Monday, June 29, 2009

Luka di hati mama..

Hujung minggu yang memenatkan. Sungguh.

Sabtu - Hantar kereta pergi servis. Lepas tu abah amik kat KOSMOKAR terus pi service kete abah pulak. Musim semua kereta kena service ...hahahahha





Ahad - Ziarah saudara kat parit 11, hutan melintang, Perak. Dah uzur sangat dah paklang Ren. Macam tak percaya orang yang aku jumpa bulan 3 tahun lepas, jadi kurus dan sekurus2nya. Eh, cam tajuk lagu ek? Dia sakit kanser paru2. Hati aku sangat risau okeh. Babah, can u quit smoking...for the sake of ur life and for me and Hadif too? please?
Time nak balik tu, si manja Hadif jatuh tergolek kat tepi longkang. Aduh..hati aku ni sakit sangat... what a strong boy...dia boleh cakap tak sakit bila aku tanya. Mama dia dah libang libu okeh. Sepanjang perjalanan balik, dari Perak sampai Shah Alam hati mama dia ni tak tenang. Sampai je Shah Alam terus ke Shah Alam Specialist Hospital. Alhamdulillah, doktor kata luka sikit, nipis je...tak perlu ubat dan akan baik sendiri. Hai anak...




tengoklah..macam mana mama dia tak sedih..dia boleh gelak2 lagi..

Citer kat hubby..hubby kata biasalah budak lelaki..jatuh tu perkara biasa. Tapi aku tak biasa. Rasa cam hancur luluh tengok muka anak jadi cam gitu. Takut berparut..tapi insyaallah doktor kata tak berparut. Mau tak risau..tu la setui je anak aku. Memang naluri seorang mama kot, anak luka sikit pun mama dah meraung. Kalau Hadif demam, aku memang tak tentu arah. Cepat aje usung ke specialist...paling koman ke klinik Famili walaupun doktor kata demam hadif tu sikit jek. Agaknya itu pasal aku jadi stress bila orang buat releks je kalau anak demam. Naluri semula jadi kot. Mak kata aku dah boleh jadi doktor...semua ubat yang hadif kena makan aku hafal..aku akan google dulu dari internet, nak tau ubat tu bahaya ke tak bahaya..ada kesan ke tak ada. Dah jadi kebiasaan. Mau taknya...anak aku tu makan captopril, so masa pi klinik bila aku sebut nama2 ubat..doktor pernah tanya awak ni jururawat ke? hahahahhaah :P

Dalam hal ni, aku respect sangat kat Hadif. Kuat betul dia melayan rasa sakit. Agaknya dia dah puas rasa sakit masa dia kecik dulu. Kagum pun iye. Kalau selalu tu, kena cubit dgn aku pun dia tak nangis. Cuma merajuk jek. hihihi. Kalau anak orang lain, aku rasa meraung sekuat hati. Semoga Allah permudahkan urusan kami mendidik Hadif. Dan, semoga Hadif membesar menjadi anak yang baik, soleh, kuat semangat... etc. :P

8 comments:

Anonymous said...

moga Hadif cpt sembuh dan x tinggal parut kat muka :)
senyum skit, sikit aje barulah hidup ceria Ok?

Emily

Intanaziela said...

thanks emily.. :P harap2 cam tu la...

rosmona said...

ya ampun...........
cenggini pon bley steady lagik..
hero betoi la hadif ni..

Intanaziela said...

rosmona: tu la..mama dia yang sedih..rasa sakit..dia cool jek..tadi call tanya sakit ke tak.. dia boleh jawab "tak pe la..sikit saje..." huhuhu

Ana said...

alaa siannya abg hadif..camne laa leh kena tue..sure mama dia yg nangis lebih2 dari dia tue kann..hehehe..
auni pun laa..terhantuk ke tersembam ke daddy gigit ke..dia akan nangis kejap jek kdg2 x smpai seminit..smpai daddy dia cakap auni nie xrasa sakit ke..pas tue ana jwb..dia kuat tahan sakit cam umi dia, x macam daddy..hehehe

Intanaziela said...

ana: hahahhaha tu la...kuat tahan sakit macam kita kaum ibu yek... :P

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan
comelnya muka hadif cam tu..budak2 memang cam tu Intan, dia tak apa2 kita yang risau terlebih2..

Intanaziela said...

kak yatie...macam tak percaya kak yatie sudi tulis komen...intan ni memang minat kat penulisan kak yati...

Gitulah kita jadi ibu kan kak...naluri jadi begitu rapuh...bak kata hubby intan...hati halus..hahahahah

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!