Friday, November 30, 2007

Demam

Gara2 meredah hujan lebat petang semalam, akhirnya aku demam. Malam tadi dah start rasa lain macam. Telan ubat pas tu tido. Bangun pagi rasa cam nak pecah kepala ni, tapi maintain ayu..maintain gagah, gi keje jugak2. Tak kira. Macamlah kalau tak de aku department ni akan tutup. Tapi memang la semangat aku lain macam sekarang ni. Semangat malas nak MC. Kelaskan semangat baru tu. Tahun ni aku berjaya melimitkan (sila jangan ikut ye tuan puan, menggunakan bahasa rojak!!) MC aku, dari 21 hari yang company kasi, aku baru amik 7 hari, itupun di zaman ex-boss jek..zaman boss baru tak penah MC. Kalau zaman ex-boss dulu, sakit sikit je dah terasa cam tenat, nazak nak pi opis. Kalau sekarang? demam panas tahap dewa pun terasa cam baru nak suam2 kuku badan ni. Ngeh ngeh ngeh. Sebenarnya dah lama tak rasa pi kerja ada matlamat. Rasa diri ini memberi sumbangan. Memanjang je kena pinggir. Ye la, akak ni tak reti nak bodek2. Tak reti sungguh. Buat kerja ikut rules. Cakap bila perlu dgn boss. Tak reti nak puji2 cam gini "boss, cantik la you hari ni,...boss, wangi la you hari ni " apaaadiaaaa??? Yang aku tau, buat kerja sehabis baik. Buat kerja sungguh2. Dah siap keje tulih blog, aci dak? Tapi memang iye, aku memang tak pernah mencampuri urusan2 boss aku. Tak mo amik tau. Aku cuma kerja je dgn dia, bukan dgn urusan peribadi dia. Am I right?
Aduh, memang sah aku tak sihat. Rasa cam kena cucuk dgn jarum badan ni. Need a theraphy. Still dok pk nak buat apa rehat dua jam nanti, yang pasti, ada theraphy session...yeay..
soksek: Bibir berkilat!!

Thursday, November 29, 2007

I'm Flying without wings

Akak baru je habis appraisal dgn boss. Best giler. Bukannya dapat rating 4 pun. Tapi tetap best giler... aci dak? Ye la, dah 3 tahun kat HR dept. ni, sekali pun tak pernah rasa dihargai. Hari ni, semuanya berubah. My new boss baru 4 months in our dept. Tapi, bila dia puji akak, especially bab schedule appoinment dia, sense of urgency, bla..bla..bla..fuh! I'm flying without wings..senyum sampai ke telinga. Tak pun sampai ke negeri China. Akak happy dek non. At last, boss baru ni boleh nampak gak keje aku, dari yang dolu? hampeh. Isk, tak baik kan ngutuk yang lepas, tapi itulah hakikatnya. 3 tahun aku sengsara.
soksek: Jangan aniaya orang, doa orang yang teraniaya ni dimakbulkan Allah.

Wednesday, November 28, 2007

I'm Not Feeling Well!

Well, gara2 mengemas kat opis semalam, aku kena alahan..bayangkan dari kol 3 pagi aku terbersin2, seksa jiwa raga!! kesannya, aku jadi tak ceria, layu dan tak bermaya..tapi masih lagi boleh tersenyum. p/s: berdebar nak mengadap boss ni, appraisal time. Wish me luck. Mana taknya, sejak 3 tahun aku kat HR dept. ni, baru ni la first time kena appraisal. Pelikkan. Cam ne Ex-boss aku evaluate aku hah? melalui kerja aku kah..melalui penampilan aku kah? musykil..musykil. Manambahkan kemusykilan aku bila every year dapat rating everage. tang mana la dia nilai aku nih...tapi tak pe la...barang yang lepas jangan di kenang!
soksek: Jadilah seperti ubi, diam2 berisi, ikutlah resam padi, makin berisi makin menunduk,..yang tak tahannya isi2 kat badan aku ni cam ne? huaaaggggh

Tuesday, November 27, 2007

Tired!

Boss aku cuti. Tapinya aku ni lagi penat dari hari yang boss ada. Boleh gitu? mana taknya..kena cari appraisal form yang lama2 untuk staff department lain. Letih sey. Yang diorang ni pun satu, dah tau personal info, sebelum submit buat la copy untuk diri sendiri, ni bila boss nak baru nak kelam kabut mencari, yang penat saper? akaaaakkkk jugak.
Semenjak dua menjak ni aku dilanda penyakit malas nak bercakap. oh ye? hanya mereka yang dekat dgn aku je boleh perasan sindrom yang kena kat aku ni. Rasa macam tak berbaloi bercakap tapi akhirnya hati aku yang sakit. Kalau kat opis ni, kalau diorang bersembang, aku dok aje la kat tempat aku, malas nak join. Malas..malas..malas... yang aku rajin, layan hadif borak..lagi best.
soksek: Blues untuk aku...blues untuk aku...

Monday, November 26, 2007

Monday Bluess

This morning, I left hadif at mak's place. Sedih giloss tengok anak aku tu menangis nak ikut aku. Mana tak nya..dah berkepit je weekend hari tu..dok kat umah dgn dia pun dia mengulit aku .. tapi tu time tak de babah dia la..kalau ada babah dia..kim salam..heheeh. Jenuh pujuk dia, tapi air mata berderai2 la cik mamat sorang tu. Sah la malam ni aku kena tido umah mak.

Pagi ni sampai je opis terus call DELL, order monitor pc yang hubby suh beli. Settle tu call pulak mamat HSBC, ada document yang dia request last week nak kena kasi...lepas tu nak call EPF, nak tanya status permohonan yang we all buat awal bulan hari tu. Lepas tu call Hadif, pitty him, kena tinggal..nak buat macam mana, mama lom berjaya mematangkan apa yang belum jadi emas. (apa la tu? kekekeek) tapi dalam hati tu..menjerit2..bestnya spend masa dgn hadif... layan je celoteh dia tu.

Ni cerita hari semalam. Semalam bangun tido aku layan hadif je..gorengkan roti canai segera, buat ayaq milo kat dia, pas tu tengok TV. Tetiba kepala aku sakit yang amat, so aku baring la sebelah dia. Hadif amik sikat atas meja pas tu dia kata "meh hadif sikat rambut mama" yang aku ni tengah mamai2 sakit kepala biar je la dia nak buat apa. Sekali bila bangun, aku tengok rambut dah bersimpul..terbelit2..apa lagi..menangis la aku..aku cakap la kat hadif " huaaaa...apa hadif dah buat dgn rambut mama ni..habis la botak rambut mama.." laju je anak ku itu menjawab "ooo I am sorry mama..." Bila tengok muka Hadif yang serba salah tu..tak jadi aku ni nak marah. Nasib baik boleh settle problem aku tu. Hai anak...sabar la mama ni..
Petangnya aku bawak hadif gi Birthday party anak opis mate aku, kak ziela kat taman dato' harun. Malam tadi lepas call hubby kat offshore kami pun tido. End of the day.
soksek: Kita akan lebih bahagia jika tidak meminta2!

Sunday, November 25, 2007

katakan tidak kepada ROKOK

Semalam kami pi kenduri kawin cousin atuk kat Lukut, Port Dickson. So far mama satisfied dengan perangai hadif..well behave...mcm tak percaya my "ligat" boy boleh behave cam gitu..kami dok kat situ sampai pengantin bersanding, pas tu balik shah alam. Sambil tu singgah menyinggah mengisi masa terluang. After we drop by opah, atuk, maklang n onyang...terus balik umah. Rehat2 je...sambil tu layan hadif main games. Call babah kat offshore, suh hadif cakap dgn babah dia..tapi mamat tu sekarang ni memanjang refused. Mana taknya...mata pandang ke tv, mulut ada botol.. pas tu we off to bed very early. Penat sey.

Mama teringat masa kat kenduri semalam..sedara mara dok tanya..mana suami..? mana suami..? standardlah mama ni kalau gi kenduri kendara tak de hubby...dah hubby keje time diorang kenduri. Jumpa salah sorang dari cousin abah, bila tanya dah ada cucu ke belum, dia kata menantu dia dah meninggal dunia...bulan 5 tahun ni..tanya sakit apa sakit jantung. Tanya lagi umo berapa ..30 tahun. Time tu terkedu aku. Pas tu cousin abah ni citer la..menantu dia ni kuat smoking. Kesian aku tengok muka anak cousin abah tu..sure dia sedih..aku tak berani nak tanya itu ini...tapi bila dengar yang arwah suami dia tu "perokok tegar" aku rasa ngilu kat ulu hati aku ni. Nak marah pun ada..tapi tak kan la aku nak marah kat orang yang dah mati kerana "tegar"nya dia tak mo berenti merokok, kan? memanglah ajal maut di tangan allah..tapi kalau sesuatu yang kita boleh ubah..cubalah untuk berubah.., so pitty tengok muka si elyn tu...muda2 lagi dah J**d*... apa yang aku boleh buat...dok sabarkan elyn ...anak cousin abah tu aje... ye la elyn..dah dia dulu tu suka sangat nak isap rokok..suka sangat nak mati cepat (emosional lak aku kan...) nak wat cam ne...dah dia pikir nak sedap diri dia je, nak fikir kepayahan nak tinggalkan ketagih rokok (agaknya dah start merokok dari umo 13 tahun kot???)...tak pikir kalau dia mati tu orang yang tinggal ni cam ne... biar aje la... elyn muda lagi... sihat lagi... cari aje penganti..buat apa sedih2... kan?? huit..selamba giler aku kan...ye la..kalau arwah suami dia tu guna akal..sure tak la tak jadi perokok tegar..dan kebarangkalian nak sakit tu kuranglah kan.. aku respect abah mertua aku..boleh berhenti merokok..walaupun dia berhenti merokok disebabkan nak membesarkan anak2, tapi memang tindakan dia tepat...tengok dia sekarang...walaupun umo dah 60+++ tapi sihat walafiat..penyakit apa pun tak de...

one the way balik tu..rasanya bernanah telinga abah aku mendengar bebelan aku... tapi abah aku ...standard la..lagi sorang perokok tegar...cakap apa dia buat dek aje..dah sebati dalam diri dia..mak aku lagi la selamba..biar je..kalau sok sakit..pas tu qoluinnalillah...kita yang idup ni enjoy aje dgn duit yang dia tinggalkan..selamba kan? hahahahah

Biasalah para perokok ni..bila orang nasihat ada je jawapannya balik, itu la, ini la..agaknya susah sangat nak fikir..bila orang bising..bila orang marah..tu tandanya orang sayang..kalau orang diam..kalau orang biarkan..itu tandanya...ha fikirlah sendiri tu tandanya apa..tak koser aku nak tolong fikirkan...

soksek: kalau belum sakit..oklah..kalau dah sakit? baru nak sedar...it's too late....kalau baru nak berhenti merokok...doktor pun kata jangan.. emmm aku rasa cam panas je muka aku time taip entry ni...tapi kenapa yeeee...

Friday, November 23, 2007

Babai Teacher Shima...

Today is a last day for teacher Shima at Genius Aulad. Semalam aku call teacher shima..tanya betul ke kesahihan khabar angin yang didengar...dengan sedih teacher shima bagitau dia dah habis contract..dia nak pindah Nilai...ada rumah kat sana...aku pun apa lagi..ayat powerlah..tak yah la berenti teacher...nanti hadif tak mo pi skul..cam ne? teacher shima gelak...dia kata hadif ni bintang popular kat skul tu...ye la ..aku kenal sangat anak aku yang aktif lagi inovatif tu...ramah terlebih...hadif ni jenis yang payah nak sayang orang...take time. kalau hantar ke genius aulad pagi2..dia cuma cari teacher shima dia aje. kalau teacher yang lain..berbuih la mulut mama dia ni bising suh salam..dia buat muka derk aje.. tahun depan hadif baru 4 tahun. Insyaallah akan sambung belajar di genius aulad lagi...masalahnya aku tengah pening ni...cam ne la hadif without teacher shima..


Amik half day semalam, aku bawak hadif gi jalan2...beli apa yang dia nak...Well, 2 hours inside with only RM8 ... 2 books from TESCO stationaries that he wants. We settle for lunch at food court and do a quick groceries . We left TESCO around 4:30 pm and he told me he loves me very much for being with him. Oh my boy. U really made my day! Sampai rumah, pukul 8 mlm anak ku itu sudah tidur...so mama pun mengabiskan lipat kain then balut present untuk teacher shima...

Pagi tadi..time nak keluar rumah, mama bagi hadif present tu... "ni nanti hadif bagi teacher shima ok" dia punya excited..sampai kat skul dia...jumpa aje kawan2 dia bagitau "ni hadif nak bagi teacher shima...teacher shima kata jgn bawak toys" musykil mama..bila bulak ada pesanan jgn bawak toys tu. Pelik. sungguh mama pelik ni...tak tipu.. :)

Lunch hour aku balik umah mak...amik handphone yg tertinggal. Betul la aku ni dah tua...selalu lupa..time tu aku jengah bilik mak, tengok hadif tengah tido..nampak je aku laju je anak bujang tu bangun...terus citer pasal teacher shima bukak hadiah yg hadif bagi.. eceh..ye la tu hadif oii... aku pun layan aje la cerita pak cik tu sampai tertido...aci dak?

Malam tadi, kawan aku atie datang umah, pulang tupperware. Tak masuk umah pun, time tu hadif dah tido. tengah member hulur tupperware kat celah gate, tetiba anak sulung dia bersorak.."yeaa..dah kunci kete" biru hijau kuning la muka aku.. mana tak nya..tengok kete dia dgn enjin terpasang...berkunci keempat2 pintu. Adoilah amy..naperlah ko kunci pintu kete ibu ko itu...pening kepala auntie ila ko ni ha... mujurlah jiran aku tu ada dawai kasar.. bila aku kuar balik..aku tengok budak amy tu dah meraung..aku ingat dia nangis sebab takut ibu dia marah..rupanya ibu dia dah hadiahkan dia penampar jepun 2 dass... adoi lagi sekali. Nasib baik la percubaan aku berjaya..akhirnya boleh la atie kawan aku tu balik dgn anak2 dia. Aku gelak sorang2 bila teringat amy meraung tadi..budak2..apa la yang dia tau kan? tapi mak bapak zaman ni selalu tak tahan sabar...kalau hadif buat gitu agaknya apa la yang aku akan buat? aku meraung kot..?

ni tulis blog sementera boss kuar gi bank. dunia ini ana yang funye..yihaaa


soksek: patah tumbuh, hilang berganti. Adakah yang datang akan sama dgn yang pergi? huaaghh....Life is a journey, not a destination.

Thursday, November 22, 2007

Sangka..sangka...tak sangka..

Orang beribadah disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk.
Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud (hina).
Orang makan banyak disangka pelahap.
Orang makan sikit disangka diet. Orang baik disangka buruk.
Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang nampak ceria disangka membela.
Mana tahu yg diam itu kerana berzikir kepada Allah swt.
Mana tahu yg senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yg masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
Mana tahu yg ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka2 kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yg kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

-=source: unknown=-


bila kita bercakap, pastikan kita tak menyakitkan hati orang lain, sebabnya impak akibat menyakitkan hati orang lain ni lain sikit...ye la..orang kalau dah terasa ke..terluka ke dgn kata2.. mestilah orang tu sedih..ye tak? jenis yang berani..lawan je balik..jenih yang suka simpan dalam hati?....sikit..sikit..lama2 jadi bukit..tak ke jenuh kalau hati dah rasa kosong je.... lagi satu..jangan la kita ni nak betul je apa kita cakap kan..ada orang mungkin bila bercakap memberi pendapat..terpulang la kepada individu tu..sama ada nak terima atau tidak..bukannya utk direndah2kan pendapatnya..kalau cam gitu..tak boleh terima apa orang nak cakap..baiklah orang yang nak beri pendapat tu cakap dgn tunggul ke..dgn cermin ke..kan? hai..dunia..kadang2 aku ni dah naik jelak nak beri pendapat, lepas satu..satu apa yang aku cakap kena cantas..kena cantas pulak dgn kata2 pedas..tak boleh ke cakap elok2..cakap lembut2....aku ni manusia..bukan lembu..paham lagi bahasa malaysia...semua tu buat aku dah malas nak bercakap. Diam aje. stone. senang.
soksek: aku hanya menumpang...kan? so diam aje la...tak yah bagi pendapat..bukan menyumbang apa2 pun...kan? teringat kata2 diana, one of ofismate aku... "aku menulis bukan kerna nama" huhuhu

Bluess untuk siapa?

Bangun pagi, macam biasa siapkan hadif...kena pi Genius Aulad dia...nampak dah kemajuan hadif bila mama kejutkan, laju je dia bangun, buka baju...terus ke bilik mandi. Dah besar anak mama. Tengah mama bersiap..hadif cakap " hadif gi genius aulad jumpa kawan2 hadif..mama gi gas jumpa kawan2 mama" aku gelak. Dalam kereta biasalah dia...menonton VCD kegemarannya..sambil tu mulut mengikut apa dia tonton..and he ask me "mama...do you like sausages?" tak sempat mama dia ni jawab..dia dah jawab balik " Yes, I do...hadif nak sausages la mama..." hai hadif..manalah mama nak cari sausages pagi2 nih.. :( but sempat janji dgn hadif..petang ni..kita makan sausages...sebab mama ambil half day leave. I need rest. Serious. Dah 3 hari demam...rasa dah tak tertanggung sakit badan ni...ubat demam pun dah nak habis..so this afternoon will bring hadif to my theraphy session...heheheh (kalau hadif ni..bila cakap nak pi jalan...dia mesti cakap "jalan2 cari makan ye mama??"

Lepas drop by hadif kat skul dia...aku straight gi keje...malas nak ikut shortcut, turun je fly over K**a Kemu**** tu..kete dah slow...alamak!! jangan ler aku lambat pagi ni...alhamdulillah walaupun slow, tapi bergerak. Pasang Radio hotfm...lebih hangat dari biasa...keluar pulak lagu fav. aku...lelaki ini..apa lagi..nyanyilah dgn penuh perasaan...dah lama tak nyanyi gitu...kira lepas tension la kunun..sekali bila aku toleh..mamat kete sebelah tu senghih tengok aku layan feeling..cis!! malu akak...pas tu aku pun apa lagi..tak toleh kiri kanan dah...heheheheh

nanti2lah sambung lagi...nak buat keje...tapi mood half day dah melanda...rasa malas je nak buat keje...aci tak?

*** turun finance dept, amik PV, adalah dua tiga orang kata aku dah kurus sikit...aku gelak je..dah biasa kena tegur badan berisi..kalau cakap aku kurus sikit ni..sikit pun tak jalan...tak de tinggal kesan kat hati aku pun..nak buat mcm mana..memang betul pun aku gemuk..kalau aku ni jenis yang makan tak henggat donia lain la...ni makan same je mcm orang lain..lemak suka nau tinggal kat dalam badan aku ni.. opismate aku kata aku senang hati..ye ke? agaknya diorang tengok aku tak pernah sedih2..moody2...kalau ada masalah pun...gelak..kalau aku senyap agaknya orang mesti pelik.. tapi pada orang yang suka benor menghena...suka benar cakap aku ni gemuk...aku nak kasi tau sikit la...tak semestinya kurus tu cantik...kalau muka cam tongkang pecah tak guna jugak kurus kan...kan...

soksek: kadang2 orang lupa, kata2 yang ditutur menguris hati orang lain..dia je betoi... bak kata satu puisi tu..penyu menangis sape yang tahu? heheh penyu nangis? habis kalau aku menangis? sape yang tau? ...

Wednesday, November 21, 2007

Cerita tentang bulan

Hadif sekarang bukan main payah nak tido. Opah komplen. Bila suruh tido dia jawab "tak de moon, ada sun, tak boleh sleep" mulut anak bujang mama tu kuss semangat sekarang. Kelmarin, dia peluk2 atuk dia..sambil nyanyi "atuk la botak..." speechless orang tua tu.. mama yang tengah baring (demam...) pun gelak sampai keluar air mata... mak lang gelak..hai..kami adik beradik pun tak berani nak gurau gitu dengan abah...tapi bila sampai tang cucu...kalah atuknya..

dah dua hari mama demam..tak baik2..badan pun sakit2...selalu nak demam pun time babah tak de la...bila ada nanti orang kata ngada2 pulak, ye dak? :) tadi teacher shima call..tanya awat hadif tak pi genius aulad...mama gelak besarlah..rupa2nya diorang tak coootiii lagi...this friday baru last day skul..patutlah anak mama dok bebel2 nak gi aulad..nak gi aulad...so tomorrow hadif kena pi skul la...p/s: pandai2 je mama kasi cuti ..chait..

Semalam before sleep mama suh hadif baca doa nak tido...pas tu recites surah al-fatihah ... sejuk hati mama ni...walaupun version pelat yang hadif gunakan..tapi mama bangga...bangga kerana he is only 3 yrs old boy...semoga hadif membesar menjadi anak yang cerdik..cergas..cerdas...
amin...

soksek: dalam idup ni, mama tak henti berdoa..doa apa? biarlah yang satu itu orang lain tak tahu..
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!