Tuesday, June 10, 2008

Banyaknya citer yang tak terciter

Lama tak menulis. Bukan tak de aktiviti. Banyakkkk sangat. Dari kecik xtvt sampai besar punya xtvt. Tapi tak sempat nak menulis. Nak tulis time ofis hour tak sempat. Banyak benda nak buat. Idea pun tak datang! Nak tulis kat umah, badan pulak dah penat. Sudahnya tulis blog dalam mimpi udahler.

Sekarang ni heboh pasal rega minyak naik lagi. Bising2 pun kita still kena isi minyak kat tangki kete kita tu, iye dak? Aku memang nyampah giler kat PM bila dia umumkan harga baru minyak. Malam tu, bawak hadif pi isi minyak. Nak isi minyak pun satu hal, kat kota kemuning jam teruk. Boring giler okeh. Nasiblah motor hubby dah kuar. Kalau dia ada boleh la aku merempit dgn dia. Dalam hati dok terfikir gak, cam ne la kalau income satu keluarga tu bawah 3 ribu yek..lagi la kesian.. bak kata hubby, golongan pertengahan macam kita ni pun dah terasa bahang..apatah lagi golongan yang berpendapatan rendah. Banyak la lagi besi2 yang bakal kena curik. Ye la, nampaknya kenalah berjimat cermat lagi (selalu memang berjimat cermat okeh? heheheheh)

Friday akak cootii. Bawak abah ke KL ada urusan sikit. Hubby yang kebetulan balik awal seminggu (kebetulan yang dirancang heheheh), opah hadif and mak lang hadif pun join jugak. Lepas tu kami bersiar2 ke SOGO. Bersiar? oh please... hehehehe I bought handbag for my MIL and of course for me too. Sambil tu beli la tiga empat helai baju hadif..(can you imagine, dapat 4 helai baju dia dgn toy dia dgn harga tak sampai RM200?) Memang best la SOGO ni time sale. A part of that, sempat belikan Abah T-shirt as a present of Father's day and 2 helai for hubby. Hubby and abah gi solat kat Masjid India. Hubby cakap " khutbah dia dalam bahasa urdu, yang" hiks..


Balik tu singgah subang jaya. Intai kedai yang jual oven lektrik yang iklan dalam surat khabar the STAR. Heepi sangat bila hubby bought me an electricity oven. Yeah.. sengih sampai ke telinga okeh. Errrk..cepatlah dapat kunci ni... semalam call developer dia kata dalam pertengahan bulan nih. On the way balik singgah Tesco Extra. We having our "minum petang plus makan malam". hehehe tadi breakfast cum lunch. Bantai aje la. Mak having a quick groceries and hubby was shock when look into my trolly...kosong jek? heheheh jimat cermat maa.. Berjaya menahan nafsu membeli. Chaiyok...



Saturday kononnya nak bawak hadif pi tengok wayang, citer kung fu Panda yang dia asyik sebut2. Tapi tiket sold out. Hari ni we having our lunch with ketam masak lemak. Maveles. Lepas makan mata mengantuk, ask hubby what time he want to off to Sunway Pyramid. He told me after asar, apa lagi..peluang la..take a nap (nap apernye..sedar2 dah kol 6.30 petang okeh!) Actually we heading there becoz hubby nak tengok lens kemera..nak survey...tup2 dia sambar jugak 300mm lens. Aiyoo..giler kentang..heheheh


Sunday pulak, we attend a wedding invitation. Dua okeh. Satu dekat2 umah, another one dekat Pangsapuri Rimba. Test menembak dengan lens baru. Best giler! Singgah our apartment sebab hubby nak amik gambar, nak iklankan. So, to those yang cari umah untuk disewa, boleh la give me a call yek...gambar nanti I attach. Lepas tu terus gi Bukit Raja, tengok Kung Fu Panda. Excited betul Hadif, sampai mama dia belanja askrim Baskin Robins pun dia bolayan. Last sekali, mak bapaknya yang makan..hehehehe. While Hadif enjoy the movie, babah dia aku tengok terlentuk2 tertido. hihihi..ginilah dah ada anak ye yang, kena follow minat anak..layan je..hehehe






On the way balik dari bukit raja tu kami singgah kat Tasik Shah Alam. Kasi chance babah hadif nak play with the new toy. Aku layan hadif la. Jenuh la dok betulkan sebutan dia. Dia kata air tasik tu air banjir. kekekekeke. Dah la tu, siap request cookies aku nak kasi fish makan. Aci tak dia kata gini "sian fish tu mama..sian dia lapar". :)


Sampai umah baru terasa penat. Tapi Happy sebab dapat spend quality time together with my beloved hubby and Hadif dearie. Boring bila pk kena pi keje esok hari. Nasib baik hubby ada..apa lagi..merempit la...wrengggggg...

Monday (semalam) pulak kerja macam biasa. Hubby hantar gi ofis then dia balik Pahang. Mak saudara dia meninggal kat Karak. And aku pulak, balik dari ofis abah ambik and terus gi University Hospital. My "old lady" auntie buat operation. Get well soon my dear old lady. Time aku visit dia tu, dia dibawah pengaruh bius lagi kot..cakap sikit pas tu tertido. Yang best aku dok sakat dia, suh makan sup ikan haruan. Sedar pulak la old lady tu..hehehhe


Sampai umah, kepala aku mula la berdenyut. rasa nak muntah pun ada. Hubby bawak balik buah durian D24. Jawabnya..mula la aku sakit kepala. Sampai nak tido pun aku bising kat hubby soh dia cepat pi gosok gigi...siap muntah lagi tu. Yang hubby aku pulak dok gelak sakan kat aku. Memanglah aku elergi betul bau durian..dulu masa belajar kat asrama di N9, aku siap pengsan lagi bila bau durian. Bukan buat2..memang betul2 tak boleh bau. Semalam, masuk je bilik dah terbau durian. Ye la, hubby makan durian, pas tu dok bawah aircond. Semerbak bau satu bilik. Termuntah bagai la aku nih...aku lari turun bawah. Naik balik hubby kata "dah gosok gigi dah yang..." Barulah aku boleh lena dgn aman...hehehe

No comments:

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!