Thursday, March 31, 2011

Cerita weekend yang tertangguh


Sabtu tempohari Kami ke Pusat Sains Negara, tengok Dinos Alive. Ada dua ekor yang besar gadang kat ruang legar, hahahaha. Abang Hadif punyalah takut siap ajak balik.. kakakakak mama gelak tak ingat, adik Raisa pulak releks je, control la tu ye dik?






Abang yang dari rumah tak sabar nak tengok Dinasour, tapi bila sampai hati jadi kecik..hahaha


Adik juga maintain ye dik?



Layan gambar aje la ye...ceritanya biasa-biasa aje, hari ni tak larat nak mengarang, mengantuk yang sampai tersengguk. Tapi, saya rasa memang sesuai sangat bawa anak-anak pe PSN ni, banyak info yang diperolehi...Hadif pun nampak enjoy. Bukan takat Hadif je enjoy, mak paknya juga enjoy...hahaha



tangan montok ichaija yg sibuk nak makan jugak...hahaha

Balik dari PSN ni, hubby bawak kami makan di Victoria Station. Lepas makan terus balik rumah. Petang-petang bawak abang dan Adik ke play ground dekat rumah.

Ahad pulak kami ke Mattel Warehouse Sale. Dah hari ketiga, barang pun dah tak banyak, tapi sempat la sambar barang untuk Raisa dan juga Hadif. Untuk Hadif as a token sebab dapat markah yang baik dalam exam, walaupun tak dapat 100 tapi mama bangga abang boleh dapat A :) dan untuk Ichaija sebagai hadiah sebab dah berjaya meniarap pada umur 4 bulan..hahaha. Untuk mama, Barbie tu..eh..tak la..tu untuk Raisa juga..hahahaha. Terima Kasih kepada babah atas tajaan semua barang-barang di bawah. :)




Masamnya anak dara ni...mood swing dok atas swing gitu..hahaha

Wednesday, March 23, 2011

Syurga Di hati kita


Selalunya apabila saya menulis blog, tajuknya akan saya fikirkan kemudian. Hari ini, saya tulis tajuk, baru cari idea untuk menulis...hahahah. Blog saya ini lebih menjurus pada blog peribadi tetapi tidak diprivasikan. Saya menulis atas galakan suami yang boring agaknya dengan aktiviti saya berfotopages, sambil upload gambar, saya tulis cerita, akhirnya dia yang create blog saya, saya tinggal tulis. Tapi itu cerita dulu. Sekarang, blog ini saya yang maintain dan saya memang suka sesuatu yang ringkas tapi mesti manisss. (simple but sweet) . Jadinya janganlah kata blog saya ni statik je, tak berubah warna atau pun rasa ye, sebab memang saya suka ianya begitu, biarlah sampai Hadif dan Raisa besar, rupa dan gaya penulisannya sama sahaja.

Ada blog yang sangat ilmiah, banyak info dan banyak yang boleh kita pelajari. Maaf ya, blog ini mungkin tidak infomatif, tetapi segala yang saya tulis, boleh diambil yang baiknya menjadi ilmu (kalau ianya boleh dikategorikan sebagai ilmu, dan jika ada yang buruk boleh dijadikan sempadan atau panduan.

Wah, banyaknya mukadimah untuk hari ni, sebenarnya nak cerita pasal lain. Hari ni saya nak menulis tentang syurga dalam rumahtangga. Untuk saya yang baru (baru katanya..hihihih) berumahtangga 8 tahun, Rumahtangga ini adalah syurga saya. Rumah tangga yang aman damai, penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga. Bagaimana ianya tercipta?
Perkahwinan bukan hanya perkongsian dan penyatuan dua jiwa, perasaan dan tubuh badan sahaja, tetapi lebih kepada penyatuan hati. Bila bujang, tak perlu fikir panjang sebelum mengambil apa-apa keputusan, tetapi bila dah berkongsi hati ni, kena fikir panjang-panjang, tak boleh duduk regang-regang, semuanya demi untuk bertambah sayang. Itu sebab selalu orang sebut segalanya bermula dengan hati. Kalau hati kita memang sudah di nawaitukan untuk mencintai rumahtangga kita, insyaallah, Allah akan sentiasa bersama-sama kita.

Saya dan suami memang sudah biasa dengan cinta PJJ. Percintaan Jarak Jauh. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah berkahwin, banyak perkara yang perlu diterima, diimbangi dan ditukar. Maklumlah, penyatuan dua jiwa yang berbeza. Suami suka masakan berlemak, saya suka masakan rebus-rebus. Kalau saya di masa bujang, suka mencuba macam-macam jenis makanan, tetapi bila dah berkahwin, saya hanya makan apa yang biasa saya dan suami makan. kerana suami saya memang begitu, jika dia tak makan sesuatu, dia tidak akan ingin mencuba, bagi dia saya dan dia insan yang berbeza, saya tak perlu makan sesuatu yang saya tak makan kalau dia makan, dan begitulah sebaliknya. Err...ada masa saya rasa tak syok juga, sebab kalau nak mencuba makanan ni mestilah selalunya waktu saya bersama dia..hahahah Dari segi yang lain pula, Saya tak suka cakap banyak kali, kalau saya minta tolong, tapi hubby tak buat, saya terus buat sendiri. Suami dari latar belakang keluarga yang berbeza, begitu juga saya. Pada awal perkahwinan, terjadi juga pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Tetapi, semakin lama dalam perkahwinan, rasanya masing-masing sudah mula mengimbangi dan memahami antara satu sama lain. Suami saya lebih bersikap selamba dan zaaaasss terus mengeluarkan kata, saya pula lebih reserve, jika marah atau tak puas hati akan berdiam diri..tetapi kalau bercakap...adoi.. nanti suami akan tanya "makan apa tadi? makan besi ke?" hahahaha. Banyak juga perkara yang berubah apabila semakin lama perhubungan rumahtangga kami.

Kalau dulu, suami kurang membantu dalam urusan rumahtangga, tetapi sekarang banyaaaaakk berubahnya. Alhamdulillah. Satu perkara yang saya sangat bangga, suami saya bercuti selama 14 hari di darat, dan dari usia Hadif 6 bulan, hubby akan jaga anak sendiri. Rasanya tak semua orang boleh melakukannya. Yang itu saya tabik spring kat hubby. No wonder Hadif dan babahnya macam kembar siam...macam belangkas, tidur pun berpeluk-peluk (nyampah I u..hahahha)

Dari awal perkahwinan, sebelum pergi kerja, saya akan bersalam, dan hubby akan cium dahi saya. Itu memang rutin. Kalau tak buat sebenarnya akan rasa lain mcm. Sudah 8 tahun, kalau dulu berat saya 5* kg, dan pernah mencecah 8* kg, dan sekarang dah boleh capai 6*kg, hubby masih lagi melakukan perbuatan yang sama. Tak kira di mana pun, tak perlu malu mencurah kasih atau menunjukkan kasih sayang sebenarnya. Cuma ada satu yang saya tak boleh. Saya tak boleh panggil hubby dengan panggilan abang. Macam nak pengsan, hahahaha. Saya masih lagi panggil hubby dgn panggilan sayang, dan bila dah ada anak ni panggil jugalah babah sebab dia panggil saya mama, tapi sebenarnya saya tak suka...hahahahha. Apa salahnya panggil isteri Yang walaupun anak dah lapan kan? Eh, tapikan, sekarang ni hubby suka panggil saya dengan panggil Nje; manja. Sedap jugak, hahahaha. Terasa usia muda, tak kisahlah hakikatnya dah tua..keh keh keh.

Sebenarnya rumahtangga kita, kita sendiri yang tentukan dalam mencari arah kebahagiaan. Ada orang, berdiri megah sebagai pemimpin di tempat kerja, tetapi belum tentu berjaya menjadi ketua keluarga yang baik. Ada orang, menjadi ketua dan organisasi dan sentiasa mengekalkan prestasi cemerlang di tempat kerja, tetapi pulang ke rumah dengan masam muka bertemu anak isteri. Acapkali menjadi ketua yang cemerlang di pejabat, tetapi kecundang mempertahankan institusi kekeluargaan. Pada saya, saya mencintai hubby saya seadaanya, memadai apa yang dia cuba dan telah beri buat kami anak beranak, saya sangat-sangat berterima kasih. Apalah gunanya ada kemewahan yang melimpah ruah, tetapi gagal memimpin keluarga. Tidak keterlaluan jika dikatakan, orang yang tidak menikmat kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan menikmati kebahagiaan dalam hidup.

Pendek kata, rumah tangga kita terpulanglah pada kita bagaimana hendak mencoraknya, asalkan resepi asasnya perlu ada aqidah, syariat dan akhlak. Pamerkan kasih sayang dengan setulusnya dan janganlah memberi bermotifkan meminta balasan. Perhubungan suami isteri bukanlah hubungan perniagaan dimana keuntungan ditagih dari modal yang dikeluarkan. Jangan semuanya dikira dengan angka sedangkan ianya sewajarnya dijadikan pemberian ikhlas dalam mendapatkan ganjaran bahagia dari Allah swt.

untuk hubby, semoga rumah tangga kita akan terus mekar mewangi sampai ke syurga.. I love U with all my heart (aawwww...peeewit...) ingatlah, bahawa cinta itu adalahs oal rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang...ianya terbina dalam hati. Di daerah rasa yang tidak tua mahupun muda, di daerah rasa ini yang tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Cinta tetap muda, walaupun yang bercinta itu sudah tua ( saya suka bila awak cakap "biarpun awak dah tua, tapi saya tetap sayangkan awak tak kira rupa paras awak macam mana")

Jesteru...cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekalan kita ke alam syurga!


Monday, March 21, 2011

Cameron Highland dan menjejak kenangan

hujan-hujan, pekena scone...heaven..heaven...

Dari sebelum pregnantkan Raisa sampai dah mengandungkan Raisa, Cameron Highland sentiasa di hati saya. Terlalu2 nak ke sana sebab saya sangat happy bila berada di tanah tinggi itu..hahahah. Cumanya bila time mengandung, hubby tak layan permintaan saya, ye la, karang beranak pula saya di banjaran tanah tinggi itu..hahahaha. So, last week ambil cuti..kami empat beranak jalan-jalan cari makan di Cameron Highland. Hujan lebat, so tak banyak tempat pergi berjalan, tetapi hati saya puas sebab dapat makan Scone kegemaran saya..heaven okeh..hahahah.

sempat singgah Air Terjun Lata Iskandar..kami berempat beranak...time ni saya dah pening2 nak muntah, maklumlah duduk di belakang...terhoyong hayang aje rasanya..hahahha

Abang riba adik sambil merungut "errk..beratnya Raisa ni..." hahahahha

Lepas beli serba sedikit sayur-sayuran dan buah-buahan kami turun dari Cameron ikut Raub. Hubby bawa Hadif tengok Sekolah babah dia. Hubby cakap dengan hadif suruh anak bujang dia rajin-rajin belajar, nak tahu apa Hadif jawab? "kalau awak hantar saya sekolah kat sini...nanti saya lari..." hahahhaha.

Babah dan anak dara di hadapan sekolah yang banyak sungguh kenangannya..kan babah kan..? especially di kantin katanya... "adik aje la sekolah kat sini, abang tak nak..dia nak lari katanya..hahahah"

Kami sampai kampung hubby pukul 8 malam. Bising Hadif, keluar pagi, malam baru sampai rumah Nenek..hihihihi. Apa pun terima kasih kepada babah hadif yang sudi bawa kami ke Cameron Highland, katanya bulan 6 ni nak pi lagi bawa kami ye? terima kasih la...saya sangat suka...love u ^_^

Friday, March 11, 2011

Mari menyusukan anak secara ekslusif

Baca Di SINI


Hasil pam susu saya..masa ni produktiviti memang tangah baik, sekarang ni masih lagi menyusukan Raisa, tetapi masa saya pergi kerja mak saya kata macam tak cukup susu, tetapi bila saya baca artikel kosmo yang hubby forwardkan pada saya, baru saya tahu yang susu saya masih mencukupi untuk Raisa. Makin bersemangat rasanya nak terus menyusukan Raisa sepenuh masa. Terima Kasih pada hubby yang sentiasa menggalakkan saya untuk menyusukan Raisa sepenuh masa, waktu Hadif dulu, sampai umur dia 3 bulan dia dah tak mahu menyusu badan, dan alhamdulillah Raisa masih setia dengan susu mama... :)

Saya tak malu menyusukan Raisa kalau dikhalayak ramai kerana saya akan gunakan "nursing cover" macam gambar kat bawah...see...tak nampak pun Raisa. hahahah.
Semoga Allah beri kekuatan untuk saya terus istiqamah menyusukan Raisa sampai umur dia 2 tahun...amin.

Wednesday, March 9, 2011

Alamak ....terlambat la pulak.

Lama tak udate blog. Rindu nak menulis, tetapi memang kekangan waktu membataskan aktiviti nak berblog. Minggu ini anakanda tercinta; Hadif Khawarizmi ada ujian. Malah hari buat revision dengan abang, sambil tangan lipat kain, ada masa sambil menyusukan Raisa...sungguh multi tasking jadinya...hati happy, tapi badan penat sikit. Tambah-tambah bila hubby tak ada. Kalau Hari Isnin, ada 5 beg yang perlu saya siapka, beg sekolah kebangsaan dan beg sekolah KAFA hadif, beg harian Raisa, Bakul baju Raisa, beg pam susu saya, handbang lagi..eh banyaknya beg..hahahaha. Semua kena bawa masuk kereta sendiri...ada masa angin Hadif baik, dia tolong bawak satu beg, kalau tak, dia angkat beg KAFA dia aje la..hahahah.

Selalu pukul 7.00 pagi dah ada atas jalan, hantar Raisa ke rumah Opah dia, kemudian hantar Hadif ke KAFA, dan saya akan sampai ofis dalam pukul 8 pagi. Hari ni, dek kerana anak dara tersayang; Raisa Khadija bangun bersembang pukul 3 pagi, terjaga pukul 6.55 pagi. Itu pun mujur abang Hadif datang gerak, cakap hari dah siang..hahahha. Mujur mama "cuti"..laju aje suruh Hadif siap..zaaasss pukul 7.20 terus keluar rumah, hantar abang dulu pulak pagi ni sebab tak nak abang lewat. Lepas hantar Raisa, tengok jam dah 7.40...nak masuk highway tengok jalan jam pulak..what a day..hahahha. Tapi, jangan tak tau, saya sampai ofis kurang 6 minit sebelum 8.30....hahahha laju giler bawak kereta hari ni..janganlah kena saman..fuh..fuh..fuh...amin.

Dalam keadaan begini, mula la teringat kalaulah hubby ada..alangkah indahnya hidup ini...tapi tak pe, next week hubby balik...mau bercuti-cuti Malaysia.. itulah yang memotivasikan saya dikala kepenatan... dan..tak lupa gambar buah hati saya cik abang dan cik adik. Yang abang bila tanya test senang ke susah semalam, jawapannya memanjang je senang...tak senang duduk mama dia jadinya...dan si adik semenjak dua menjak ni kuat menyusu sampai saya kekurangan stok susu...adik..adik...


Wednesday, March 2, 2011

Hati tersentuh di Rumah Sentuhan Budi


Semalam ke rumah anak yatim Sentuhan Budi di Jalan Ipoh sebagai wakil untuk menyampaikan sumbangan company (CSR). Ini kali kedua saya sampai ke rumah anak yatim ini. Kali pertama tidak bertemu dengan pengurus rumah berkenaan, kami cuma pergi meninjau keadaan rumah dan sempat bertemu sebahagiaan dari anak-anak yatim yang tinggal di rumah berkenaan.

Saya? macam biasa akan sentiasa hujan dan hati seperti tisu. Kena gelak dengan kak shilla..bak kata kak shilla muka nampak brutal...tapikan kak shilla...dalam hati ada taman tau? hahahah. serius saya tak tahan bila memandang wajah anak-anak yang kecil lagi sudah hilang tempat bergantung. Teringat Hadif dan Raisa. Betapa bertuahnya anak-anak saya. Semalam sempat mentazkirahkan Hadif secara berjemaah dengan hubby tentang betapa beruntungnya Hadif itu kalau dibandingkan dengan anak-anak di rumah anak yatim. Insyaallah, rancangan saya dan hubby nak bawa anak-anak melawat ke rumah Sentuhan Budi. Saya mahu anak-anak saya tahu berterima kasih dan sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Dan, belajar berkongsi rasa sedih dan kekurangan dengan orang lain. Malam tadi, masa nak masuk tidur, Hadif cakap dengan saya "mama, saya tak mahu tinggal kat rumah anak yatim...nanti saya nak cerita dengan kawan pasal anak yatim...kesian kan".

Sedikit gambar dari xtvt semalam. Masih terbayang-bayang wajah ceria anak-anak dan pengurus rumah anak yatim yang sangat gembira menerima sumbangan..oh...hati saya sebak kembali..semoga dengan sedikit sumbangan, dapat memberi manaafaat buat anak-anak itu. Amin.




usianya sebaya Hadif..boleh diharap menyapu sampah..Hadif? ya ampun, pegang penyapu pun tak pernah!



Wajah ceria anak ini bila terima buku-buku cerita...



Wajah yang sentiasa meronton hati.... :(



Kak shilla, orang kuat disebalik tabir...


Puan Nora, sukarelawan yang menguruskan rumah anak yatim ini.


Siti Aishah, 4 tahun yang yatim piatu, paling muda di situ. Manja betul dia..oh..saya tak dapat tahan air mata melihat wajah mulus anak ini..semoga dia membesar jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia mahu pun akhirat.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!