Friday, July 10, 2009

Bersiaran Dari Hotel Arion Swiss-Belhotel, Bandung


budak kena paksa pakai mask yang tertido di sepanjang perjalanan...:P

Hari ni kami dah capek dong. hahahaha. Bersiaran live dari tempat penginapan kami, di tengah2 kota Bandung. Waktu di Indonesia ini lewat satu jam dari Malaysia.

Kami ambil penerbangan ke Jakarta pagi tadi. Flight delay sedikit, dan alhamdulillah selamat sampai di Jakarta pukul 11.30 pagi waktu Indonesia. Wawan, supir yang kami booking dah sedia menanti di balai ketibaan. Yang tak best, rupa-rupanya di Indonesia, minggu ini minggu cuti sekolah. Jadinya, ramailah orang yang keluar membawa keluarga berlibur..dan kami termasuk dalam kategori itu. hahahahha.

Mula-mula Wawan bawa kami ke Monumen Nasional atau biasanya digelar MONAS. Hajat dihati nak naik sampai ke atas, tapi lihatlah barisan yang beratur menunggu giliran, aduh...rasanya sampai lewat petang pun kami masih di MONAS. Jadinya kami bersiar-siar sahaja di dalam bangunan MONAS dan ambil gambar di sekitarnya sahaja. Bayaran masuk utk dewasa ialah 7500 rupian dan utk hadif 5000 rupiah. Di sepanjang jalan menghala ke MONAS terdapat ramai penjaja-penjaja yang menjual air. Terkejut saya AQUA dingin (mineral water) kalau convert ke duit kita cuma 70 sen!







Usai melawat MONAS kami minta Wawan terus bawak kami makan tengahari. Lutut dah ketar, walaupun waktu di Indonesia baru pukul 2.30 ptg, tapinya kami ini orang Malaysia, kalau dah pukul 3.00 ptg masih belum makan tengahari, alamatlah badan menggeletar. Kami makan kat shopping kompleks yang saya lupa nak tulis namanya. Makan di food court dgn masakan ala jawa kata si Wawan. Alhamdulillah, lepas makan saya kata " baru jadi orang..." hahahahah. Kat sini juga Hadif pau saya KFC (sebenarnya dia nak optimus prime tu aje..) KFC di Indonesia ada nasi yek... dan harganya adalah 33000 rupiah.



Lepas makan kami di bawa terus menghala ke Bandung. Perjalanan melalu lebuhraya yang banyak kereta, tetapi hati puas kerana pemandangannya memang memberi kepuasan, banyak yang baru ditemui dan banyak pengalaman yang dikutip hari ini. Jakarta penuh jerubu. Terasa duduk dalam asap! Dan, di sepanjang perjalanan ke Bandung, saya lihat pemandu-pemandu di Indonesia ini suka benar menggunakan hon. hahahahha



Kami sampai ke Arion Swiss-Belhotel, Bandung pukul 6.30 ptg waktu Indonesia. Patutnya pukul 5.30 sudah boleh sampai, tapi macet dong. Mujur Wawan pandai memintas, rasanya jalan tikus pun wawan tahu kot..hahahhaha :P

Lepas maghrib tadi sempat ke Merdeka Factory Outlet. Tak banyak pun saya borong (tapi habis jugak 288000 rupiah!), hubby pesan...malam ni baru nak warming up...banyak lagi Factory Outlet yang nak kami pergi..oh nahe...nahe... saya dah bagitau Wawan, bawa saje ke beberapa FO yang popular, tak larat rasanya nak jelajah semuanya. Panjang umur nak datang lagi tapi kali ni berdua dengan hubby. Bawak Hadif ni sepanjang masa nak layan kerenah "the only child" dia. Aduh...

Oklah, ini sahaja untuk malam ini.. panjang umur akan di update lagi xtvt untuk esok hari. Perancangannya nak ke Tangkuban Parahu, singgah memetik strawberi, makan di kampung daun, singgah di Gedong sate dan membeli belah di pasar baru. Tak lupa awal2 lagi dah bagitahu Wawan yang kami nak mencari lukisan dan CD.

Till then, good nite :P

6 comments:

As said...

sonok...sonok kanintan dpt jln tempat org.. tp rasanya jakarta tuh cam berkabut skit la...huhuhu...
food & brg2 mmg murah... tang tuh yg suka...kami Insyaallah....nanti nak repeat lagi x puas la... sbb ikut trip kan...hahhhaa

Intanaziela said...

As...seronok sangat..dapat tengok tempat orang, betul as..jakarta tu berkabut...macam tak lawas pemandangan... lepas ni boleh as memborong lagi..hihihi

Ana said...

aduh intan..awat pegi indon pun bahasa macam orang sana..hehehe..ana terpaksa baca berkali-kali tau sebab ada yg x paham..hehehe..
baca harga kt situ beribu-ribu..takut dengar, macam mahal jek kann..hehehe

rosmona said...

ada2 aja kamu ini sih.. selama ari ini,destinasi inilah yg dirahsiakan itu?? waduh2 seronok sekali dapat berlibur.. tak kecapetan kah kamu??

ibu to nabila, danial & aiesha said...

next time to bila??? nak ikut boleh???

Intanaziela said...

ana: hahaha amik feel dok indon kejap ana...sebutnya memang ribu2..tapi nilainya sikit aje.. :P
rosmona: ish...my hubby tak kasi cakap penat...bercuti kan..kena feel bercuti..hihihi..
p/s: bukan dirahsiakan...cuma belum dihebahkan..:P

kak shilla: moh la kita pi sama2....ujung tahun ni nak? hihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!