius.

Cerita di ofis ni, rata-rata yang jumpa saya semua kata saya dah kurus. saya? sukalah..hahahah tapi tak de la kurus sangatkan....kembang kempis pipi tembun saya ni bila dikata dah kecik dan panjang bentuk muka. Suka...suka... tapi tak la lupa diri... terus tiba-tiba teringat statement hubby...atas dasar apa saya mahu kurus. Adakah untuk suami, atau untuk pakai baju-baju "adik". Dah tentulah saya nak kurus supaya suami saya tak malu beristerikan perempuan gemuk (sekarang pun gemuk jugak..kah kah kah). Kembang kempis juga hati bila hubby kata "saya menerima awak seadanya.." tapi tak kira...masih nak meneruskan misi mengecutkan badan...hahahah. Lagi satu sebab mulut laser anakanda Hadif. Sekarang selalu sangat pesan kat mama "kalau mama makan banyak-banyak, nanti mama gemuk balik" terus la mama dia sentap. Kalau time tu perut sangatlah lapar dan minta diisi..terus aje saya bancuh air milo minum. Tak jadi makan. hahahah anak...anak...

Kerja di pejabat? Mula-mula clearkan email. 6000 email okeh. Macam nak pengsan nak clearkan. Gila kentang. Lepas tu bermula la episod kerja yang tak pernah habis. Sambil-sambil sempat pergi pam susu. Alhamdulillah dapat 2 botol untuk Raisa. Sebelum balik nanti nak kena pam lagi sekali. Tadi telefon mak, pukul 2 petang sudah 3 botol anak dara tu hisap susu. Kena istiqamah dan bersemangan jitu. Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya menyusukan Raisa dengan susu ibu. Terbaik dari Ladang kata hubby ku...

Waktu ini, tak sabar sangat nak balik. Nak jumpa mereka-meraka yang saya sayang...mood jiwang sebab esok adalah ulangtahun perkahwinan saya dan hubby yang ke-8. keh keh keh.

2 comments:

puteri zulaikha megat said...

sama cam anis anak k zu..blk sekolah mesti mendayu2 pnggil ibu..berpeluk bagai tak jumpa seminggu.nnti ayah dah p kerja ibu yg amik dri skul xder dah adegan peluk2 ni..hehehe

Intanaziela said...

kak zue: lama mama cuti...celik mata nampak mama..kalau babah tak ada pun mama yang hantar dan jemput balik...tadi tanya dia, seronok ke mama tak ade...dia punyalah marah...hahahha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!