Wednesday, March 23, 2011

Syurga Di hati kita


Selalunya apabila saya menulis blog, tajuknya akan saya fikirkan kemudian. Hari ini, saya tulis tajuk, baru cari idea untuk menulis...hahahah. Blog saya ini lebih menjurus pada blog peribadi tetapi tidak diprivasikan. Saya menulis atas galakan suami yang boring agaknya dengan aktiviti saya berfotopages, sambil upload gambar, saya tulis cerita, akhirnya dia yang create blog saya, saya tinggal tulis. Tapi itu cerita dulu. Sekarang, blog ini saya yang maintain dan saya memang suka sesuatu yang ringkas tapi mesti manisss. (simple but sweet) . Jadinya janganlah kata blog saya ni statik je, tak berubah warna atau pun rasa ye, sebab memang saya suka ianya begitu, biarlah sampai Hadif dan Raisa besar, rupa dan gaya penulisannya sama sahaja.

Ada blog yang sangat ilmiah, banyak info dan banyak yang boleh kita pelajari. Maaf ya, blog ini mungkin tidak infomatif, tetapi segala yang saya tulis, boleh diambil yang baiknya menjadi ilmu (kalau ianya boleh dikategorikan sebagai ilmu, dan jika ada yang buruk boleh dijadikan sempadan atau panduan.

Wah, banyaknya mukadimah untuk hari ni, sebenarnya nak cerita pasal lain. Hari ni saya nak menulis tentang syurga dalam rumahtangga. Untuk saya yang baru (baru katanya..hihihih) berumahtangga 8 tahun, Rumahtangga ini adalah syurga saya. Rumah tangga yang aman damai, penuh dengan kemesraan dan kasih sayang adalah bayangan syurga. Bagaimana ianya tercipta?
Perkahwinan bukan hanya perkongsian dan penyatuan dua jiwa, perasaan dan tubuh badan sahaja, tetapi lebih kepada penyatuan hati. Bila bujang, tak perlu fikir panjang sebelum mengambil apa-apa keputusan, tetapi bila dah berkongsi hati ni, kena fikir panjang-panjang, tak boleh duduk regang-regang, semuanya demi untuk bertambah sayang. Itu sebab selalu orang sebut segalanya bermula dengan hati. Kalau hati kita memang sudah di nawaitukan untuk mencintai rumahtangga kita, insyaallah, Allah akan sentiasa bersama-sama kita.

Saya dan suami memang sudah biasa dengan cinta PJJ. Percintaan Jarak Jauh. Dari sebelum berkahwin sehinggalah sudah berkahwin, banyak perkara yang perlu diterima, diimbangi dan ditukar. Maklumlah, penyatuan dua jiwa yang berbeza. Suami suka masakan berlemak, saya suka masakan rebus-rebus. Kalau saya di masa bujang, suka mencuba macam-macam jenis makanan, tetapi bila dah berkahwin, saya hanya makan apa yang biasa saya dan suami makan. kerana suami saya memang begitu, jika dia tak makan sesuatu, dia tidak akan ingin mencuba, bagi dia saya dan dia insan yang berbeza, saya tak perlu makan sesuatu yang saya tak makan kalau dia makan, dan begitulah sebaliknya. Err...ada masa saya rasa tak syok juga, sebab kalau nak mencuba makanan ni mestilah selalunya waktu saya bersama dia..hahahah Dari segi yang lain pula, Saya tak suka cakap banyak kali, kalau saya minta tolong, tapi hubby tak buat, saya terus buat sendiri. Suami dari latar belakang keluarga yang berbeza, begitu juga saya. Pada awal perkahwinan, terjadi juga pertelingkahan dan perbezaan pendapat. Tetapi, semakin lama dalam perkahwinan, rasanya masing-masing sudah mula mengimbangi dan memahami antara satu sama lain. Suami saya lebih bersikap selamba dan zaaaasss terus mengeluarkan kata, saya pula lebih reserve, jika marah atau tak puas hati akan berdiam diri..tetapi kalau bercakap...adoi.. nanti suami akan tanya "makan apa tadi? makan besi ke?" hahahaha. Banyak juga perkara yang berubah apabila semakin lama perhubungan rumahtangga kami.

Kalau dulu, suami kurang membantu dalam urusan rumahtangga, tetapi sekarang banyaaaaakk berubahnya. Alhamdulillah. Satu perkara yang saya sangat bangga, suami saya bercuti selama 14 hari di darat, dan dari usia Hadif 6 bulan, hubby akan jaga anak sendiri. Rasanya tak semua orang boleh melakukannya. Yang itu saya tabik spring kat hubby. No wonder Hadif dan babahnya macam kembar siam...macam belangkas, tidur pun berpeluk-peluk (nyampah I u..hahahha)

Dari awal perkahwinan, sebelum pergi kerja, saya akan bersalam, dan hubby akan cium dahi saya. Itu memang rutin. Kalau tak buat sebenarnya akan rasa lain mcm. Sudah 8 tahun, kalau dulu berat saya 5* kg, dan pernah mencecah 8* kg, dan sekarang dah boleh capai 6*kg, hubby masih lagi melakukan perbuatan yang sama. Tak kira di mana pun, tak perlu malu mencurah kasih atau menunjukkan kasih sayang sebenarnya. Cuma ada satu yang saya tak boleh. Saya tak boleh panggil hubby dengan panggilan abang. Macam nak pengsan, hahahaha. Saya masih lagi panggil hubby dgn panggilan sayang, dan bila dah ada anak ni panggil jugalah babah sebab dia panggil saya mama, tapi sebenarnya saya tak suka...hahahahha. Apa salahnya panggil isteri Yang walaupun anak dah lapan kan? Eh, tapikan, sekarang ni hubby suka panggil saya dengan panggil Nje; manja. Sedap jugak, hahahaha. Terasa usia muda, tak kisahlah hakikatnya dah tua..keh keh keh.

Sebenarnya rumahtangga kita, kita sendiri yang tentukan dalam mencari arah kebahagiaan. Ada orang, berdiri megah sebagai pemimpin di tempat kerja, tetapi belum tentu berjaya menjadi ketua keluarga yang baik. Ada orang, menjadi ketua dan organisasi dan sentiasa mengekalkan prestasi cemerlang di tempat kerja, tetapi pulang ke rumah dengan masam muka bertemu anak isteri. Acapkali menjadi ketua yang cemerlang di pejabat, tetapi kecundang mempertahankan institusi kekeluargaan. Pada saya, saya mencintai hubby saya seadaanya, memadai apa yang dia cuba dan telah beri buat kami anak beranak, saya sangat-sangat berterima kasih. Apalah gunanya ada kemewahan yang melimpah ruah, tetapi gagal memimpin keluarga. Tidak keterlaluan jika dikatakan, orang yang tidak menikmat kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan menikmati kebahagiaan dalam hidup.

Pendek kata, rumah tangga kita terpulanglah pada kita bagaimana hendak mencoraknya, asalkan resepi asasnya perlu ada aqidah, syariat dan akhlak. Pamerkan kasih sayang dengan setulusnya dan janganlah memberi bermotifkan meminta balasan. Perhubungan suami isteri bukanlah hubungan perniagaan dimana keuntungan ditagih dari modal yang dikeluarkan. Jangan semuanya dikira dengan angka sedangkan ianya sewajarnya dijadikan pemberian ikhlas dalam mendapatkan ganjaran bahagia dari Allah swt.

untuk hubby, semoga rumah tangga kita akan terus mekar mewangi sampai ke syurga.. I love U with all my heart (aawwww...peeewit...) ingatlah, bahawa cinta itu adalahs oal rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging atau tulang...ianya terbina dalam hati. Di daerah rasa yang tidak tua mahupun muda, di daerah rasa ini yang tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Cinta tetap muda, walaupun yang bercinta itu sudah tua ( saya suka bila awak cakap "biarpun awak dah tua, tapi saya tetap sayangkan awak tak kira rupa paras awak macam mana")

Jesteru...cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekalan kita ke alam syurga!


4 comments:

rosmona said...

sooo sweettt... (^^,)

Intanaziela said...

rosmona: ngeh ngeh ngeh...

Shahmi said...

very nice entry~ =)

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

wow..lomantiknye..tapi kan kak,..hubby saye pulak malu nak cium saye depan org..hahahhaa

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!