Thursday, July 2, 2009

Our Hero

Cerita apa yang menarik nak dikongsi? the answer is nothing. Tak de yang menarik nak di share melainkan cerita biasa-biasa.

Ini aje la yang menceriakan hati saya...

Hadif: Babah, I don't want a black wallet...I want to share a brown wallet with you.
babah dia tanya saya: maaa..ada ke anak yang share wallet dengan bapak?

hahhahaha.
lawak tau hadif. Akal dia panjang la tu, kalau share wallet dgn babah, senanglah nak beli toys dia..duit mu duit ku jua...

Ini kisah brown wallet...
Sebenarnya banyak kali dia bising cakap dgn mama nak beli brown wallet for babah. Hairan jugak, utk mama tak mahu pulak dia suh beli. So, masa keluar ke AEO Bukit Tinggi Klang tu, sempatlah mama belikan brown wallet di butik Bonia. Walaupun masa tu belum lagi fathers' Day, tapi kira sekali la tu ya babah...hahahhaha.

Balik tu, mama tunjuk la kat Hadif, dia pun sukalah sangat...masa beli ni babah dia kat offshore. Kira nak buat suprise pada babah la nih..
Seminggu lepas tu, time babah dia balik, masa sampai depan pintu, dia tanya mama "where is the brown wallet? I want to give to babah" hahahha ingat dia tak ingat, rupanya memang dalam hati dia tu sentiasa ingat brown wallet untuk babah... mama dah pesan kat babah, kalau anak bagi, buat2 excited, buat2 terkejut...

Hadif: tadaaaa...brown wallet for you...

Babah: wah...thank you hadif...

Gitulah cerita tentang brown wallet untuk babah.

Happy father's day babah..walaupun hari ni bukan 21 June..tapi buat kami, setiap hari adalah hari bapa. Terima kasih di atas segala pengorbanan babah.

Terima kasih kerana sentiasa meletakkan hadif dan mama sebagai perkara utama. Terima kasih kerana sentiasa berusaha untuk memenuhi keinginan hadif dan mama walaupun terpaksa mengetepikan keinginan babah.

Suami saya...seorang yang memang sangat bertanggung jawab. Dah tujuh tahun usia perkahwinan saya, rasanya nak tengok dia shopping untuk diri sendiri boleh dibilang dengan jari. Kalau baju-baju tu, memanglah saya yang banyak belikan, sebab, kalau tidak memang dia tak beli...semuanya untuk anak dan isteri. Dah lama saya nak tulis begini tapinya bila tulis, idea tidak mari..hihihihi... ye la, kalau puji-puji sangat, takut orang kata cam riak pulak, dan takut hubby dok kembang pulak. Tapi, realitinya...itu lah hubby. :P

Bila Hadif dah boleh faham nanti, saya nak dia baca cerita ini...

Semasa Hadif di NICU, HKL..babah hadif sanggup tidur dalam kereta. Ye la, masa tu hanya saya diberi bilik kerana anak di NICU. Hubby nak balik ke Shah Alam, bimbang pula nak meninggalkan saya. Ada satu malam tu, saya di rumah, dan hubby dia HKL. Pun dia tidur di dalam kereta. Malam tu saya menangis sampai bengkak mata. Betapalah sayangnya hubby pada Hadif, sanggup tidur di dalam kereta, janji dapat tengok hadif di ICU.

Banyak sungguh pengalaman dan dugaan yang kami tempuhi. Hubby sentiasa di sisi saya, sentiasa menyokong dan memberi dorongan dalam apa yang saya nak buat, dan apa yang saya dah buat. Hubby ni, kalau apa2 jadi pada saya, contohnya orang dok mengata ke, orang dok sakitkan hati ke, kalau saya marah sekali, dia marah sepuluh kali kat orang tu. Kadang2 tak berani nak cerita kat dia, hahahhaha. Ada sekali tu, kunci grill tak boleh buka, dan masa tu saya tengah bercakap telefon dgn dia di offshore. Punyalah dia marah2..geli pulak hati saya nih. Saya tanya, kenapa awak marah2 nih? saya releks je. Hubby jawab " ye la..kesian kat awak...hahhahah" see, sayangnya dia kat saya kan...hahahhaha.


Untuk hubby: Thanks to be a hero in our life... emmuah.

4 comments:

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

anakkan..sygnya lbh pd nyawa sendiri :( terharunya kisah hadif di NICU... syg sggh babah + mama kt hadif..harap hadif jd anak yg soleh.. insya-Allah..

hahaha hadif x leh simpan rahsia.. keh keh keh..

Intanaziela said...

sue...dia dgn babah dia bukan je macam anak dan babah..macam kembar siam..hahahha

Ana said...

berbunga-bunga ana baca cita intan..harap ana nanti even dah 7 tahun kawin macam intan pun still cintanya cam skrg kann..
sama2 kita doa kita bahagia hingga akhir hayat yekk intan..
hadif bijak laa..suka baca keletah dia..bila nk datang umah main ngan adik auni nie?? hehehe

rosmona said...

skang ni akk ade hero..asik cite pasai hero.. pasni tambah pulak heroin ekk..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!