Ini cerita dah basi. hahahha. Banyak cerita, tapi setakat ada dihati aje la. Betul la cakap sahabat saya Ana Saliza, masuk anak dua, tak dan nak berblog. Baru nak menaip, Raisa Khadija merengek nak minum susu. Baru nak sambung balik, Abang Hadif pula minta sesuatu. Akhirnya idea dan cerita hanya bersarang dalam kotak fikiran.
Saya ada temujanji dengan Gynea pada 3/1/2010. Alhamdulillah, luka tempat pembedahan dah ok cumanya doktor bising sebab saya kelihatan seperti tidak cukup zat. Pucat dan saya hilang 13 kg berat badan yang doktor rasa terlalu drastik. Tapi saya suka..hahahha. Lepas ni kena makan makanan berkhasiat lebih, kena lebihkan ambil buah-buahan. Hubby pun sibuk belikan buah, susu, hahahhaha. Nak kata kurus tu belum lagi la, tapi yang pasti kecik sikit la dari dulu masa sebelum mengandung. Harap2 masih boleh turun lagi sikit.
Mereka-mereka yang utama dalam hidup, Babah..Hadif dan Raisa. Yang.. I miss ur lempeng already...hukhukhuk...
Masa ni bawa Raisa pi jumpa paed di Columbia Asia Hospital Bukit Rimau. Ingat nak ambil imunisasi di situ sahaja, tak tahan mengharuk lautan manusia di KPJ Selangor. Memang tak ramai orang, fasiliti pun masih baru dan canggih. Cuma pakar kanak-kanak dia tak berapa memenuhi selera saya, agaknya dah terbiasa dengan cara Datuk Dr. Zulkifli Ismail. Tapi cara diorang tak sama pula dengan KPJ Selangor, kalau di KPJ Selangor kena ambil pada usia 6 minggu imunisasinya, di Columbia Asia pula kena tunggu umur 2 bulan. So next appointment will be after babah balik dari offshore.
Dan...cik Bam Bam Mama yang sekarang ni dah pandai menyembang...walaupun masa tu mama dah nak tidur...layan mama...layan...hahhaha
Abang Hadif? Alhamdulillah, semalam hantar sampai depan pintu pagar dia dah tak nangis. Lepas salam dan cium mama..dia terus jalan menghala ke kelas. Masa tu air mata saya meleleh-leleh terharu. Saya tahu hadif melawan perasaan dia semasa dia melangkah. Semoga anak bujang saya tu ceria seperti selalunya selepas ini..amin. Mama doakan Allah permudahkan urusan abang Hadif dalam mencari ilmu ye sayang....
Kena stop menaik, my lovely Raisa dah jerit2 minta susu..hahaha...
Kena stop menaik, my lovely Raisa dah jerit2 minta susu..hahaha...
2 comments:
wehh..baru anak 2.. aku ni 4.. hahahahhaha... sebulan sekali pun gila nak update. tp bila aku dah start mengupdate, seminggu direct! kehkehkeh..
raisa dah sihat nampaknya. hadif nak nampak ke'abang'annya... :))
p/s: sila catch up dgn aku ye..
Era: tu la..baru 2..empat kalu..hahahah. Alhamdulillah Raisa semakin bam bam..abang pun dah mula nampak ok dengan persekitaran sekolah dan dunia keabangan dia...
wei..aku rasa cukup la dua dulu..heheheheh
Post a Comment