Friday, June 27, 2008

Finally

Finally we received that letter. The letter from Developer office, mentioned as below:

"We are pleased to inform that the Architect has certified that the construction of the abovementioned property ("the Property") has reached practical completion and it is now ready for us to deliver vacant possession of the Property to you. A copy of a Architect's Certificate is attached for your perusal. Blablablabla.."

Whohaaa..best giler! Sengih sampai ke telinga. Punya la seksa nak menunggunya, dari bulan January dok janji..at last, dapat jugak. Syukur Alhamdulillah. Tapi sedih sikit, surat tu dapat sehari selepas hubby naik offshore. Of course ler kena tunggu dia balik maaa, nak settle payment la..itu la... Nak kena pecah dapur lagi, pasang plaster siling, pasang lampu, itu, ini, gedebak gedebuk, end of July jugak la kami pindah. Tak pe, janji raya nanti dirumah baru. Lagi pun tak tak larat tengok bilik tido kami tu jadi stor. (mana tak, dgn LCD TV babahnya, stand lamp nya, langsirnya...hehehe).

Lepas ni nak survey perabot bilik hadif. Hari tu dia demand nak set kat Harvey Norman. Ya ampun...katil sajer dah dekat RM900. Pengsan ler. Lepas siapkan bilik hadif ni, of course ler dia akan tido sendirik. Tak larat okeh tido ber3 dah. Bukan setakat sempit, dia siap pesan kat babah dia "babah jangan peluk mama tau, peluk hadif jek!" Aci gitu? hiks..

Tengahari tadi ikut kak shilla pi Ole-Ole kat sek. 18. Dia nak tempah baju. Dan akhirnya aku juga terjebak. Tempah baju raya la konon. Tapi mahalkan tempah baju sekarang. Dulu mak jahit je, sekarang mak busy. Terpaksa la anaknya ini menempah. Ingat nak belikan sekali kain untuk mak dan MIL, tapi tak berkenan coraknya. Next week ingat nak pi cariklah. Malas nak tunggu last minute. Citer kat mak, tempah baju yang amat mahal, RM55 sepasang, pas tu mak kasi satu das ... "abis, kamu beli baju hadif seluar je rega 200 tu, tak pe? baju sendiri berkira sangat.." kihkihkih. Amik ngko. Padan muka aku. Naper ek, kalau beli baju hadif tu, setakat guess ke, gap ke, selamba jek. Bila kena baju sendiri rasa mahal pulak. Hubby pun sama. Kalau beli kasut hadif, ADIDAS tu selamba badak je dia bayo. Kalau suh beli kasut sendiri, banyak pulak dalihnya. Agaknya gitulah ek kalau dah ada anak. Kepentingan diri tolak tepi. Anak yang penting. No wonder la tahun lepas baju raya hadif jek berpuluh pasang. (termasuklah pakcik makciknya beli). Mak bapaknya? hehehe cukuplah sepasang dua...hahahahah.

Tapi sekarang ni jarang beli baju hadif. Save duit, nak beli perabot bilik tido dia. Last sekali beli baju dia pun time nak pi gathering fotopages hari tu. Tu pun kena bebel dgn babah dia, tali pinggang harga dekat nak seratus. Ha amik ko anak. Lepas ni, kalau mama dah tua, jangan sombong. Kalau mama pergi umah kamu, amik je barang yang dia ndak, jangan marah... hahaha tu la ayat babah dia. Tak harap pun hadif akan balas balik apa yang dia dapat sekarang. Memadailah dia ingat dan kenang pengorbanan babah dan mama dia.

oklah, nak stop dulu. Sambung keje, boss dah masuk. Sambil tu nak berangan hahahah

4 comments:

Ibu Double Q said...

erm...bile la nk dok umah sendiri ni...kena usaha gigih ni..gigih...gigih..gigih lg...

Effyliani's Life said...

nnt jgn lupa ye 'warming house party' hehehe

Intanaziela said...

rosmono: insyaallah..ada rezekinya nanti tu...:)

effyliani's: insyaallah kami panggil makan kenduri kesyukuran..tapi tak le dalam jangkamasa terdekat ini okeh?

mama apih said...

Alhamdulillah...seronok tgk kawan2 dimurahkan rezeki...Doakan utk aku yer....

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!