Friday, November 30, 2007

Demam

Gara2 meredah hujan lebat petang semalam, akhirnya aku demam. Malam tadi dah start rasa lain macam. Telan ubat pas tu tido. Bangun pagi rasa cam nak pecah kepala ni, tapi maintain ayu..maintain gagah, gi keje jugak2. Tak kira. Macamlah kalau tak de aku department ni akan tutup. Tapi memang la semangat aku lain macam sekarang ni. Semangat malas nak MC. Kelaskan semangat baru tu. Tahun ni aku berjaya melimitkan (sila jangan ikut ye tuan puan, menggunakan bahasa rojak!!) MC aku, dari 21 hari yang company kasi, aku baru amik 7 hari, itupun di zaman ex-boss jek..zaman boss baru tak penah MC. Kalau zaman ex-boss dulu, sakit sikit je dah terasa cam tenat, nazak nak pi opis. Kalau sekarang? demam panas tahap dewa pun terasa cam baru nak suam2 kuku badan ni. Ngeh ngeh ngeh. Sebenarnya dah lama tak rasa pi kerja ada matlamat. Rasa diri ini memberi sumbangan. Memanjang je kena pinggir. Ye la, akak ni tak reti nak bodek2. Tak reti sungguh. Buat kerja ikut rules. Cakap bila perlu dgn boss. Tak reti nak puji2 cam gini "boss, cantik la you hari ni,...boss, wangi la you hari ni " apaaadiaaaa??? Yang aku tau, buat kerja sehabis baik. Buat kerja sungguh2. Dah siap keje tulih blog, aci dak? Tapi memang iye, aku memang tak pernah mencampuri urusan2 boss aku. Tak mo amik tau. Aku cuma kerja je dgn dia, bukan dgn urusan peribadi dia. Am I right?
Aduh, memang sah aku tak sihat. Rasa cam kena cucuk dgn jarum badan ni. Need a theraphy. Still dok pk nak buat apa rehat dua jam nanti, yang pasti, ada theraphy session...yeay..
soksek: Bibir berkilat!!

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!