Monday, June 30, 2008

Monday mood

Pagi2 lagi telefon umah berdering2. Hadif, budak yang windukan babahnya tengah berguling2, bermalas2an atas katil, nak pergi mandi dan bersiap nak pi skul. Mama jawab tipon, pas tu kasi kat hadif. Bukan main ceria suara dia..siap tergolek2 atas katil, berangan. Pas tu dia tanya babah dia gini "babah dah baca blog?" kkakakakak.

Sampai kat Genius Aulad dia cakap kat mama dia nih, "mama, mama suh la babah balik amik hadif"

Tadi, call opah dia, tanya khabar anak yang baru balik sekolah. Kita ni bukan main la tanya macam2 kat dia, nak tau dia tanya apa? "Babah mana? panggil dia..hadif nak cakap!"

Terkesima mama dia nih. Hadif masih belum paham, walaupun dimulutnya bila orang bertanyakan mana babah hadif, jawapannya berbunyi begini "babah work, kat ochoe (offshore)". Kat mana offshore, berapa jauhnya kami terpisah, dia masih belum paham. Nanti bila babah balik nak ajak pi Petro Sains la. Nak kenalkan hadif apa itu offshore. Biar dia belajar mengerti yang offshore itu satu tempat yang sangat istimewa. Ye la, babahnya berada disitu, demi mencari rezeki untuk kami.

Aggh..udah la ayat2 mondom ni. Aku bukan tak biasa kena tinggal. Sangat terbiasa. Satu ketika dulu, (time baru2 tawin ler..) aku pun penah bawak tido kain pelikat hubby. Bil telefon pun melambung2. Cakap tipon mana main lima minit ke sepuluh minit. Ada je idea nak bercakap. Ada je benda nak di update. Sampai sekarang pun, kalau kami bercakap tipon, standard la kalau 30 minit hingga sejam. Ada masa, hubby balik awal..aku tau, dia pun rindukan aku jugak. Bak kata seorang rakan, "rugi ko azila, dalam setahun, masa ko bertemu suami cuma 6 bulan" Tapi, ada baiknya jumpa 6 bulan (itu kalau tak pergi kursus ke.meeting ke..), dari orang yang jumpa suami hari2..tapi perasaan tu jauh je memanjang. Itu aku. Yang tua ni, tentu la tahu cam mana nak express kata2 rindu, tapi hadif? manalah dia tau nak cakap dgn aku ni yang dia rindukan babahnya. Paling tidak, perkataan babah itu tidak lekang dibibirnya.

Insyaallah, lambat laun, paham la hadif culture of work babah dia. :P
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam ada orang datang tengok rumah yang kami nak sewakan. Sebelum ni pun ada jugak yang dah datang tengok. Tapi hati aku ni tak berkenan dgn cara dia. Mintak mcm. Sampai tikar getah pun mintak tuan rumah provide. So, aku reject je. So, yang datang semalam sorang student UiTM, dan satu lagi pasangan yang baru berkahwin. Student UiTM ni terus je confirmed nak duduk. Terus je nak bayar booking, dua tiga hari lagi nak datang bayar deposit.

Selesai satu hal. Hari ni nak settlekan pulak registration UiTM for this semester. Mula2 nak amik satu dua subject je. Tapi bila register dah jadi 4 pulak. hahahah. Itu pun dah 15 credit hours. Satu jam kredit RM100, plus 90 hengget admin fees.. adoilah. Kelas mula 13 Julai ni. Aduh..dah lama cuti..cam liat je nak pi kelas balik. Wish me luck yek kawan2...

3 comments:

mc ta said...

mmm..bab2 kena tinggal ngan hubby nih, kita senasib lah. tapi bak kata org, alah bisa tegal biasa. kira survivor gak lah kita ni ek..:)
anyway, gud luck in ur study..
ambik master ke?

Ibu Double Q said...

jauh tak semestinya kurang kasih ..dekat tak semestinya sayang...hiks...hiks..hiks..terror lak bermadah..janji ati mau baeekk..ikhlas...kan kak ila kan...
"sendri mau ingat beb"...

Intanaziela said...

mc ta: ya betui..we are suvivor. I amik Public Relations..hegeh..hegeh..terhegeh2..hahahhaha

rosmona: wakakakak ayat power yek ros...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!