Monday, June 30, 2008

Selsema sudah..



Hadif selsema. Meleleh2 air idung. Kesian tengok dia, rimas .. so bawak pi klinik petang tadi. As usual, Hadif dgn doc. fadilah memang kamceng. Selain dari Dato' Dr. Zulkifli Ismail, Pead kat SMC, hadif memang suka sangat dgn doc. fadilah dia nih. Cam doc. peribadi dia okeh. Manja sangat. Lepas amik ubat kami terus balik umah. Mama pun dah bersin2, ayaakkk..menjangkit dgn hadif kaa? aduh..selsema sudah..


Dear Babah, just for you...



Monday mood

Pagi2 lagi telefon umah berdering2. Hadif, budak yang windukan babahnya tengah berguling2, bermalas2an atas katil, nak pergi mandi dan bersiap nak pi skul. Mama jawab tipon, pas tu kasi kat hadif. Bukan main ceria suara dia..siap tergolek2 atas katil, berangan. Pas tu dia tanya babah dia gini "babah dah baca blog?" kkakakakak.

Sampai kat Genius Aulad dia cakap kat mama dia nih, "mama, mama suh la babah balik amik hadif"

Tadi, call opah dia, tanya khabar anak yang baru balik sekolah. Kita ni bukan main la tanya macam2 kat dia, nak tau dia tanya apa? "Babah mana? panggil dia..hadif nak cakap!"

Terkesima mama dia nih. Hadif masih belum paham, walaupun dimulutnya bila orang bertanyakan mana babah hadif, jawapannya berbunyi begini "babah work, kat ochoe (offshore)". Kat mana offshore, berapa jauhnya kami terpisah, dia masih belum paham. Nanti bila babah balik nak ajak pi Petro Sains la. Nak kenalkan hadif apa itu offshore. Biar dia belajar mengerti yang offshore itu satu tempat yang sangat istimewa. Ye la, babahnya berada disitu, demi mencari rezeki untuk kami.

Aggh..udah la ayat2 mondom ni. Aku bukan tak biasa kena tinggal. Sangat terbiasa. Satu ketika dulu, (time baru2 tawin ler..) aku pun penah bawak tido kain pelikat hubby. Bil telefon pun melambung2. Cakap tipon mana main lima minit ke sepuluh minit. Ada je idea nak bercakap. Ada je benda nak di update. Sampai sekarang pun, kalau kami bercakap tipon, standard la kalau 30 minit hingga sejam. Ada masa, hubby balik awal..aku tau, dia pun rindukan aku jugak. Bak kata seorang rakan, "rugi ko azila, dalam setahun, masa ko bertemu suami cuma 6 bulan" Tapi, ada baiknya jumpa 6 bulan (itu kalau tak pergi kursus ke.meeting ke..), dari orang yang jumpa suami hari2..tapi perasaan tu jauh je memanjang. Itu aku. Yang tua ni, tentu la tahu cam mana nak express kata2 rindu, tapi hadif? manalah dia tau nak cakap dgn aku ni yang dia rindukan babahnya. Paling tidak, perkataan babah itu tidak lekang dibibirnya.

Insyaallah, lambat laun, paham la hadif culture of work babah dia. :P
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam ada orang datang tengok rumah yang kami nak sewakan. Sebelum ni pun ada jugak yang dah datang tengok. Tapi hati aku ni tak berkenan dgn cara dia. Mintak mcm. Sampai tikar getah pun mintak tuan rumah provide. So, aku reject je. So, yang datang semalam sorang student UiTM, dan satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Student UiTM ni terus je confirmed nak duduk. Terus je nak bayar booking, dua tiga hari lagi nak datang bayar deposit.

Selesai satu hal. Hari ni nak settlekan pulak registration UiTM for this semester. Mula2 nak amik satu dua subject je. Tapi bila register dah jadi 4 pulak. hahahah. Itu pun dah 15 credit hours. Satu jam kredit RM100, plus 90 hengget admin fees.. adoilah. Kelas mula 13 Julai ni. Aduh..dah lama cuti..cam liat je nak pi kelas balik. Wish me luck yek kawan2...

Sunday, June 29, 2008

Selamat Malam Babah..

My little boy dah tido. Sedih tengok muka dia tido. Nampak tenang. Dari tadi, bising suh mama dia call babah dia kat offshore, unfortunately we cannot reach babah tonight. I'm asking Hadif, do you miss babah, dear? Jawapannya berbunyi begini:

Hadif: Ye. Hadif rindu babah. mama tipon la babah. esok boleh tak babah hantar hadif naik motor pi aulad? tipon la babah mama, suh dia balik.

Mama: Ok, hadif tido, nanti esok kita cuba call babah lagi.
Mama: (cakap dalam hati je la kan..) Lagi 10 hari baru babah boleh hantar hadif pi skul naik motor..

Hadif: Selamat Malam babah..(sambil tengok gambar babah dia kat skrin pc)

Mama: huwaaaa...(hujan di mata, basah di hati)

Naik bilik, baca buku cerita kat Hadif, ask him to recite doa before sleeping and may be he already meet his babah in his dream. Poor boy. Tapi itulah rutin family kami. Dua minggu bersama, dua minggu berjauhan. Bila time berjauhan inilah sangat2 menguji dan mendera perasaan kami anak beranak. Not only Hadif, but mama too.. Tapi, itulah cara babah hadif mencari rezeki. Kerinduan itu sebenarnya sangat manis. Insyaallah, 10 hari lagi kerinduan ini bakal terubat.

Hadif dgn babah dia macam kembar siam. Tak boleh berenggang. Babah nak pi mana2 pun payah. Hadif kalau babah dia hilang di mata, mengamuk tak hengat donia. Agaknya inilah kesan air mandi babah dia. Dulu dua beranak ni selalu mandi sama2. Siap gurau senda dan ketawa mengikik2 dalam bilik air. Kata orang tua2; mengeratkan kasih sayang. Betul la tu. Memang terbukti. Manja dan rapatnya hadif dgn babah dia memang tak boleh nak disangkal. Cumanya kesian kat Hadif la time babah dia kat offshore. Cam anak ayam ilang ibu. Mujur ada baju busuk babah (trip kali ni tak de kain busuk okeh..baju tshirt babah la jadi meneman hadif tido)

Dear Babah, we miss you so much. Emmuah...

Friday, June 27, 2008

Finally

Finally we received that letter. The letter from Developer office, mentioned as below:

"We are pleased to inform that the Architect has certified that the construction of the abovementioned property ("the Property") has reached practical completion and it is now ready for us to deliver vacant possession of the Property to you. A copy of a Architect's Certificate is attached for your perusal. Blablablabla.."

Whohaaa..best giler! Sengih sampai ke telinga. Punya la seksa nak menunggunya, dari bulan January dok janji..at last, dapat jugak. Syukur Alhamdulillah. Tapi sedih sikit, surat tu dapat sehari selepas hubby naik offshore. Of course ler kena tunggu dia balik maaa, nak settle payment la..itu la... Nak kena pecah dapur lagi, pasang plaster siling, pasang lampu, itu, ini, gedebak gedebuk, end of July jugak la kami pindah. Tak pe, janji raya nanti dirumah baru. Lagi pun tak tak larat tengok bilik tido kami tu jadi stor. (mana tak, dgn LCD TV babahnya, stand lamp nya, langsirnya...hehehe).

Lepas ni nak survey perabot bilik hadif. Hari tu dia demand nak set kat Harvey Norman. Ya ampun...katil sajer dah dekat RM900. Pengsan ler. Lepas siapkan bilik hadif ni, of course ler dia akan tido sendirik. Tak larat okeh tido ber3 dah. Bukan setakat sempit, dia siap pesan kat babah dia "babah jangan peluk mama tau, peluk hadif jek!" Aci gitu? hiks..

Tengahari tadi ikut kak shilla pi Ole-Ole kat sek. 18. Dia nak tempah baju. Dan akhirnya aku juga terjebak. Tempah baju raya la konon. Tapi mahalkan tempah baju sekarang. Dulu mak jahit je, sekarang mak busy. Terpaksa la anaknya ini menempah. Ingat nak belikan sekali kain untuk mak dan MIL, tapi tak berkenan coraknya. Next week ingat nak pi cariklah. Malas nak tunggu last minute. Citer kat mak, tempah baju yang amat mahal, RM55 sepasang, pas tu mak kasi satu das ... "abis, kamu beli baju hadif seluar je rega 200 tu, tak pe? baju sendiri berkira sangat.." kihkihkih. Amik ngko. Padan muka aku. Naper ek, kalau beli baju hadif tu, setakat guess ke, gap ke, selamba jek. Bila kena baju sendiri rasa mahal pulak. Hubby pun sama. Kalau beli kasut hadif, ADIDAS tu selamba badak je dia bayo. Kalau suh beli kasut sendiri, banyak pulak dalihnya. Agaknya gitulah ek kalau dah ada anak. Kepentingan diri tolak tepi. Anak yang penting. No wonder la tahun lepas baju raya hadif jek berpuluh pasang. (termasuklah pakcik makciknya beli). Mak bapaknya? hehehe cukuplah sepasang dua...hahahahah.

Tapi sekarang ni jarang beli baju hadif. Save duit, nak beli perabot bilik tido dia. Last sekali beli baju dia pun time nak pi gathering fotopages hari tu. Tu pun kena bebel dgn babah dia, tali pinggang harga dekat nak seratus. Ha amik ko anak. Lepas ni, kalau mama dah tua, jangan sombong. Kalau mama pergi umah kamu, amik je barang yang dia ndak, jangan marah... hahaha tu la ayat babah dia. Tak harap pun hadif akan balas balik apa yang dia dapat sekarang. Memadailah dia ingat dan kenang pengorbanan babah dan mama dia.

oklah, nak stop dulu. Sambung keje, boss dah masuk. Sambil tu nak berangan hahahah

Tuesday, June 24, 2008

Dapat Bintang, Babah

Yesterday nite, He really make me laugh.

I give a DVD Kung-Fu Panda to my dear Hadif. Sekarang ni dia dah kenal huruf, tak kira lah huruf kecik atau besar. His atok told me that he was shocked when hadif spell out the plat number of the car when he took hadif to Tesco Shah alam, yesteday. For hubby and me, that's suprising us no more. And, When duduk santai2 while watching television, he start a conversation with us:

Sambil pegang DVD yang mama beli (of course ler yang rega RM7 jek...)

Hadif: P...A...N...D...A ... PANDA
Mak Ngah Hadif: Eh betul la dia eja..
Mama: Cuba Hadif spell out yang atas tu pulak (merujuk pada ejaan Kung-Fu)
Hadif: K..U..N..G.. F...U.. ...TAI LUNG

kami gelak tak henggat punya... Hadif..Hadif..suka ati dia jek nak sebut apa..

apapun, He's only 4 years old boy. Kami pun hantar dia pi skul bukan nak force dia supaya lekas pandai membaca. We want him to mix around with everybody. And syukur alhamdulillah, he has no problem with that. And now, Dia dah kenal huruf pun dah buat kami happy. Sometime he make me shocked with his vocabulary. Terasa worth bayar fees dia gi skul.

And, tadi babah dia bagitau, time fetch him from Genius Aulad, he shows to his babah he get a star for Peter And Jane book's reading. I pray for Allah (and always do..) semoga our little khalifah membesar bagai johan...insyaallah.

Monday, June 23, 2008

From Penang with love

Kami bersantai di Penang weekend hari tu. Pergi Sabtu, balik Ahad. Actually this is prewzen for Mother's Day. Hubby bought the ticket especially for his lovely wife. Aci gitu yang? hiks.. but it was really make my day. I'm loving it. Masuk2 je bilik aku dgn hadif sama je sebut WOW. heheheh. Dan Kami tak yah berebut TV dgn hadif. Sorang satu. Hadif boleh tengok Kartun sepanjang masa. Tapi of course ler tak boleh sepanjang masa kan..time tido kenalah tido.

Kami sampai ke KLIA tu just nice time terus boarding. Tapi sempat la Hadif pau mama dia helikopter RM22.50 okeh. Dalam flight pun selamba je mamat tu. Time orang serve orang juice or guava juice, dia selamba badak je order milo. Datang la abang pramugara tu hantar milo dia. Sungguh selamba. Sekejap sangat dah sampai Penang. 1/2 hour jek. Tak sempat nak tido. Hiks. Keji kan, asal naik flight je nak tido.

Sampai je Penang Airport kami amik teksi terus ke Hotel. Kami dok kat The Northam All Suite. Suka sangat. Sampai Hadif cakap gini "Hadif nak dok sini lah babah, tak nak dok kat umah teres tu.." Sungguh materialistik tau. huhuhu

Lepas jek check in, kami terus isi tangki. Lapar duh. Buffet lunch. But the food just"oklah". Naik bilik, rehat2. Petang kami keluar nak pi Toys Museum, ingat nak amik teksi kat depan hotel tu, tapi charge dia RM40 satu hala. Mahal okeh. Kami jalan kaki sikit kat Gurney Drive, jumpa teksi, naik..tambang dia baru RM15 saje. Teruk tau minah kat hotel tu letak harga. Ingat kami orang kaya kaa..? chait.

Hadif sangat enjoy di Toys museum. Siap pujuk mama suh beli toys kat situ. Mana ada jual toys. Namanya museum. Muncung panjang sedepa pakcik tu..hihihi. Balik kami singgah kat Padang Kota Baru, kunonnya nak makan rojak pasembur yang glamer. Tapi bila dah makan, huhuhu, indah khabar dari rupa. Mungkin kami tak tau yang mana tempat yang sedap kot. Lepas makan kami menyusuri Gurney Drive, nak balik hotel. Nipis tapak kaki berjalan. Tapi best jugak, we spent quality time together. Hubby kata oklah tu, kalau kat Shah Alam jangan harap la nak jalan kaki. Kalau boleh bawak kete kat dalam opis, siap parking sampai kat tempat duduk. Hina tau yang..


Sunday tu, lepas check out kami panggil teksi, ikut per hour rate. Sejam RM30. Amik 5 jam, round ke mana yang kami nak. Mengikut plan asal, kami tak de pun cita2 nak merayap sakan, iyelah, nama pun bersantai, kalau berjalan sana sini dah tentu tak santai dah. Berpenat namanya. Kami pi la beberapa tempat yang kami rasa nak pergi, pas tu terus makan laksa kat tepi pantai seagate. (iye ke namanya gitu? driver teksi tu yang kata gitu, akak follow je dik non)



Lepas minum2 kami terus gi Airport.

We arrive home at 9 pm with safe and sound. Hari ni dah keje. Nyesal tak amik cuti. heheheh kalau tak leh santai2 lagi. hahahha

Kesimpulannya, Best sungguh dapat bersantai ke Penang. Dalam masa 1/2 jam je kami dah berada di negeri yang berbeza. Hubby kata lari dari kesesakkan dan hiruk pikuk KL. Tapi Penang pun havoc jugak. hehehhe. Thanks to dear Hubby, The Northam All Suite memang sangat2 best. Terima kasih daun keladi, lain kali bawak lah lagi.

Saturday, June 21, 2008

Penang Mali..Penang Mali..

Another 8 hours we will off to Penang. Jalan-jalan cari makan. Will up date later on yeah? ceh..macam la ramai benor yang baca blog aku nih...kekekekek

Thursday, June 19, 2008

Sengih sorang-sorang akak..

Pagi ni dek kerana merempit jadi idak ler akak pakai baju kurung. Payah nak bergerak. Pakai aje la blouse dgn seluar slack. Biasa je, sebelum ni pakai gak gitu, tapi jarang-jarang..kadang-kadang. Turun kat reception tadi, diorang tegur kata aku dah susut sikit..wakakakakka bute ke matenye...(sila baca ala2 orang kampung riz...apa ke heinye yob...) susut tang mana aku pun tak tau. Tapi best giler, pasai bukan sorang, dua orang maupun tiga orang yang bercakap gitu. 5 orang okeh..best..best...terus tak jadi nak makan. Boleh gitu dik non? ghentikan ler..akak tetap makan aiskerim banana flavour McD tu..heheheh tapikan..dah dua tiga hari rasa cam tak mo makan nasik sangat, tengahari tadi sanggup tak makan nasik, sebab teringin nak makan aiskerim McD aje. Semalam teringat nak makan donut big apple. Cam mengidam jek... pregnant kah? wakakakkakaka

Tadi cakap tipon dengan hadif via video call. Best kan dapat tengok muka anak bila cakap tipon. mamat tu siap tepis tipon takut nak pandang muka mama dia. Mama cakap tido terus tido.. walhal dgn babah dia, pelbagai permintaan dia buat. Nak tengok DVD ler, nak main kat bawak ler, nak sleep kat bawah ler, pendek kata; macam2 ada..

Pagi tadi sempat iklankan umah yang nak disewa tu dalam mudah.com.my tak sampai dua jam iklankan, dah 5 call aku terima. Cam pisang panas la pulak....ada pasangan yang baru kawin, ada student UiTM, apa pun, esok baru diorang tu datang tengok umah. Actually I prefer orang yang dah kawin or student perempuan. Takut hancur umah kalau bebudak lelaki yang dok. Sayang oo..umah tu baru je dapat kunci. Tak pernah sewakan pada siapa2 pun sebelum ni. Harap2 bakal penyewanya "senegheh" la ...
Oklah, till the then, nak sambung buat filing sikit before off for solat Asar. Babai.

soksek: welcome to the club my dear friend... Ayu semoga dunia blog kita menghappykan kita, negara kita, tanggung jawab kita. Enjoy the new method to express our feeling... I likeeeeeee

Wednesday, June 18, 2008

Hadif nak babah!!!

Again! that boy has shown his tantrum this morning. Just have a telephone conversation with teacher Iman. At this moment, he is doing well. Aiyooo... how la Hadif jadi gini???? for complete story, please refer here. I noticed that, Bila babah dia je hantar dia, without mama dia, dia mesti bertukar kaler ijau. Tak mo pi Skul, nak ikut babah. Kalau time babah dia di offshore, tinggal dgn mama je, tak de problem apa pun. Bangun pagi, mama suh mandi. Lepas mandi pakai baju sendiri, "mama butangkan yang atas je" Lepas siap, tunggu mama pulak siap, pas tu having a bottle of milk before off to school. Dalam perjalanan mood pun ok..sembang itu ini, kalau sempat singgah tempat opah meniaga. Sampai Genius Aulad, salam mama, hug and kisses, pesan kat mama "nanti opah amik ke mama amik?" lepas mama jawab "opah amik sayang..." dia pun babai..then naik atas. Selesai. Why when his babah around he suddenly change his mood? Sakit kepala bila fikir. Afraid next week when babah is not around, he will show his tantrum again.

Apapun, will slow talk to Hadif nanti. I know it is not easy to him because dia jumpa babah dia 2 minggu je, nak manja2 ke..nak ngada2 ke..2 minggu jek, lagi dua minggu tu dgn mama je .... I don't know how to share my feeling dealing with this situation. Nampak senang, tapi tak mudah, ok. I know, I am not a good mother, but I give my all to hadif. Dalam masa nak prepare kelengkapan dia, time dia shows dia punya tantrum, to make sure he get the best... dan ada masa tu, time balik dari ofis, tak sempat duduk lagi dia dah minta attention. Tu baru sorang. Tak kira lagi paip air nak tercabut la, battery kete kong la, mcam2 hal time hubby tak de. Respect to kak shilla, sebab take care 3 kids without maid. Hubby pulak jenis out-station jek. No wonder, pagi2 bila sampai ofis dia nampak penat je. Itulah pengorbanan seorang ibu.


Hopefully, all back to normal. Hadif, please..please ...please hadif...don't do that again, ok? We all dalam perancangan nak cari another skul for hadif for next year, perhaps. CEC? Smart Reader? any suggestion anybody?

UPDATE

Received video call from the boys (of course babah and son ler) with gelak2 on their way to back from Genius Aulad and heading to Bukit Tinggi. What else? tengok wayang la tu...nak tengok hulk ler.. patutlah bertukar jadi ijau pagi tadi mamat tu... signal ajak babah gi tengok wayang. Always like that. Will get what he wants from his babah.

Monday, June 16, 2008

Entry for Father's Day


Happy father's day to dearie hubby, my abah and my also abah, FIL...and all fathers out there..


Malaysian Elephant Sanctuary, Kuala Gandah, Lanchang Pahang


Kepada yang inginkan suasana yang tenang dan aman dihujung minggu, Elephant Sanctuary ini amat memikat hati. Lepas tu singgah pulak ke Deer Land di bukit rengit. Anak-anak pun happy dapat mengenali haiwan yang selalunya hanya dapat dilihat didalam buku atau televisyen.
more pics will upload here

Cerita Si A

Sila pastikan anda boleh berfikiran waras apabila membaca entry ini @ This Entry is written without prejudice. Thank You.

Si A dalam perjalanan balik ke kampung suami. Mood dikala itu adalah happy. Singgah sebentar di Stesen Minyak untuk isi minyak, makan dan buang apa yang patut. Pasangan itu beserta anak singgah makan di restoran Dunkin Donut. Orderlah chicken mayo untuk si isteri dan tuna sandwich untuk suami. Pelayan restoran tu siap promo coffee diorang tu sedap, tak de rasa cam nescaffee. Si A pun tergodalah dgn kempen budak tu, beli...minum. Memang sedap pun. Dalam perjalanan balik tu, kepala Si A ni dah rasa ting tong, ye la minum coffee kan, padan la muka sape suh try..., tapi dia idak ler bercerita dgn suami dia yg dia sakit kepala..senyap aje la.. sampai lah dah dekat sangat nak sampai kampung suami dia. Tetiba je sendawa angin. Biasa je la time tu. Tapi suami si A ni boleh cakap gini "apasal pulak awak nih? angin pulak? biasalah awak, asal balik kampung je angin la..sakit kepala la..."

Perasaan si A waktu itu:

Melampau okeh. Tak de sekelumit pun perasaan gitu timbul dalam hati. suka sangat buat assumption. Suka sangat fikir negatif. Hati time ni memang sakit very the max. Suka ati je nak tuduh2. Dah idup bertahun sama2 pun tak kenal hati bini sendiri. Tak tau apa yang boleh buat bini tu rasa tak sihat. Even kawan2 kat opis ni pun tau Si A ni tak leh makan atau minum kopi ..nescaffee especially. Tak boleh makan sayur tauge. Tak boleh makan kacang. Tak leh bau durian..bla..bla..bla.. itu pun tak leh nak paham. Bercakap main lepas je, macam la Si A ni tak de perasaan. Sedih. Kecik ati.

Selama berkahwin, Si A ni tak de la simpan perasaan atau fikir yang negatif pasal keluarga belah suami dia ni. Ada jugak lah mak mertua dia citer2 something pasal menantu dia yang lain. Tapi tak penah lepas ke suami dia. Simpan je. Iyelah, si A pun menantu jugak. At least, Si A yang dok jauh pun boleh balik tiap2 bulan. Kalau tak sihat pun buat je muka sihat. Yang dok dekat? Kena pulak mertua Si A yang datang menjenguk. Pernah sekali mak mertua Si A tu bgtau Si A, menantu dia Si B tu dah 3 minggu tak balik umah mak mertua Si A, walhal perjalanan nak balik tu takat 10 ke 15 minit je. Ada masa tu kalau bercakap dgn mak mertua pun main lepassss aje. Nak mengamukkan suami pun depan ipar duai dan biras. Terjah je. Tak de pulak suami dia tu nak marah. Kalau marah pun belakang2 jek.

Tak pernah pulak Si A ni komplen ke, kritik ke tentang mertua dia. Terima seadanya. Tapi rasanya ada jugak suami Si A ni komplen la..itu la pasal pak mertua dia, mak mertua dia. Tapi Si A ni diam je walhal ada jugak yang dikomplen tu kadang2 memedihkan. Mak mertua, ayah mertua ni macam mak ayah sendiri jugak la kan.. Iyelahkan, time bercakap memang la tak sedar, gerak2 kan bibir aje...tapi orang yang mendengarnya?

Si A ni jenis hati tak la busuk macam yang orang lain fikir. Dia habis kuat pun kecik hati, sedih sendiri, diammmm aje. Pas tu buat happy balik tapi jauh disudut hati dia, rasa kecik ati yang amat2 sangat. Bukannya minta dipuji. Memahami dah cukup. Dah la selama ni, macam mana si A ni layan mak dia sendiri, mcm tu la dia layan mak mertua dia. Kalau beli baju utk mak sendiri, beli jugak untuk mak mertua. Bukan idup nak dapat pujian pun. Ada masa tak pernah pun si A ni bercerita kat suami dia apa yang dia bagi kat mak mertua dia. Kalau balik umah mak mertua tu, siap tanya, apa yang ada, apa yang tak de.. cam balik umah mak sendirik la.. Aleh2, tuduhan gitu yang dia dapat.

Kalau korang la, apa perasaan korang?

soksek: kenapa nak prasangka pada orang lain, sebelum fikir keburukan orang, pandang sikit kebaikan yang ada. Luka memang boleh baik, parutnya tetap akan ada...

Friday, June 13, 2008

Bila nak ada baby girl nih?

Semalam ajak hubby pi beli baju for baby Hanna. Mula ingat nak naik motor je, tapi hubby nak bawak manja boy dia sekali. So we all pi naik kete la..mujur tak jem sangat. Best sungguh beli baju baby girl okeh. Macam2 ada! well, do pray for my turn after this yeah..

After having a "pening2 kepala session" for choosing the right one.. ada ke hubby gelakkan aku pilih baju baby kaler purple yang belang2..cantik what? heheh selalu beli baju hadif belang2... bila pilih baju baby girl pun belang2 jugak okeh..what la auntie azila ni kan... lastly decided to buy a pinkolor one...sweet...heheheh

Lepas tu mcm biasalah we turned to Big Apple for the maveles donut. Heaven. Hadif request nugget from KFC and he managed to finished six pieces sekali gusss. Kesian him, dah dua hari tak sedap perut. Cerry berry and muntah2. Sedih la hati mama and babah dia nih. So bila anak request je nak makan apa..laju je la tunaikan permintaan.

We reached home around 10 p.m. and I start to kemas barang because today nak balik kampung. Then we I off to bed, tetiba rasa mata tak mengantuk. Apa lagi, layan Ezora sampai kena tegur dgn hubby suh perlahankan volume. Hiks...ampun pak..

This morning send Hadif to Genius Aulad and heading to office merepit as usual. Seram sejuk okeh bila hubby cilok mencilok..dalam hati dok mengucap tak berhenti2. Pas tu sampai ofis ada ofismate sound "mesranya naik motor!" kekekeke Mestilah kan, ni la time nak peluk kuat2... yihaaa... Sempat called Hadif tadi, opah dia kata mamat tu dah tukar uniform, dia muntah kat skul. Sian anak mama... :( Call hubby and asked him to find a biolife product at pharmacy mcm doktor zul selalu precribe kat hadif kalau kena simptom muntah2 dan cirit birit ni. Semoga cepat sembuh ok manja mama... (manja kaa? pantang dia kalau panggil dia manja.. Ni Hadif, tau tak, bukan manja..mama yang manja!)


pic. courtesy of babah

Wednesday, June 11, 2008

Aci ek gitu?

Pagi ni pi keje hubby hantar naik motor, sebelum tu singgah hantar hadif kat Genius Aulad. Good mood aje mamat kecit tu. Semalam dia bantai meraung time babah dia hantar. Aku drive sendiri semalam. Sudahnya, Babah dia angkut je dia balik umah. Time aku call, sempat la warning dia, kata kalau tak mo pi skul kena tido dalam bilik air. Semalam jugak dia kena denda. No watching cartoon. The whole day okeh. Monyok je muka dia. Balik keje kenalah dia tazkirah dgn mama dia. tunduk dia je. Baik je ropenye... Tak gaya pun orang yang mengamuk2 tadi! Dia kalau dengan mama memang tak berani. Mama dia garang okeh. Dengan babah dia, bukan main naik lemak je...mana taknya..apa dia nak babah dia ikut aje....

Hari ni cam boring jek nak keje. Why la ek? agaknya sebab mood nak cuti tu lagi banyak ..hihihi. time dok kat opis ni mula la berangan bagai2..! kalau la dapat menembak..erg..gian giler okeh.

oklah..nak sambung verify claim jap. Ginilah aku. Orang tu beranak aku kena buat. Orang tu beranak pun aku kena buat. Orang lain ada tapi akuuuuu jugak kena buat. Kononnya aku penah buat time orang tu beranak dua tahun yang lepas. Aci ek gitu? bila la aku ni pulak nak beranak?? :)

Tuesday, June 10, 2008

Banyaknya citer yang tak terciter

Lama tak menulis. Bukan tak de aktiviti. Banyakkkk sangat. Dari kecik xtvt sampai besar punya xtvt. Tapi tak sempat nak menulis. Nak tulis time ofis hour tak sempat. Banyak benda nak buat. Idea pun tak datang! Nak tulis kat umah, badan pulak dah penat. Sudahnya tulis blog dalam mimpi udahler.

Sekarang ni heboh pasal rega minyak naik lagi. Bising2 pun kita still kena isi minyak kat tangki kete kita tu, iye dak? Aku memang nyampah giler kat PM bila dia umumkan harga baru minyak. Malam tu, bawak hadif pi isi minyak. Nak isi minyak pun satu hal, kat kota kemuning jam teruk. Boring giler okeh. Nasiblah motor hubby dah kuar. Kalau dia ada boleh la aku merempit dgn dia. Dalam hati dok terfikir gak, cam ne la kalau income satu keluarga tu bawah 3 ribu yek..lagi la kesian.. bak kata hubby, golongan pertengahan macam kita ni pun dah terasa bahang..apatah lagi golongan yang berpendapatan rendah. Banyak la lagi besi2 yang bakal kena curik. Ye la, nampaknya kenalah berjimat cermat lagi (selalu memang berjimat cermat okeh? heheheheh)

Friday akak cootii. Bawak abah ke KL ada urusan sikit. Hubby yang kebetulan balik awal seminggu (kebetulan yang dirancang heheheh), opah hadif and mak lang hadif pun join jugak. Lepas tu kami bersiar2 ke SOGO. Bersiar? oh please... hehehehe I bought handbag for my MIL and of course for me too. Sambil tu beli la tiga empat helai baju hadif..(can you imagine, dapat 4 helai baju dia dgn toy dia dgn harga tak sampai RM200?) Memang best la SOGO ni time sale. A part of that, sempat belikan Abah T-shirt as a present of Father's day and 2 helai for hubby. Hubby and abah gi solat kat Masjid India. Hubby cakap " khutbah dia dalam bahasa urdu, yang" hiks..


Balik tu singgah subang jaya. Intai kedai yang jual oven lektrik yang iklan dalam surat khabar the STAR. Heepi sangat bila hubby bought me an electricity oven. Yeah.. sengih sampai ke telinga okeh. Errrk..cepatlah dapat kunci ni... semalam call developer dia kata dalam pertengahan bulan nih. On the way balik singgah Tesco Extra. We having our "minum petang plus makan malam". hehehe tadi breakfast cum lunch. Bantai aje la. Mak having a quick groceries and hubby was shock when look into my trolly...kosong jek? heheheh jimat cermat maa.. Berjaya menahan nafsu membeli. Chaiyok...



Saturday kononnya nak bawak hadif pi tengok wayang, citer kung fu Panda yang dia asyik sebut2. Tapi tiket sold out. Hari ni we having our lunch with ketam masak lemak. Maveles. Lepas makan mata mengantuk, ask hubby what time he want to off to Sunway Pyramid. He told me after asar, apa lagi..peluang la..take a nap (nap apernye..sedar2 dah kol 6.30 petang okeh!) Actually we heading there becoz hubby nak tengok lens kemera..nak survey...tup2 dia sambar jugak 300mm lens. Aiyoo..giler kentang..heheheh


Sunday pulak, we attend a wedding invitation. Dua okeh. Satu dekat2 umah, another one dekat Pangsapuri Rimba. Test menembak dengan lens baru. Best giler! Singgah our apartment sebab hubby nak amik gambar, nak iklankan. So, to those yang cari umah untuk disewa, boleh la give me a call yek...gambar nanti I attach. Lepas tu terus gi Bukit Raja, tengok Kung Fu Panda. Excited betul Hadif, sampai mama dia belanja askrim Baskin Robins pun dia bolayan. Last sekali, mak bapaknya yang makan..hehehehe. While Hadif enjoy the movie, babah dia aku tengok terlentuk2 tertido. hihihi..ginilah dah ada anak ye yang, kena follow minat anak..layan je..hehehe






On the way balik dari bukit raja tu kami singgah kat Tasik Shah Alam. Kasi chance babah hadif nak play with the new toy. Aku layan hadif la. Jenuh la dok betulkan sebutan dia. Dia kata air tasik tu air banjir. kekekekeke. Dah la tu, siap request cookies aku nak kasi fish makan. Aci tak dia kata gini "sian fish tu mama..sian dia lapar". :)


Sampai umah baru terasa penat. Tapi Happy sebab dapat spend quality time together with my beloved hubby and Hadif dearie. Boring bila pk kena pi keje esok hari. Nasib baik hubby ada..apa lagi..merempit la...wrengggggg...

Monday (semalam) pulak kerja macam biasa. Hubby hantar gi ofis then dia balik Pahang. Mak saudara dia meninggal kat Karak. And aku pulak, balik dari ofis abah ambik and terus gi University Hospital. My "old lady" auntie buat operation. Get well soon my dear old lady. Time aku visit dia tu, dia dibawah pengaruh bius lagi kot..cakap sikit pas tu tertido. Yang best aku dok sakat dia, suh makan sup ikan haruan. Sedar pulak la old lady tu..hehehhe


Sampai umah, kepala aku mula la berdenyut. rasa nak muntah pun ada. Hubby bawak balik buah durian D24. Jawabnya..mula la aku sakit kepala. Sampai nak tido pun aku bising kat hubby soh dia cepat pi gosok gigi...siap muntah lagi tu. Yang hubby aku pulak dok gelak sakan kat aku. Memanglah aku elergi betul bau durian..dulu masa belajar kat asrama di N9, aku siap pengsan lagi bila bau durian. Bukan buat2..memang betul2 tak boleh bau. Semalam, masuk je bilik dah terbau durian. Ye la, hubby makan durian, pas tu dok bawah aircond. Semerbak bau satu bilik. Termuntah bagai la aku nih...aku lari turun bawah. Naik balik hubby kata "dah gosok gigi dah yang..." Barulah aku boleh lena dgn aman...hehehe

Wednesday, June 4, 2008

My Favourite Topic

Bertemu jodoh di internet

Perkenalan di Tagged.com lahirkan bibit cinta Irfan dan Idura 'JODOH ada di mana-mana', melalui internet juga individu boleh mendapat pasangan. Bukan sekadar teman di kala sunyi malah teman sehidup dan semati. Sehingga kini MIRC, Yahoo Messenger, Friendster dan My Space adalah antara ribuan ruang siber untuk berkomunikasi, berkenalan serta bertukar pendapat. Namun ada juga yang memilih ruangan ini untuk mencari jodoh. Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata. Mungkin ramai yang kurang percaya jodoh menerusi internet ini, tetapi masih ada yang berpendapat internet adalah satu daripada cara seseorang bertemu jodoh.

Antara mereka yang berkenalan dan bertemu jodoh di internet ialah Munir I’rfan Ramlee, 27, seorang ahli perniagaan dan pasangannya, Nur Izatul Idura Mohd Jamil, 26, Setiausaha Fakulti Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kisah percintaan istimewa mereka diungkai dalam rancangan Keluarga Di 9 (KD9) menerusi slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia yang dihoskan Nora. Bibit percintaan pasangan dua sejoli ini bermula ketika mereka berkenalan menerusi Tagged.com pada Februari 2007. Perasaan saling merindu dan tidak cukup hanya foto menjadi tatapan, membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bertemu kali pertama di tempat kelahiran Idura, iaitu Pulau Pinang pada 30 Mac tahun sama.

Kebetulan rakan Irfan melangsungkan perkahwinannya di negeri itu. Sebagai membuktikan keikhlasannya ingin berkawan dengan Idura, Irfan bertemu dengan keluarga gadis idamannya itu. Mereka saling berkenalan dan Irfan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 1 September 2007 dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu melengahkan perkara baik, mereka selamat disatukan pada 9 Februari lalu dan mengadakan majlis sambut menantu di rumah sebelah keluarga pihak lelaki di Bagan Datoh, Perak pada 15 Mac lalu. Mengimbas percintaan mereka menerusi internet, seperti ada keserasian antara mereka, Idura yang agak sukar memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali, begitu mudah memberikannya kepada Irfan walau kali pertama menghulurkan salam perkenalan. Percaya cinta menerusi internet, pasangan ini berharap kebahagiaan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Nasihat mereka kepada yang bercinta menerusi internet supaya berhati-hati dan ikhlas dalam menjalin hubungan.

Pensyarah di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang ditanya mengenai kesahihan jodoh di internet berkata, jodoh internet adalah satu cara untuk berhubung pada zaman moden ini, berbanding sebelum ini hanya menggunakan surat dan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi.


“Islam tidak melarang kita menggunakan teknologi dalam mengeratkan hubungan silaturahim, namun perlu mengelakkan percintaan itu daripada menghampiri zina. “Mencari jodoh menerusi internet juga tidak salah, tetapi untuk mencari yang jujur agak sukar. Jadi untuk mencari pasangan hidup kita perlu berjumpa untuk mengenali secara realiti kerana kita akan hidup bersama bukan untuk sehari dua.


“Seperti cerita pada zaman Rasulullah, seorang sahabat hanya bertawakal untuk berkahwin tanpa mahu melihat dahulu pasangannya, namun keesokan harinya, sahabat itu berjumpa Rasulullah lalu menyatakan rasa kesalnya tidak melihat pasangan itu terlebih dahulu kerana isterinya seorang yang pendek dan hitam,” katanya. Justeru, apabila menyentuh soal jodoh, katanya seseorang itu perlu berhati-hati dan mencari pasangan bukan sekadar rupa tetapi yang lebih penting pegangan agamanya supaya rumah tangga aman dan bahagia. KD9 adalah rancangan bual bicara yang memaparkan isu kekeluargaan dan kemasyarakatan meliputi empat slot iaitu Siapa Kata (Isnin), Jiwa Raga (Selasa), Dua Generasi (Rabu) dan Kongsi Rasa Kongsi Rahsia (Khamis) disiarkan secara langsung setiap jam 1 hingga 2 petang. - Berita Harian, 4/6/2008
soksek: Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat....I love this topic. Menarik..nanti2 will jot down something about it...tapi tak tau la bila...huhuhu..

Entry menghitung hari

Hantar hadif ke Genius Aulad for Mandrin Class, boleh bayang tak dia paut kaki mama dia nih tak kasi tinggalkan dia. What else? tentu la tak sampai hati nak biar dia dok kat situ sambil meratapi nasib ditinggalkan mama dia..so...hangkutlah tuan kecik tu ke opis... Actually cuti, tapi kena jugak masuk ofis, cuti sekolah, ramai yang cuti, ada tu, dah cuti, sambung pulak dgn MC. Pentingkan diri sungguh. Jenuh gak layan hadif kat opis, dia mudah boring. Lepas mengadap exercise book dia, dia request nak main games, kejap games kat handphone, kejap kat PC... layan aje la..
Atuk dgn opah balik kg. kat kampar, ziarah bapa saudara atok hadif yang meninggal disebabkan accident. Aku panggil dia tok alang. Sebaik2 umat. Abah kata, inilah pak sedara yang paling dia sayang, yang paling baik..dan yang banyak menolong dia dulu. Ramai yang datang menziarah. Orang baik kan, tentulah ramai orang kenang. Mudah aje urusannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga keluarga arwah sabar dgn ketentuan Allah. Sedih bila mak citer, tok alang tu keluar nak pi pekan, beli barang2 nak buat sup ayam kampung, anak2 dia nak balik sempena cuti sekolah ni. Itulah kasih ayah kepada anak2 kan. Sampai ke akhir hayat. Kasih anak2 pulak? Ada anak yang mengenang budi, ada jugak anak yang buat tak peduli..dgn alasan yang macam-macam ada! Semoga aku, dan insan2 yang rapat dgn hidup aku tidak seperti si tanggang. Semoga Allah beri kita sama2 peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. Keberkatan bermula disini...insyaallah.

Balik dari ofis, just dok umah je..Hadif tido dari kol 1 ptg sampai kol 5! seronok la tu,.. so malam lepas maghrib ajak kak yang gi beli susu hadif, sabtu hari tu dah beli sekotak, sempat tahan sampai semalam. Susu hadif nak RM5 dari harga lama...menung kejap tengok price tag kat kotak tu. End up, gi kedai ubat cina, kat situ ada la sikit lagi stok lama..lepas tu cina tu kata pun akan naik, aku borong sekali 6 kotak..it cost me RM300... cina tu suh aku borong je ada tiga empat kotak lagi, aku jawab la "you simpan la kat belakang, lagi 2 minggu I datang beli lagi...ini 6 kotak tahan 2 minggu saje..." Dila menggeleng tengok harga susu yang hadif minum...sambil cakap gini "anak dila sok minum susu ni je la...(sambil tunjuk susu rega RM6.90 paket kecik) Iye la tu..sok bila dah ada anak, tau la dia..ingat boleh main bagi je anak minum sebarang susu ye dak? Aku, kalau bab susu memang payah sikit. Biarlah aku tak beli barang utk aku ke..baju ke..kasut ke..asal Hadif minum susu yang terbaik, dan dia suka. Before ni, dia memang minum Enfagrow, pas tu aku gatal tukarkan Dugro. Elok je dia minum, tapi sampai satu part, dia muntah2, cirit birit. Aduh..susah hati aku dgn babahnya. Puas try kasi macam2 susu lain, sampai la kasi dia Enfakid ni, barulah berhenti simptom muntah2 dan cirit birit dia tu. Dan, aku bertekad tak akan berkira dgn hadif bab2 susu ni. Asalkan hadif sihat, suka minum susu ni, aku dah cukup happy.


Letihnya badan..letihnya perasaan... errk..babah..tak sabar nak tunggu our next trip. I need a rest. Just gimme a goddamn holiday...yeah! :P


Actually this is my pwezen for Mother's Day. And Honeymoon trip jugak. Konon2 hubby kata nak pi berdua je. Nak merasa jalan berdua2an.. sebab before ni, we never left hadif. Time tido pun mamat tu dok tengah2. Konon aje la. Jangan harap la mak nak tinggal anak mak tu. Hubby pun sama jugak. Nak tau sebab apa? masa dia plan nak pi berdua2 tu, dia beli flight ticket utk 3 orang jugak....play safe la tu..takut nanti bila tiba masa, tak sampai hati nak tinggal buah hati kami tu, dah terpaksa pulak cancel trip. heheheheh. Mama tau dah la babah oii..tak maunya kembar siam awak tu ditinggalkan.

Monday, June 2, 2008

Oh my hectic weekend...

Semalam bateri kete kong. Itu fenomena biasa bagi orang yang memandu. Dan biasa juga terjadi bila time hubby tak de. Heheheh. Aku kena buang jauh2 perasaan nak manja2..jadi tak tau nak buat apa. Bila dalam situasi cam gitu, haruslah aku ni terus je pikir la sendirik apa nak dibuat. Inilah isteri seorang pekerja offshore.

Teringat kisah aku jumpa ofis mate kat klinik last week. Member dalam pantang lagi, belum sebulan. Bersalin operate pulak tu. Bawak baby dia demam. Bising mulut aku tengok dia drive kete manual. Dia kata gini " Nak harap siapa lagi,..? tak de orang lain..anak ni dah tak tido malam dek demam" Hubby dia pun kerja kat Kerteh. Bezanya bukan kat offshore. Tapi tak boleh balik sebab ada shutdown. Time dia cakap tu mata dia berair. Dan of coz la, mata aku pun sama...sebab..NASIB KITA SERUPA! Emo..emo..emo..kah3X. Mana taknya, kawan aku tu siap cakap dia selimutkan anak dia dgn kain pelikat hubby dia...dia kata anak dia demam rindu. tu anak tak reti bercakap lagi, kalau cam hadif yang dah reti cakap..mulut tak henti cakap gini "mama..tipon la babah..suh dia balik.." aiiyooo lah ..

Nampak senang, tapi tak mudah. Hari ni, Hadif ada kelas mandrin. Dek sebab kelas dia mula kol 9 pagi, aku minta mak tolong hantar. Pas tu Mak Lang dia SMS, kata hadif menangis, tak mo pi sekolah. Aku pun dengar jadi sedih..menangis jugak! Pagi tadi, time siapkan baju dan barang2 dia nak pi skul:-

Mama: Hadif, mama tak dapat hantar hadif gi Aulad pagi ni tau, Mama kena pi keje awal, nanti opah hantar ye

Hadif: Ala..mama la hantar..nanti Hadif nangis macam mana?

Mama: Jangan la nangis, Hadif kan good boy...

Dan..terbukti..pagi ni dia menangis. Agaknya dia tak rasa nak pi sekolah, pasal kena pakai baju biasa.

I felt very down today. Sebab Hadif bukan jenis penangis...kalau bangun pagi pun mood dia ok je. Pagi tadi pun dia asyik mengekor je mama dia nih. Dah dua hari berkepit bagai kan.. tido malam pun, kalau tiba2 dia tersedar, tengok aku tido membelakangkan dia, dia akan kejut aku, "mama..peluk la hadif" Oh my boy! Makin besar makin manja. Dia tak de adik. Pada sape lagi nak ditumpahkan manja tu kan? Pada dia sorang la jawabnya. Tu yang kengkadang aku pun hangin jugak kalau tiba2 he show his tantrum. Tapi tak boleh nak salahkan dia..dah orang keliling pun dok manjakan dia. From my side, Hadif tu la baru satu cucu dalam keluarga kami.

kengdang rasa down jugak. Semua nak jadi time hubby tak de. Dari perkara yang simple2..sampai la perkara yang agak serius. Terpikir gak kat kepala, laki aku ni, kalau aku citer mesti dia cakap gini "kenapa ye time saya ada tak jadi perkara2 gitu..." sampai ada masa, ada benda yang aku tak citer pun kat dia. Ada yang aku lupa nak citer dek sebab aku rasa benda tu remeh aje. Tapi kang bila teringat aku citer, bimbang nanti dia claim gini pulak "naper saya tak tau hal nih?" :) apa pun, kena cepat2 recover. What la a very sensitive mood today, kan? anyway, I am only a manusia biasakan, tentulah perasaan sedih, penat tu perkara biasa.

Pagi ni kat opis, musim cuti sekolah, musim orang bercuti. Masalahnya ada yang pergi bercuti meninggalkan beban kerja pada aku. Lagi la hangin. Pagi2 kena buat keje dia dulu. Aku ni selalu jadi mangsa keadaan. Orang ni cuti bersalin keje dia aku buat, orang tu cuti bersalin keje dia aku buat. Selalu, I will take it as a challange. Aku boleh buat. Tapi hari ni rasa penat. Penat yang amat sangat. I don't know where should I throw my unsatisfied feeling. Where should I put all the 'tak puas hati' hal ni? And, as usual, akak telan aje la... ni la manusia nama azila, suka ke, tak suka ke, sedih ke, gembira ke, .. I will kept it..deep inside my heart. Orang cakap yang pedih2, yang menyakitkan hati (biasalah manusia, bukan sedar pun apa yang dia cakap tu mengguris hati orang lain, tapi kalau dia kena, tau la pulak marah!) Tu yang hari ni rasa nak nangis. Rasa puas sangat. Lega. Puas. Dah lama rupanya tak nangis..hehehehe

Lagi satu, pagi2 lagi, PA Managing Director call, bgtau dia on leave today. What else? kena cover dia la...aiyooo...dah la kat department ni 3 orang cooti..kena pulak stand by kat bilik MD. Matilah aku.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!