Thursday, July 30, 2009

Entry tak sihat

Saya kurang sihat. Aktiviti memblog ini akan terhenti sehingga saya sihat semula. Semalam sehari suntuk sakit kepala, balik awal pergi klinik, saya tido tak henggat dunia. Pagi ni pun pergi klinik dan dapat MC, masih berkira2 nak MC atau tidak. heh! badan tengah tak larat, tapi hati berlagak kuat. Semoga penyakit segera berlalu...banyak benda saya nak buat nih...doakan saya yek? Rindu dan menulis, ada yang sudah ditulis, tapi setengah jalan dek kerana idea tak mari... hubby pun komplen saya tak up date blog.

See you when I see you.. :P

Monday, July 27, 2009

Pesta Buku 2009

Lepas lunch tadi, masa on the way balik office dapat sms dari ayu "oh intan naziela, pi jumpa kak yatie tak bgtau aku yek.." hahhahaa. Saya gelak besar dalam kereta. Terus naik atas, bukak blog kak yatie. Iye kak yatie, intanaziela tu sayalah, mama Hadif...peminat fanatik..hahahah. Sebetulnya Sabtu tu kena datang office, jadi tak yakin dapat pergi ke Kompleks PKNS tu. Bila hubby bawak balik buku yang dah ada signature kak yatie dan siap belikan saya buku "Aku Bukan Billy Milligan" dan saya pulun membaca sampai pukul 4 pagi. Pagi tu, celik mata terus set dalam kepala, lepas ke office nak singgah jumpa kak Yatie sendiri. Baru Puas hati kan?

tengok tu..sape yang sign? :)




punyalah excited, saya bukak kotak2 buku kat dalam stor...hahahah kira2 ada lagi yang tak cukup...emmm..mesti kat umah mak lagi nih...nanti nak gi ambil..

Antara koleksi NB yang saya ada....

Selepas selesai kerja saya di ofis, laju je saya memandu ke PKNS. Bawak Hadif dan opahnya sama. Gerai pertama yang saya tuju mestilah gerai NB Kara di C27. Dapat bergambar dgn Kak Yatie..hihihi saya tepek gambarnya di sini...Kak Yatie, ini bukan ayat mengampu tau..tapi kak yatie memang lagi cantik bila jumpa "live". Lepas je beli lagi satu buku dan kak yatie sign autograph, saya layan hadif memilih buku. Banyak jugak buku yang Hadif borong. Waduh...pandai sungguh Hadif shopping buku di Pesta Buku yek..

Bersama Novelis yang saya minati...Norhayati Berahim...kak Yatie..sorry la gambar ada sekeping je, gambar kak yatie pejam mata pun jadiklah.. hahahah

Balik rumah saya sambung baca buku cerita yang baru saya beli. Sambil tu sengih2...puas hati dapat bertemu kak Yatie hari ni. Ayu...sorry la dek kerana excited, sampai lupa nak sampai kan salam...sorry banyak2...Kak Yatie...Mama Apih kirim salam hari tu...kami berdua ni peminat setia kak Yatie..hahhahaha p/s: Ayu..cepat sihat ye, nanti boleh kita pergi jumpa Kak Yatie sama2...

Saya mula membaca buku kak Yatie masa zaman belum berkahwin. Hubby as introducer. Tapi saya yang membacanya...dan buku "Pesanan Terakhir seorang Lelaki" menjadi favourite saya. Sehingga hari ini, masih lagi meminati hasil penulisan Kak Yatie...saya sempat bertanya pada kak Yatie, macam mana beliau dapat idea untuk menulis...bila membaca hasil penulisan kak Yatie, terasa macam diri terbawa2 dgn cerita yang ditulis..itu lah yang menyebabkan saya boleh menghabiskan senaskah buku dalam masa tiga hingga lima jam. Dan, insyallah, akan terus membaca..dan terus membaca... psst: kak yatie..ABBM memang best...tak sabar je nak habiskan bacaan..tak sabar je nak tahu ending dia..tu yang gigih membaca sampai pukul 4 pagi...hahahah.
oklah, sampai ketemu lagi..saya nak sambung kerja sikit...daaaaaa

Friday, July 24, 2009

Oh lala....

UP DATE
-----------

*** Dapat sms dari hubby...dua-dua buku dah di sign oleh kak yatie...yeeehaaa...soka..rasanya esok nak ke PKNS jugak la..bawak hadif... nak jumpa sendiri "Norhayati Berahim" live gitu...


Hati tengah berbunga2....nak tau pasal apa? pasal, my lovely hubby dah offer diri nak bawak novel "setiap jumaat" pi jumpa penulisnya utk sign autograph. Saya memang meminati novelis Norhayati Berahim. Dari zaman bercinta lagi dah baca novelnya. Introduced by my hubby. Kiranya kalau ikut koleksi, dah boleh buat mini perpustakaan buku novel tulisan kak yatie ini. Dan, hari ni ada Pesta Buku Negeri Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam. Alangkah bestnya kalau dapat ke sana bersama2 hubby, dan bertemu sendiri dengan penulis kegemaran ku itu..huhuhu...Apapun dah pesan kat hubby suh belikan buku "Aku Bukan Billy Milligan". Aghh..saya tengah sengih sorang2 ni... hahahhaha

Mari layan TAG dari Ana

Pagi-pagi ni layan TAG dari my jiran setaman la, Ana

1. when do you get your driving license?
Tahun 1998 tapi tak terus bawak kereta, kes lanyak kete abah sampai langgar pasu bunga mak.. dah la abah tak kasi bawak. Lepas habis belajar kat UiTM baru la beranikan diri pegang stereng.

2. your first car is
Hyundai Getz yang dibeli atas nama saya, tapi hubby yang bayar...jadikan boleh ke kira my first car tu? akak tak de kete weh...sampai sekarang menumpang kereta hubby..huhuhu

3. what type is your car now?
Tak de kete...kete pinjam adalah Honda City...hihihi jimat minyak okeh

4. do you choose your plate number or was it given?
Pilih...tapi tak de la kiranya nombor2 yang top..janji pilihkan...hahhahaha

5. Colour?
Hitam

6. reveal 3 most important things in your car?
Kotak Tisu, Pewangi kete & Smart tag

7. have you ever got yourself into accident?
Accident kecil2lan la..macam orang langgar belakang..langgar belakang orang...hahaha

8. when is the due for your insurance & roadtax?
kete getz bulan August

9. do you plan to change your car?
Tidak buat masa ini...

10. lets make your friend do this too. who would you choose?
- Ayu mama apih
- Sue mama maryam
- Mc Ta
- Ibu Hanna
- sesiapa yang nak buat..silakan.. :P

-Last but not least of coz laa mesti letak gambo kete kann..

Thursday, July 23, 2009

Fotopages Kid's gathering 2009



Credit to: Siti Ruzaimah

Boleh dibaca di majalah Pa&Ma Keluaran Bulan Ogos yek...

Saya cuti hari ni. Demam. Puas sudah menahan, akhirnya rebah jugak..hahahah. Balik dari kerja petang semalam dah rasa lain macam, terus ke klinik Family. Tengok2 38' panas dia. Amik. Sampai tak sedar demam. Masa tu hubby belum balik dari kursus di Kerteh. Jangkanya dia sampai malam. Ambil Hadif di rumah Opahnya, terus balik ke rumah dan telan segalam makneka ubat-ubatan. Tidur awal u all..sampai hadif pun ikut sama tidur awal. Bangun pagi ni rasa tak leh nak celik mata, kepala sakit, dengan hidung sumbat dan macam2 rasalah. Capai telefon, hantar sms pada boss dan hubungi kawan2 yang sewaktu dgnnya. Bagitau saya cuti. Ambil EL aje lah. nak mc sayang..hihihi. Tahun ni, baru 2 hari mc saya. Kalau boleh nak jaga rekod la jugak, kan? hahahaha

Ni tengok Muhammad Hadif dah lena tido, tak sabar nak merebahkan badan. Oklah, nanti cerita2 lagi...gambar kat atas tu masa menghadiri fotopages kid's gathering kat sunway dulu. Saya yang tepi sekali...yang tengah suruh hadif pandang depan...hahahah banyak2 gambar, gambar ini pulak yang editor pilih yek... gambar tu saya ambil dari blog Siti Ruzaimah, jurufoto yang berbakat, boleh terjah blog dia kalau nak tengok hasil kerjanya... (Siti... I up u sikit noooo hahahahah)
Ok...babai.. :P

Wednesday, July 22, 2009

Kawan oh Kawan

Pernah tak dengar "kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis payah nak jumpa"?. Sebenarnya bila sebut isu kawan ni, ada orang boleh menerima teguran kawan, ada orang berkawan dan menjadi kawan bila dan pada waktu dirinya memerlukan kawan. Ada kawan ikhlas terhadap kawan. Ada kawan yang mengambil kesempatan terhadap kawan. Agaknya, dimana nilai kita sebagai kawan ya?

Entry ini saya tulis bukan kerana ingin melepaskan geram atau memalukan mana2 kawan. Pada saya, kawan yang baik, adalah kawan yang menghormati kawannya. Menerima setiap kebaikan mahupun keburukan kawan. Bukan kawan yang di DEPAN melayan kita dengan baik, di BELAKANG mengata macam tak ingat dunia. Dari dulu, dari zaman persekolahan saya melatih diri utk ikhlas terhadap kawan. Bukan memuji diri, tetapi, memang hakikatnya. Bayangkan, kawan yang saya kenali sewaktu usia saya 16 tahun masih lagi berkongsi masalah dan kisah sedih hidupnya dengan saya, masih melepaskan tangis kesedihan walaupun jarak yang memisahkan kami adalah ribuan kilometer! Seorang di Timur dan seorang lagi di Selatan. Saya ikhlas mendengar, dan ikhlas menitipkan nasihat. Waima hubby pun tak pernah tahu masalah kawan itu. Saya diamanahkan utk menyimpan rahsia dan insyaallah rahsia itu masih kukuh dalam lipatan hati saya.

Sepanjang hidup saya, pelbagai jenis kawan sudah saya temui. Ada yang layak digelar kawan, ada yang hanya berkawan jika memerlukan. Saya pernah menasihati adik saya supaya jangan terlalu taksub dgn kawan, sentiasa melebihkan kawan, kerana suatu hari nanti dia pasti berhadapan dengan masalah yang pernah saya hadapi. Lebih tepat bila sudah berumahtangga. Memang tidak dinafikan, apabila sudah berkahwin, tanggungjawab menjadi berat, tetapi tidaklah pulak bermakna kita tidak memerlukan kawan. Tak kan mencari kawan apabila hanya diri dilanda masalah? dihimpit kesempitan. Walaupun hubby pernah nasihatkan saya supaya ignore saya manusia begitu, tetapi sebagai seorang manusia, saya tak mampu. Masih lagi mendoakan kesejahteraan kawan saya tu. Tak apa, suatu hari nanti dia pasti sedar.

Pernah tak berhadapan dgn kawan yang suka menjual barang atau seorang yang suka berbusiness? kadang kala saya pelik, manusia sebegini tidak paham kah erti kebebasan untuk memilih. Tentang hak. Tak kan setiap kali dia berjual saya kena beli. Setiap kali dia mempromosi, saya patut membeli. Walaupun dimulutnya berkata tidak memaksa, tetapi selepas saya menolak wajah dan tingkah laku terus berubah. Adilkah saya dilayan sebegitu? dia mempunyai hak utk menjual barangan yang ingin dia jual, tetapi saya tidak mempunyai hak untuk menyatakan yang saya tidak memerlukan barangan yang dijual. Pelik kan? mungkin dia tidak mengenali saya walaupun sudah 7 tahun saya kenal dia. Masakan dia tak tahu yang saya tidak suka berhutang. Walaupun nilai hutang itu cuma sepuluh ringgit. Dan saya tidak akan membeli barang yang saya rasa bukan keperluan....yang lebih perkisar pada keinginan. TIDAK dan full stop. Tak kisahlah kalau selepas itu dia tidak mahu berkawan dengan saya. Oh ya, yang peliknya, bila dia mempunyai masalah tahu pula mencari saya! Lupa pulak dia tentang kemarahan yang dia tunjukkan pada saya??? heh...saya tak betah lagi rasanya punya kawan seperti ini.

Eh, ada juga kawan (lebih menjurus kepada sahabat sebenarnya) yang sentiasa menjadi kawan. Bila terlintas atau teringat tentang dia, tak lama nanti ada lah sms darinya. tak pernah berkira pasal bill telefon ataupun bill sms. Dan, saya rasa, kamu tahu siapa kamu, kan kawan? :P Insyaallah, kamu akan sentiasa menjadi kawan saya ye!

Hari ini, saya benar2 belajar sesuatu. Belajar untuk tidak berbuat baik pada manusia yang tak ikhlas. Manusia yang luaran seorang yang lemah lembut, yang baik budi pekerti, yang pandai bercakap hukum hakam agama, tetapi rupanya hanya berlakon. Yang rupanya hatinya penuh dengan hasad dengki. Tak apa, suatu hari nanti, semoga kamu akan sedar akan apa yang kamu lakukan okeh. Jangan berlakon okeh. Lepas ni sila jangan cari saya kalau ada apa2 masalah. Ingat tu.

p/s: kak shilla, thanks for ur advise. Insyaallah akan ingat dan praktikkan. :P err...agaknya orang macam tu memang ada masalah kejiwaan kot? hahahaha

Tuesday, July 21, 2009

Bandung: Last Day

Lama sungguh nak tulis entry terakhir perjalanan ke Bandung ni yek. Maklumlah, bila dah bercuti lama, menimbun yang menyambut saya pulang dari cuti. Dokumen yang meraung2 memohon agar saya settlekan. Maka mood untuk menulis pun jadi mondom. Malam pula, badan dah rasa lesu yang yang ingat hanya mahu tidur awal. Jadinya, lambatlah cerita tentang episod bandung ini habis. Jangan boring ye. hahahahha

Fuh! jenuh nak menghabiskan cerita Bandung ni. Sebenarnya hari terakhir kami tak de la pi shopping bagai, cuma ke Kilang kek Kartikasari dan Kedai Brownies Amanda. Ada lah beli serba sedikit utk dibawa balik sebagai buah tangan. Wawan, our tourist guide sempat memesan supaya saya membeli 'pisang molen'. Sedap rupanya.


pisang molen...maveles :P

Brownies Amanda..memang sedap.


Bergambar di depan Kedai Amanda Brownies yang Wawan bilang lagi sedap dari kedai Kartikasari. Sila abaikan muka saya yang kembang cam kek tu ye.. :P



Selepas siap membeli segala kek dan brownies, kami terus ke money changes hahahahah kes takut duit tak cukup nak bayar lebih muatan la konon...sekali, bila timbang2, tak sampai pun 30kg bagasi kami... jelas ternyatakan trip kami kali ni bukan agendanya berkisar kepada membeli belah? tetapi, haruslah diingat, akan ada trip susulan utk membeli belah..hahahahha. Selamat tukaran yang dibuat..hubby kata tak pe, u will be here again soon... :P yeehaaa. Oh ya, airport tax utk satu kepala ialah 7500 rupiah. Selepas check in, bawak boarding pass utk bayar airport tax ya... :P

Sampai di airport, sistem utk daftar masuk sangatlah teruk. Dari satu baris menjadi berbaris2. Masa tu barulah nampak orang Malaysia yang bercuti ke Bandung memang shopping berhabis2an. Kami daftar masuk dua biji beg, satu beg tu memang penuh dari masa kami tiba dgn pakaian kami, cuma satu beg tambahan utk hasil membeli belah..tapi di airport, naik berpinar mata tengok ada orang yang datang berdua, bawak pulang beg sampai 4 biji...belum lagi yang hand carry...hihihihi. Saya sempat mengusik hubby " see, kan dah kata, kita punya beg je yang sikit, orang lain lagi la banyak shopping" nak tau kenapa saya cakap gitu? sebab dia dok bising kata saya banyak shopping...hahahahah.


Alhamdulillah, flight balik tak delay. Masa nak tinggalkan Bandung tu, dah mark dalam hati...mesti nak kena datang lagi..hahahah. Bukan sebab shopping tau, sebab suka melihat tempat orang...banyak lagi tempat yang kami tak pergi...lepas ni nak plan pi berdua dgn hubby. Senang sikit.

Kami selamat sampai di Kuala Lumpur pukul 3.30 petang. Rasa tak selamat je nak berlama-lamaan kat airport. Takut...maklumlah musim H1N1...dapat je bagasi terus amik teksi. Tapi, ada satu yang tak best tentang teksi ni, pemandu India yang bawa kami tu sangatlah sombong. Cakap pun antara nak dgn tak nak. Bila hubby suh dia keluar ikut tol Jalan Kebun, dia buat muka sambil tunjuk tiket yang tulis kota kemuning. Memang la Berjaya park tu dekat kota kemuning, tapi masa tu dah pukul 5.30 petang..time orang balik kerja, alamatlah sesak nak masuk junction ke Berjaya Park tu...padan muka dia degil, hadap la jem masa dia balik hantar kami tu. Ikutkan hati, nak aje telefon komplen pasal dia, tapi tak pe la, kami maafkan aje atas servis yang tak best tu. Janji hati happy baru balik bercuti.


Thanks to my dear hubby kerana menaja percutian ini. Semoga murah rezeki dan dapat bawak mama sekali lagi ke Bandung ye pak? hahahhahah.


Last but not least, segala coretan mengenai perjalanan ke Indonesia ini bukanlah dipublish untuk mencari publisiti atau nak berlagak2, kerana with Air Asia; Everybody can fly meh..saya tulis sedikit cerita agar jika ada yang hendak ke sana, dapat sedikit gambaran bagaimana suasananya tempat yang bakal dituju. Bak kata pepatah "jauh berjalan, luas pengalaman". Melihat tempat orang sebenarnya memotivasikan diri saya, melihat kecekalan dan kegigihan masyarakat di Bandung, membuatkan saya tersedar, betapa rapuhnya sikap diri sendiri yang kadang kala terlalu mudah menyerah kalah.. :P dan, membuatkan kita belajar menghargai, dan bersyukur dgn apa yang kita ada, jika kita merasa diri kita susah, renung dan lihat balik, ternyata ada lagi yang lebih susah dari kita. Hubby kata, dia nak bawak saya mengembara ke kawasan2 pendalaman yang membolehkan kita melihat kehidupan orang lain, yang berbeza dgn tempat kita, mungkin Surabaya? Padang barangkali? ataupun melihat keindahan ciptaan Allah di Mount Bromo? Insyaallah, semoga Allah murahkan rezeki kami. :P

see u when I see u... daaaa

Thursday, July 16, 2009

Bandung: Day 3




antara pemandangan yang dapat dilihat disepanjang perjalanan di Pekan Bandung

Hari ketiga memang dah rancang nak jejak Factory Outlet. Cuma, awal2 dah bagitau wawan tak mahu pergi banyak2 FO, memadai dapat cari sehelai dua baju hadif sudah ok...kata cam tu la konon...hahahha. Hubby pun dah bising pasal saya dok pilih punya pilih, end up keluar dari FO dgn tangan kosong. Rasa tak berkenan dgn design dan material. Mungkin saya sedikit high taste di situ, tapi apa ada hal kan..selalu sehelai t-shirt guess di butik harganya mencecah RM100, tetapi di bandung, walaupun beza sedikit dari segi material, harganya hanya dalam lingkungan RM20-30. Murahkan? No wonder, t-shirt Hadif, bila dihitung apabila tiba di rumah berbelas-belas helai jumlahnya...hahahahha. Hubby kata, selang sejam hadif boleh tukar baju raya...hahahahah.

Kalau jeans dan baju2 utk kaum lelaki, memang banyak pilihan. Untuk saya? emmm..naik masam muka hubby bila lihat saya memilih tetapi tidak satu pun saya beli..tapi saya memang macam tu, kalau tak berkenan, biarlah murah mana pun, memang tak beli. Bak kata orang jugak lah, alah membeli, menang memakai. Mulut mula la mengomel, "yang best tempat membeli belah di Bandung cuma pasar baru..yang lain tu cam tak best aje!" hahahha.

Di Pasar baru harga telekungnya memang murah. Terkujat saya apabila mendengar jurujual membuka harga sepasang telekung yang biasanya jika di Malaysia mencecah RM100++ tak sampai pun seratus. Tidak termasuk lagi tudung2 dan baju2 blouse. Cumanya saya jadi hilang nafsu nak membeli apabila terpaksa bersama-sama dgn warga indonesia yang turut sibuk membeli belah kerana keesokkan harinya penggal persekolahan baru di sana akan bermula.

Tempat favourite saya, kedai kain pemiliknya dari Desa Pandan. Siap dapat minuman percuma lagi..hahaha. Jika sesiapa ke Bandung, kirim salam sama ownernya Mr. Fikri. Banyak diskaun yang saya dapat masa di Kedai ni, pasal saya ugut dia, kalau tak bg diskaun, bekalan gas di apartmentnya di Desa Pandan akan saya potong..hahahah. suka ati je eh? tapi memang murah harga yang dia beri, jauh benar bezanya kalau dibandingkan dgn di Malaysia...


Budak ini sudah boring menunggu mamanya memilih tudung. Dia pun sibuk nak mencuba tudung...tak kisah la Hadif, janji mama aman memilih..hahhahah

Kebanyakkan Factory Outlet berada di tengah-tengah bandar Bandung. Kebetulan Hari minggu di Bandung memang sesak. Macet gitu. Mana tidaknya, orang-orang dari Jakarta banyaknya berlibur ke Bandung, melarikan diri dari kesesakkan Jakarta. Jadilah kami mangsa keadaan gitu..hihihii. Jika minat membeli belah, boleh la tuju Factory Outlet di jalan Dago dan Jalan Riau. Banyak sungguh lah FO kat situ, sampai saya boleh duduk melanguk sementara menanti hubby memilih khakis. hahahahha

antara FO yang sempat dijejaki. Tak ingat nak amik gambar banyak2. Hubby pun bising dok kata tak payah tolong promosikan FO2 itu... :P

gambar ni khas utk tatapan kak shilla...see betapa internationalnya kereta kak shilla.. :P


Hari ini juga kami sempat ke kawasan tempat di mana VCD dan DVD di jual dengan harga 5000 rupiah. Kalau ikut duit kita dalam RM1.75 sekeping. Hello, so cheap meh? macam tak sedar diri saya memilih CD di situ. Hadif pun dapat habuan CD Ben-10 dan Cerita Nabi-Nabi. Sebenarnya tujuan utama ke situ untuk mencari pesanan CD dari yanti; Wanita Berkalung Sorban. Menarik rupanya cerita WBS ini. Menitis air mata saya bila menontonnya. Yang pasti, selepas balik dari Indonesia ini, hubby dah tak marah saya nak tengok cerita Indon..hihihi. Betul kan Yang?


Antara banyak2 FO yang kami kunjungi, Rumah Mode rasanya ok sikit. Lagipun mudah, kerana kalau dah lapar atau dahaga, kedai menjual makanannya ada di dalam kawasan Rumah Mode. Rasanya di sini lah damage yang banyak dari poket hubby...on behalf of Hadif, Mama would like to say thank you to babah..hahahah :P



Penat dah shopping...bergambar la pulak.. :P

Lepas penat menjelajah kami menjamu selera di Jave Bean. Ni kira ala-ala coffee bean la nih. Hadif order mee ayam, hubby order mee kocok dan aku makan sup bontot dgn nasi. Sambil tu kami order brownies. Maveles. Makan dan rehat2 kat situ sambil tunggu wawan.


ok...order time...

melepaskan lelah ...landing kejap..

Lepas makan wawan bawa kami ke Rumah Tas. Ha, masa kat sini baru la wajah hamba allah ini boleh tersenyum. Banyak sungguh pilihan sampai tak terpilih, dan akhirnya membeli juga 2 ketui utk diri sendiri. Tido senyum tau malam tu...hahahahha.

Dalam Trip hari ini, kami sempat berhenti di hadapan Gedung Sate. Mengapa ia dipanggil Gedung Sate, kerana rekabentuknya Ornamen enam tiang dengan bulatan berbentuk mirip penyucuk sate ditempatkan pada puncak atapnya. Gedung ini merupakan Pusat Pemerintahan Kerajaan di zaman jajahan Belanda. Gedung Sate sekarang merupakan tempat pemerintah Gabenor Jawa Barat.


Kesimpulannya, saya sangat gembira kerana dalam trip KL-Jakarta-Bandung-KL ini, saya dapat mempelajari banyak perkara. Dapat menemui sesuatu yang tidak dapat di temui di tanah air sendiri. Justeru itu, tidak hairanlah agenda membeli belah bukan perkara wajib dalam percutian kami ini. Insyaallah, cerita hari terakhir di bumi Bandung akan saya update nanti.

Sampai jumpa lagi...daaa :P

Wednesday, July 15, 2009

Bandung: Day 2

Ini cerita udah basi...hehehehe tapi saya tulis juga utk kenang-kenangan dan manalah tahu boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin bercuti ke Bandung.


Hari kedua di Bandung lebih fresh. Oleh kerana waktu di Indonesia lewat satu jam dari kita, jadinya kami lebih releks, tak perlu tergocoh2. Kalau diikutkan, kami bangun pukul 5.30 pagi waktu Indonesia. Cerah sangat dah waktu itu. Kami tak betulkan jam ikut waktu Indonesia pun, lagi mudah sebenarnya, urusan jadi cepat.. Breakfast di Arion Swiss-Belhotel not bad. Tapi, jenis kami yang tak berapa nak makan diwaktu pagi ni, menjadikan makanan yang banyak itu tak pun kami cuba...memadai minum air dan makan hanya utk mengalas perut gitu.


Agenda pertama ialah ke Tankuban Perahu. Perjalanan pengambil masa 2 jam. Jalannya amat la teruk ye...meloncat2 saya dan Hadif di belakang MPV tu. Pemandangan yang sangat cantik dan unik membuatkan hati jadi tenang. Disamping itu, kekurangan infrastruktur dan tahap kemiskinan di Bandung memang mengusik hati. Insaf jadinya. Betullah kata pepatah "jauh berjalan, luas permandangan". Melihat budaya dan kehidupan masyarakat yang berbeza memang impian kami. Untuk ke Tankuban perahu, bayaran yang dikenakan adalah 35000 rupiah bagi pelancong asing, dan untuk penduduk tempatan adalah 12000 rupiah. untung bg kami kerana wawan berjaya menyakinkan pengawal bahawa kami adalah "lokal"...hahahah




Saya kagum melihat para remaja di Bandung yang tidak segan silu menjaja. Terbayang wajah adik-adik saya, apakah mereka sanggup bekerja seperti para remaja di bandung ini? Mereka sangat gigih mencari rezeki. Saya tidak jumpa pun remaja yang melepak2 seperti remaja di negara ini.

Sampai sahaja di puncak Tangkuban Perahu, nyaman udaranya. Seperti yang pernah kami baca di dalam blog dan journal, penjaja-penjaja dah sedia menanti. Rimas juga pada mulanya. Dan macam biasa, Hadif memang pantang melihat permainan itu kelihatan seperti tidak tentu arah. Walaupun mama dan babah dia ni bising marah, tapi dia tetap berjaya mengepau kami patung naruto tiga ketui. Harganya kalau ditukar ke matawang Malaysia adalah RM17.50.

Pada pendapat saya, tidaklah seteruk mana diserang para penjaja di Tangkuban Perahu, hanya seorang dua sahaja yang mengekori kami. Agaknya diorang tengok kami ini macam tidak beruwang kot..hahhaha Nini..ternyata wajah orang yang banyak uwang terpancar diwajah mu kot...hahahaa

Selesai ke Tangkuban Perahu, kami singgah sebenar di kebun strawberi yang tidak berbuah. Pelik juga, ladangnya tidak berbuah, tapi para penjajanya menjual buat strawberi. Mana datangnya buah strawberi itu yek? dari Cameron Highland barangkali? hahahahah


berposing di ladang strawberi yang tak de buah strawberi...


bakso di kaki bukit gitu...

Hadif sempat pekena semangkuk bakso di ladang strawberi di kampung chihedeng atau di kampung Air Hitam. Itu wawan yang bagitau, kalau wawan tipu, maka tipulah saya yek..

Kami makan tengahari di Kampung Daun. Suasanya yang nyaman memang mengasyikkan. Saya makan gurame bakar sambal kicap, hubby pulak makan ayam masak sunda. Sedap. Harganya boleh dikategorikan sebagai boleh tahan, tetapi memang memuaskan hati. Cumanya air yang diorder sangatlah manis. Tak boleh diterima oleh tekak saya ini...huaaaa.






santai ya pak? inilah PENAJA percutian kami..hihihi



sempat lagi???

air yang terlalu manis...tak leh terima dek tekak..huhuhu

ikan gurame bakar with sambal kicap

Selepas makan sambil santai2 di kampung daun, destinasi seterusnya adalah Pasar Baru. Sungguhlah kami salah time kali ini, bercuti di Indonesia semasa cuti sekolah indon. Aduh..manusia punyalah ramai, sampai nak memilih barang pun rasa tak selesa. Tambahan pula kena melayan Hadif yang tersangatlah aktif itu. Makanya hanya dapat membeli sedikit pesanan ibuku dan serba sedikit barang buat ole2 kawan2. Rasa tak sabar nak keluar dari Pasar baru waktu itu. Manusia di dalamnya sangatlah ramai. Padat. Berpudat2. Kelakar rasanya bila dimarahi hubby kerana tak mau beli barang yang penjual tu tak mahu kasi diskaun sebanyak 5000 rupiah! ye la, kalau dikira dalam ringgit malaysia baru berapa sen sangat..tapi dek kerana letih, kepala pun tak boleh berfikir...hhahhahaha

Kami sempat membeli dua lukisan untuk dibawa balik. Selepas itu terus ke kedai jeans di Toko 3. Hubby sempat sambar sehelai jeans Levi's 501 dan beberapa helai T-shirt. Time ni kaki pun tak larat nak melangkah. Selesai je urusan hubby, terus suruh Wawan hantar kami pulang ke Hotel. Tak sabar nak merebahkan badan...capek sekali dong...

Esok, Factory outlet sedia menanti... hahahaha

sambung entry hari ketiga nanti yek...daaa
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!