Monday, July 25, 2011

Untuk Kamu yang bergelar LALAT HIJAU

Untuk Kamu yang bergelar LALAT. Ye, kamulah, kamu yang membaca blog saya tanpa diundang, kemudian bersusah payah sanggup menelefon orang lain yang konon-kononnya adalah orang yang saya maksudkan dalam penulisan saya. Betapa busuknya hati kamu ya? cuba kamu teliti..ada saya mentioned nama dalam penulisan saya? kalau kamu penilai dari segi penilaian kamu, pengamatan kamu, maknanya itu adalah dari hati kamu, bukan hati saya. Ternyata kamu memang kuat membuat fitnah. Sudahlah buat kesimpulan sendiri, siap desak suruh baca blog untuk meyakinkan orang pulak ye. Tak mengapa, kamu rasa kamu nobel ye dgn sikap murni kamu yang suka melaga-lagakan orang itu.

Dengar dan baca baik-baik,
Walau siapa pun kamu (saya sebenarnya tahu siapa kamu siapa kamu)
blog saya ini adalah laman peribadi saya, sudahlah kamu baca tanpa kebenaran, kamu sebarkan fitnah sewenang-wenangnya, maka dengan ini saya bersumpah dengan nama Allah, bahawa saya tidak menghalalkan lagi kamu membaca blog saya ini. Dan, saya tidak akan memaafkan kamu di dunia mahu pun di akhirat. Saya berdoa semoga Allah tunjukkan balasan yang setimpal buat kamu, jika tidak kamu biarlah ada dikalangan yang kamu sayang merasa bagaimana sakitnya dikhianati dan difitnah seperti yang kamu lakukan terhadap kamu. Percayalah, saya tidak akan berhenti berdoa agar kamu diberi pembalasan yang setimpal. Bermula saat kamu membaca entri ini, saya HARAM kan kamu membacanya. Saya ulang, saya HARAMkan kamu membaca blog saya. Tidak ada rasa malukan kamu ye, ibarat memasuki rumah orang, sudah lah tidak beri salam, tidak dijemput kemudian suka-suka menjaja cerita, kalau ikut hati saya yang marah ini, saya doakan kamu dipanah petir. Mujur saya mampu lagi beristigfar dan bersabar, dan ingat ye, sekiranya kamu membaca lagi blog saya ini, saya harap kita akan dipertemukan di akhirat. Ini janji saya, saya tidak akan sama sekali memaafkan kamu selagi kamu tidak bertemu empat mata dengan saya mengakui apa yang kamu lakukan.

Saya amat hairan, dalam suasana dunia moden ini masih ada lagi perangai manusia seperti kamu yang persis hidup di zaman batu. Yang makan bangkai dan daging busuk sebusuk perangai kamu. Huh... patutlah kamu cuma di situ. Hidup dalam keadaaan penuh hasad dan dengki, suka melihat orang berpecah belah dgn perangai kamu. Lepas ini, kamu boleh angkat gagang telefon kemudian telefon semua orang di ofis ye. Perangai kamu ini diwarisi atau kamu memang belajar untuk menjadi seorang yang jahat dan busuk hati? Tepuk dada, tanya selera!



Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)


oh ya, saya sudah pun bersemuka dengan orang yang kamu telefon, dan kami dapati wujud salah faham antara kami, dan kamu pula, apa fungsi kamu? sebagai seorang manusia yang menjijikkan kerana kalau seorang manusia yang baik, bersih hatinya dia tidak akan menyibuk dalam urusan yang bukan urusannya, yang bukan masalahnya. Agaknya kamu tak ada kerja ye? dah..syyyyyyoooohhhh pergi jauh-jauh dan kalau kamu memang muka tak malu, kamu akan terus membaca blog saya walaupun tidak seincipun akan saya halalkan. Sekian.

* blog saya, hak saya. Di mana hak saya kalau ia dicabuli? kamu memang penyapu... suka menyapu di laman rumah orang, sambil menjoyah. Paham? mulanya saya ingat nak privatekan blog saya, tetapi tidak adil pula rasanya dek kerana perangai menjoyah kamu, ramai rakan2 alam maya saya yang tidak dapat membaca blog saya. Jadinya, mudah sahaja, saya haramkan sahaja setiap perkataan yang kamu baca, tidak ada setitik pun keredhaan di situ. Ingat itu. Kalaupun kamu penyapu yang sukar untuk memahami bahasa malaysia, cubalah belajar memahami dan menghormati hak orang lain.

13 comments:

shilla72ibrahim said...

Eeeeeee.....lalat hijau!!!! uweeekkkk BUSUK!!!!!! Syyyyyoooooooohhhhhhhhhhhh!!!!!!

Ibu Double Q said...

hahahahahahaa.. lalat ijo...lalat ijo..
sape2 yg ade blog kak mmg akan ade lalat ijo suke inggap...
saya pon ade...
tak malu kan, dh la dtg tak berjemput...

hehehehhehe.. semoga lalat ijo yg singgah blog akk ni terpanah dgn kata2 nasehat akk bg kt die ni..

sabo la yek..

"SUHH..SUH.. KAMI BLOGGER BENCI LALAT IJO.."

Intanaziela said...

kak shilla: uwekkk kan? geli geleman, ibarat pandang muka dia lepas ni terbayang muka sampah sarap...eeeiii goli den..

ros: patut nak panggil lalat ijo ke langau ros? jahat sungguhlah perangai...dah la curi2 baca blog orang, pas tu buat menjoyah...ikut hati akak nak aje akak ganyah muka dia...tapi bila fikir balik, buat apa la nak samakan taraf kita dgn taraf dia yang low class tu kan dik?

Su Hana said...

rasanya saya pun perlu buat n3 khas utk lalat hijau lepas ni...hahaha x thn plak rasa hati ni...sy punya kes dasat gak..sampai ke GM tau dah ni...tp depan kite still lg depa manis mulut... tggu masa je ni nak buat perhitungan... klu blh saya x mo jadi bodoh cam depa... kompang sana-sini ...last2 org nampak gak sapa salah sapa benar tp amik masa... skrg biarkan mereka menari dulu..sampai masa kite join tarian depa...

semoga kite diberikan kesabaran dan kekuatan utk menghadapi semua ini... sabar ye intan :)

Intanaziela said...

sue: pun jadi mangsa lalat ijo yek? orang mcm tu patutnya dilanggar lori je sue, manis di depan, dibelakang mcm hempedu...lepas ni kalau intan dengar dia sibuk2 hal intan siaplah dia...intan pergi je kat dia dan nak tanya gini "apa masalah ko ha? ko ke yang kasi aku makan? ko ke yang kasi aku minum?" boleh gitu sue? hahahhaha

insyaallah kita akan sabar dgn perangai syaitan bertopengkan manusia ni sue..insyaallah...lepas ni kalau kena kat dia, atau kat keluarga dia baru dia tau langit tu tinggi atau rendah kan...

shuweet said...

shhooooohhhhh shoooohhhhh..go away lalat hijau..busuuukkkkk

Intanaziela said...

mimie: mari kita sama2 doakan biar lalat ini diberi peringatan oleh Allah...syoohhhhh hina betul dia di mata kita kan...kan...

INa B'Bidadari said...

langau mmg suka ganggu org...apalgi standby dgn RIDSECT atau SHIELDTOX...hahaha

Sabor yea..salah satu cara Allah SWT menguji kesabaran umatnya ginila...

Intanaziela said...

ina: itulah, teruk betul ada manusia yang hatinya tak serupa manusia tu kan...lepas ni biar dia tahu..ramai yang tak suka dgn perangai dia...

nor said...

Salam Intan,
ini ke hamlau yg kuat bertonyeh kat pejabat tu?
Engkau lepas ni tak payah fistbook dah si hamlau ini.

Lepas ni kalau boleh jgn campur kawan tempat kerja dan di luar... dan jgn cerita apa apa dgn kawan di pejabat. separatekan supaya tidak mengganggu ketenteraman hidup nak mencari rezeki, memang sudah termaktub dari azali ada manusia memang suka bermuka muka dan bawa mulut dan sebahagian dari cara hidup mereka dan menjadi kelaziman. Yang tidak dapat dibuang.

jIKA DIA minta maaf ke, engkau senyum je. dia kena minta ampun dgn tuhan...
Engkau jangan cakap sepatah haram aja, tengok kalau bertembung buat buat tengok lain ...

ok la semoga dijauhi dari bencana spt ini..
Ni bulan puasa ni bila engkau bangun mlm dan berdoa lepas terawih kau doa supaya hidup aman dijauhkan dari manusia seperti ini. InsyaAllah malaikat on duty sure bawa doa tu keatas utk dikabulkan..

selamat berpuasa dan keep kool .. and keep private too work and after office hour shdlnt be mixed.....

maaf zahir dan batin ye semoga amalan kita semua diberkati

Intanaziela said...

Nor,
dia tu la hamlau kat ofis intan. orang mcm dia tu tak mungkin akan minta maaf...kalau tak dia penakut, dia penyapu...mana ada feeling...toya mat amin sungguh la...

insyaallah nor, intan akan lebih berhati2 dgn langau yang menjijikkan..rasanya nak tengok muka dia pun rasa pandang benda yang jijik, maklumlah, manusia kalau normal dan islam tak buat mcm dia buat kan? so biarkan dia...intan tahu dia akan terus membaca blog ini walaupun intan tak halalkan, orang biasa buat keje haram memang mcm tu, walaupun orang tak redha tetap dia akan buat, perbuatan yang allah tak redha lagikan dia buat..inikan pula dengan manusia kan...

PM said...

kesian lalat hijau (lalat betul)... tak pasal2 dapat nama buruk... hihi..

biasa la kak, dlm dunia ni susah nak jumpa org yg betul2 ikhlas... kan?

btw... cheer sis!!!

Intanaziela said...

mawar: nani..hihihih ini spesel punya lalat ijo..hahahhaha

memang sukar nak jumpa orang yang ikhlas, tapi masih ada orang yang ikhlas, baik hati kan...kan...kan...hiks

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!