Anak dara saya dah pandai menyembang. Lagi satu perangai yang buat saya tergelak bila kita panggil dia "cantikkkk" bukan main menyengih dia. Sungguh perasan. Ini berjangkit dari perasan maklang dia la pasal mak lang dia yang panggil dia cantik dan mak lang dia la yang selalu perasan cantik..hahahhaa. We call her "IchaIja"
Abang? alhamdulillah sentiasa menyenangkan hati mama dia. Dialah yang banyak membantu semasa babah di offshore. Cumanya anak bujang saya ni sungguhlah memilih bila nak makan. Jenuh mama memujuk agar dia makan. Baru-baru ni balik dari sekolah kepala lebam bertanda, apa lagi..saya menangis la.. bila saya menangis dia tanya kenapa saya menangis. Mahu tidaknya, melepaskan dia pergi ke sekolah dengan elok sempurna tak ada luka, bila jemput dia balik dari sekolah dahi lebam bagai. Cuak dia tengok mama dia menangis...hahahhaa. Setakat ini sessi persekolahan berjalan dengan lancar, ada suatu hari tu diia mengadu "mama, why when I speak english with sasween they look at me? I feel not comfortable" hahahhah. Kesian dia, masa tadika mediumnya bahasa inggeris, bila masuk sekolah kebangsaan bahasa inggeris hanya digunakan waktu mata pelajaran bahasa inggeris. Kena cari kelas yang membolehkan dia berlatih dan boleh bercakap dalam bahasa inggeris tanpa rasa malu...
4 comments:
thanks for singgah. bile bace blog intan, kite rasa mcm , kuat betul semnagat org2 yg ade suami tpi tak duduk sekali. so, buat kite lebih appreciate dgn suami kite yg duduk sekali tp kdg2 hangatkan hati kite. kah kah kah..
cak..hahhahaha...tak pe cak, biasalah kalau duduk dekat2 tu mula nak nak selisih pendapat...tapi itulah yg mengeratkan kasih sayang..kan..kan..kan..hahahha
intan, suka nyer tgk alas meja makan tu !! kat mana beli ek?? hehehe
Post a Comment