Tuesday, June 30, 2009

Syurga di hati kita

Lately ni bagai tidak bermaya. Malas sungguh rasanya nak menulis. Tapi sudah berjanji dengan diri sendiri, kena menulis walaupun sebaris ayat. Banyak perkara yang terlintas, tetapi tidak tertulis. Selepas kejadian Hadif jatuh, kemudian terjumpa blog Along yang kini berada di UK.. hihihi along..tak sangka adik kecil yang dulu kak intan jumpa dah berada di UK... semoga along terus sukses dan tabah dalam mengejar cita-cita...

Seterusnya, pengalaman menziarahi saudara di Perak (semasa inilah Hadif jatuh!) Betapa uzurnya Pak Lang Ren yang menderita penyakit kanser paru-paru itu. Kasihan sungguh! insaf rasanya melihat keadaan dia. Begitulah kehidupan. Betul la kata orang, dalam hidup ini, yang paling berharga bukannya harta. Kesihatan yang paling utama. Jika kita sihat, apa pun boleh kita lakukan. Jika sebaliknya, harta menggunung pun tak berguna.

Berikutnya cerita Hadif jatuh longkang. Anak yang sedang lasak, walau dipantau pergerakkannya, takdir Allah tak mampu hendak ditolak. Luka di wajah Hadif, luka juga di hati mama hadif. Apapun, anak itu terlalu kuat semangat. Harap-harap sehingga dewasa lah semangatnya kuat. Kadang-kadang aku harus jadi seorang yang lebih fleksibel. Mana maunya kan. Hanya Hadif anak yang aku ada. Puas menjaga dia dari sekecil2 bayi sehingga dah pandai menjawab cakap mamanya ini. Kalau dia kena gigit nyamuk pun hati ini sudah sakit. Pelbagai jenis krim nak di sapu..hahahahah.

Menerima komen dari seorang novelis tersohor dan aku minati adalah salah satu dari perkara yang menggembirakan hati. Dengan rasa happynya aku beritahu hubby. Hubby dok tanya, aku tinggal komen dalam blog kak yati ke sampai dia komen jugak kat blog aku. Of course la, penulis kegemaran la katakan. Semoga aku boleh memotivasikan diri untuk menulis. Hih..ada ke orang nak baca penulisan aku andai dibukukan? paling tidak hubby ada. hahahahhaha :P

Hari ini ingin menjamu penyewa yang menyewa rumah kami di sek. 16. Sudah sebulan dia menyewa. Alhamdulillah, komen yang diberi sangat memuaskan. Harap2 lama la penyewa yang ini bertahan. Sudah jemu rasanya menyewakan kepada pelajar UiTM. Masuk satu semester, kemudia keluar. Sudahlah keluar, ditinggalkan pula dengan bila api dan air yang tertunggak. Dengan aku, mereka beranilah buli. Apabila hubby yang menelefon, pagi hubby telefon suruh bayar, petang sudah bank-in duit. hihihi. Baru mereka tahu penangan hubby. hahahahha :P

Insyallah, Sabtu nanti nak ke Melaka. Hubby dah beri green light. Menghantar Kak yang kembali ke kampus. Kali ni kak yang duduk di rumah sewa. Tinggal lagi setahun untuk dia menamatkan pengajian di UTEM. Semoga Kak yang terus maju, rajin berusaha dan semakin matang dalam mengejar cita-cita. Mungkin kami akan bermalam di rumah Pak Teh di Kuarters Bomba Jalan Kubu Baru.

oklah, cukup untuk hari ini. Penulisan gaya skema yang julung kali dipraktiskan. Amacam yang, ok tak menulis gaya begini?

p/s: gelak seorang diri apabila teringat hubby memanggil aku cik hajjah sewaktu ber "ym" dengannya malam tadi. Mudah-mudahan cepatlah panggilan aku ke tanah suci, tak gitu abang aji? :P

6 comments:

Effyliani's Life said...

Amin ... moga2 adalah peluang kita naik haji suatu hari nnt.

Intanaziela said...

suei: insyaallah...panjang umur murah rezeki...amin... :P

aNIe said...

Ameen...semoga tertunailah keinginan dihati tu...Insyaallah...

Intanaziela said...

kak anie: tima kasih...amin... amin... :P

Ana said...

wahhh..bahasa baku..nk baca pun terbelit2 lidah nie..hehehe..
intan minat menulis ke??
try laa buat novel..hehehe..

Intanaziela said...

ana...ada gaya ke utk jadi penilis? Tak de maknanya...ni konon2 dah jatuh hati dgn gaya penulisan novelis yg intan minat...hahahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!