Wednesday, August 26, 2009

Rindu di angin lalu....

Lately ni Hadif nampak happy sangat bila mama on skype with babah. Mana taknya, dia boleh nampak muka babah dia...bukan main excited mamat nih. Dari kecil Hadif sangat rapat dengan babah dia. Umur 6 bulan babah dah jaga dia sendiri. Ada masa tu, boleh pulak bergurau senda time mandi dgn babah dia...terjerit-jerit babah dia kena sakat dek anak. Orang kata, kalau muka bapa dan anak sama, panas..tapinya hubby dan Hadif ini sangatlah rapat. cam kembar. hahahah. Kalau sorang main PS2, yang sorang lagi jadi peneman, tak boleh hilang babah..mula hadif bising mencari. "where is my babah"
Kalau masa baby, babah akan tinggalkan kain sembahyang babah dia buat ubat rindu Hadif. Dah besar ni dah ok sikit. Dulu, asal nak masuk minggu kedua je, mula la dia demam la...buat perangai la, ye la..kecik lagi, mana pandai nak cakap atau bagitau dia rindu kat babah dia... hahaha.

Bila dah menginjak usia 5 tahun ni..lagi la advance.. boleh bercakap dan boleh tengok muka babah dia hari2... cam ni

bukan main lebar sengih dua beranak ni...gambar mama yang happy dapat sembang dgn babah hadif tak dapat la nak tepek sebab tak pakai tudung...hihihi tapi sengihnya sama beso je dgn dua beranak tu..hihihi

Beginilah cara hidup kami. Nampak mudah tapi tak semudah yang disangkakan. Nak kata susah tidak juga, apa pun, kami enjoy...kan hadif kan..kan babah kan...hehehhehe.

Hari ni awal balik dari umah opah Hadif. Saya solat terawikh di rumah saje. Petang tadi sempat buat kuih donat...adik saya bising..kenapalah along dia ni rajin sangat nak buat kuih bulan puasa ni. Saya kata lah, takut saya nak ke PARAM, buatnya ada yang positif H1N1....tak pasal sahaja. Lagi pun dapat saya asah kemahiran buat kuih muih ni. hihihi . Sila la jamu mata donut mama hadif. Nampak yummy..rasa tak tau lagi..hahhahah.



kuih ni dalam lapan ketul je yang dihidang time buka puasa..yang selebihnya telah pun saya agih2kan ke rumah jiran-jiram mak saya...hihihi.

Hadif: Donat tu apa?

Babah: Donut kalau sejuk cam donut big apple...kalau panas donut big mama...hahaha

Mama: Amboi ko, mengata ye babah...hhahahaha

Tuesday, August 25, 2009

Barakah Ramadhan

Tak de cerita menarik, tapinya dalam bulan puasa ni saya memasang niat untuk tidak berbelanja di Pasar Ramadhan. Mahu memasak sendiri. Biasanya buat kuih atau memasak dalam kuantiti yang sedikit, tidak mahu membazir. Mahu menyelami fadhilat berpuasa, dan mahu turut merasai bagaimana golongan yang tidak bernasib baik menjalani ibadah puasa. Sebentar lagi nak keluar ke rumah Amal Limpahan Kasih..rumah anak yatim. Insyaallah tempat saya bekerja ni setiap tahun mengundang anak-anak yatim ke majlis berbuka puasa, kira mahu melihat dan melawatlah ni. Saya akan up date lagi bila balik dari sana.

Sebelum tu, ni ada gambar masakan untuk berbuka puasa semalam. Saya masak sambal sotong, buat kuih buah melaka, mak saya buat kuih gulung. Sepanjang hubby di tempat kerja, saya berbuka di rumah mak. Semalam, adik dan adik ipar pun datang berbuka sama. Saya sempat la menegur adik saya yang dah jadi bapa orang tu...masih juga nak ke pasar ramadhan sedangkan makanan dah banyak! heheheh laser sungguh kak long dia ni kan. Tapi memang pun, kalau ikutkan nafsu nafsi..penuhlah nanti tangan tu dengan pelbagai jenis makanan yang dibeli di pasar ramadhan....bila dah berbuka, alamatnya makanan yang banyak tu jadi habuan "kak tong". Bukankah membazir namanya.


Sudah dua hari saya kalau berbuka tak lalu nak makan. Minum air lepas tu solat maghrib. Solat terawikh di surau taman bukit kemuning ni 8 rakaat dan tiga witir. Malam pertama saya ke surau bersama adik. Imam baca satu rakaat satu muka surat Al-Quran, bajet sebulan habis la khatam satu Al-Quran. Lenguh juga kaki, sambil tergelak2 saya bgtau kak yang, saya nak juga buat disepanjang bulan ramadhan ni...Moga2 Allah beri kesempatan utk saya rebut peluang melaksanakan solat tarawikh dan tadarus sampai habis..amin.

Monday, August 24, 2009

Semoga segera sembuh sahabat ku...

Sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Syukur Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan meraikan ketibaan Ramadhan. Hati saya sentiasa dipagut rasa sedih. Sentiasa berdoa semoga seorang sahabat yang saya sayangi segera sihat dari penyakitnya. Kalau ada yang membaca blog saya, tentu ingat tentang sahabat saya Ayu, saya pernah menulis cerita tentang Ayu suatu ketika dulu.


Semalam saya terima sms dari adik ayu
"Kak ayu masuk wad kangar.mungkin lepas ni transfer penang. kaki n tangan xleh gerak,cakap pun x larat. Ada infection kat lung. Tolong doa moga sembuh" -Ifa

Sekali lagi saya menangis. Saya nak sangat bercakap dgn Ayu,tetapi saya bimbang saya akan menangis kesedihan. Saya tak mahu ayu tahu saya sedih. Saya mahu Ayu kuat semangat, sentiasa positif untuk sihat. Jika saya menangis, pastilah Ayu akan turut menangis.

Sewaktu saya melawat Ayu di hospital Kangar, saya tak menitiskan air mata pun depan Ayu walaupun didalam hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Banyangkanlah, saya berkawan dgn ayu dari usia kami 18 tahun. Kami berkongsi suka dan duka. Bila ayu balik ke rumah mertuanya di Shah Alam, kami akan berjumpa, berkongsi cerita...gelak ketawa. Paling tidak bawak anak-anak keluar. Oh..saya rindukan saat2 itu. Ayu seorang yang sangat mengambil berat perihal sahabatnya. Walaupun saya di Shah Alam dan dia di Perlis, tetapi hubungan kami sangat rapat. Kalau tidak saya yang akan telefon bertanya khabar, pasti Ayu akan menghubungi saya. Paling tidak..smsnya sentiasa ada. Oh Ayu...semoga Allah perkenankan doa kita semua untuk melihat Ayu sembuh dan sihat seperti dulu.

Ayu merupakan pesakit MULTIPLE SCLEROSIS atau kalau dalam bahasa pasarnya penyakit yang berkisar kepada penyakit saraf. Pengidap penyakit ini biasanya akan hilang upaya untuk bergerak, berkurangan atau hilang deria rasa, terjejasnya penglihatan dan sistem perkumuhannya juga akan turut terganggu.

Sebelum ini, Ayu pernah mengandung, dan dia diserang MS, kandungannya terpaksa digugurkan atas alasan ubat yang diberikan boleh menyebabkan kecacatan pada janin apabila dilahirkan. Saya tahu, waktu itu merupakan saat yang paling sukar dan menyedihkan, tambahan pula Ayu memang benar-benar mengharapkan bayi itu!

Ada suatu ketika, Ayu hilang fungsi untuk menelan. Hendak makan atau minum terpaksa menggunakan tiub yang dimasukkan melalui hidung. Ya Allah...beratnya dugaan dan ujian yang harus Ayu lalui....semoga Ayu terus tabah. Beruntung Ayu kerana mempunyai seorang suami yang sangat mengasihi dan menyayanginya. Sepanjang Ayu terlantar sakit, suaminya lah yang menukarkan lampin pakai buang, menyuap makanan ke mulut Ayu... semoga suami Ayu terus sabar menerima dugaan Allah.

Kawan-kawan...doakan sahabat saya segera sembuh ye...

Friday, August 21, 2009

Hadif dan sambutan kemerdekaan

Dari hari Khamis teacher Hadif dah tulis dalam buku pesanan harian, hari Jumaat ada sambutan bulan kemerdekaan, sila pakai pakaian kebangsaan. Baju raya Hadif yang tahun lepas punya sudah senteng...hahahah. Mujur masa mengemas malam tadi, saya buka balik satu beg dan jumpa sepasang baju melayu yang belum dipakai. Saya beli tahun lepas, warna unggu. Mulanya nak dipakai di hari raya, tapi bila dipadankan dgn baju melayu babah dia, sudah lari tema la pulak. Jadi saya simpan dan cari sepasang lagi sebab nak samakan dengan babah dia. Tahun lepas hubby beli baju dah siap, itu yang payah nak disedondonkan dengan Hadif.


Malam tadi, saya suruh Hadif pakai. Elok2 muat sahaja.

Hadif: Nak pakai baju raya ni nak pergi raya ke mama?


Mama: ish tak la, esok hadif ada sambutan kemerdekaan kat sekolah


Hadif: Tapi merdeka tak pakai baju ni la mama... merdeka bawak flag!


Mama: Esok teacher kasi flag la kat hadif...


Hadif: Ye ke?? (sambil buat muka blur dia...) whatever...




pagi ni...bangun pagi dia dah start bertanya


Hadif: Nak pergi raye ke mama ...pakai baju raya nih...


Mama: La...kan dah cakap semalam...nak sambut merdeka..


Hadif: tapi saya nak pergi raya...


Mama: * gelak aje la...pening nak kasi jawapan yang sama lagi...hahhahaa




sampai kat Q-Dees pagi nih


Hadif: kenapa kena raya kat skul mama?


Mama: hahahah Hadif, ni bukan nak pergi beraya la nak...ni nak pergi sambut merdeka. Hadif tau nak merdeka tu apa?


Hadif: oooo..merdeka tu yang "tanggal 31....bla..bla..bla..."




ha, amik...mama dia ni gelak sepanjang perjalanan ke ofis.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan dan Soal Hati

I.

Ramadhan yang dirindui semakin menjengah. Semoga ibadah puasa tahun ini berjalan dengan lancar. Pada saya, rutin kehidupan mungkin akan ada sedikit perubahan. Berubah dari boleh makan di waktu siang, bertukar kepada berbuka di waktu malam. Tetapi yang lainnya, insyaallah akan berjalan seperti biasa. Kalau dilihat, sudah ada yang mula membuat persiapan utk hari Hari Raya walaupun ibadah puasa belum pun bermula. Tahun ni saya focus nak menunaikan ibadah puasa sahaja, utk hari raya tak de apa2 pun persiapan yang dah dibuat melainkan menempah baju kurung untuk saya, dan baju melayu utk hubby dan Hadif. Tak ada perabot baru...langsir baru dan serba serbi baru...saya mahu belajar menghargai apa yang saya ada..bagaimana rasanya insan-insan yang kurang bernasib baik menunaikan puasa dan menyambut Aidil Fitri. Alhamdulillah, tahun ini tahun kedua bagi saya dan keluarga berpuasa di rumah kami sendiri. Sudah setahun rupanya kami menjadi warga "Berjaya Park" ini. Sekejap betul masa berlalu. Untuk Ramadhan kali ini, hubby mula berpuasa di offshore. Saya dan Hadif. Alamatnya berbuka puasa di rumah opah Hadif la..hahahhaha.

Selamat berpuasa kepada semua...semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keberkatan buat kita semua. Sekiranya ada kata-kata yang menguris hati, penulisan yang mencalarkan emosi, saya susun sepuluh jari memohan keampunana dan kemaafan. Saya hanyalah seorang insan biasa, yang kadang kala tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada kita semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

II.

Pernah tak kita rasa bagaimana rasanya perasaan jauh hati bila seseorang menyampaikan sesuatu berita, ataupun meminta kita melakukan sesuatu? Mungkin caranya penuh beradab, tertib dan sangat terhormat. Tetapi, bagaimana pula perasaan si penerima apabila berita atau permintaan yang diminta itu mengguris hatinya? Kita memang tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, tetapi kalau diberi pilihan, pihak yang mana kita nak jaga hatinya? Hati seorang suami, hati seorang isteri atau hati kawan-kawan?

Sebagai seorang kawan, biasanya kawan yang baik itu tidak akan mengaibkan kawan, atau pun melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung hati seorang kawan. Ada juga kawan-kawan yang hanya bergurau, tetapi kita pula yang terasa lebih. Tak pasal-pasal pulak kita respon atas apa yang kawan kita cakap. Dari elok wajah suami atau isteri berwajah manis, tak pasal pulak wajah suami atau isteri jadi masam, kelat dan macam-macam ada. Contohnya: ada kawan-kawan yang suka menggelar si suami takutkan isteri atau si suami membuli isteri. Mula la si suami atau si isteri itu mengambil kira apa yang kawan-kawan dok kata. Agaknya, mana yang perlu diambil kira? hati seorang suami atau isteri yang ada sentiasa di sisi kita tak kira apa masalah yang mendatang, atau hati kawan-kawan yang hanya kita jumpa sekali sekala waktu minum teh?

Pada saya, semuanya adalah soal hati. Bagaimana hati kita bekerja. Bagaimana hati kita menilai. Kalau saya, I don't care what people says...janji saya tahu dan cukup kenal suami saya, dah tentu saya mendahulukan dia dari sesiapa pun.. apa saya kisah dgn apa orang nak cakap...betul tak? Pada saya, kawan-kawan yang hanya tahu bergelak ketawa dgn kita..belum tentu mahu menangis bersama bila kita tersungkur. Tak percaya? kalau tak pecaya, cubalah..cuba buka mulut pada kawan-kawan yang boleh dibawak suka-suka dan bergelak ketawa itu "pinjamkan saya RM500, saya amat memerlukannya." Agaknya berapa ramai (antara yang bergelak dan suka menggelakkan itu) yang akan berlumba-lumba memberi RM500 dan berkata begini "tak payah pinjam lah...amik sahaja..kita bukan kawan waktu senang sahaja..waktu susah pun aku bersama kau." Ada ke agaknya? Rasanya lagi ramai kawan-kawan yang suka kalau dapat makan atau minum free dari kasi duit free pada kawan-kawan!

Mujur suami saya seorang yang sentiasa menjaga hati saya! anda bagaimana pula? :)

Tuesday, August 18, 2009

Mari memasak Masak Lemak Daging Salai...

Hari ni attend training kat TR2. Tengah2 syok layan training, tiba-tima aircond dalam bilik training tu berhenti jadi aircond. Panas macam kena sauna. Mujur 10 orang je dalam TR2..tapi saya memang berpeluh2. Hilang mood sekejap. Tapi dalam masa layan "sauna jadian" tu sempat berangan nak makan masak lemak cili padi daging salai. Dulu saya sekolah di Negeri Sembilan, tu yang segala makanan orang Negeri Sembilan menjadi pujaan hati saya. Banyak juga masakan Negeri sembilan yang menjadi kegemaran saya, termasuklah kuih dangai yang dijual di pasar pagi Ahad (orang N9 panggil kodai Ahad). Tiba-tiba teringat sewaktu zaman duduk asrama dulu, kalau hari Ahad ada AJK akan keluar ke pasar Ahad, sambil mengambil pesanan kami. Time tu mula la memesan kuih dangai lah, ayam goreng la, mee goreng la..ikan keli la..hahahha.

Balik kerja tadi terus sinsing lengan baju....start memasak. Saya masak simple sahaja, masak lemak daging salai, kemudian goreng segala stok sayuran yang ada dalam peti ais saya tu. Lepas tu goreng teluar dadar....ha...jadilah menu makan malam kami sekeluarga. "kenapa banyak asam keping dalam gulai ni, ma?" hubby saya dok kata daging salai tu asam keping...hahahhaah. Sah la tak biasa makan daging salai dia nih...:)


sudah siap dimasak..


sayar campur-campur...hentam sahaja la ...hahahah


hubby kata "kenapa banyak asam keping? " huhuhu


Dah..jom makan...

Sunday, August 16, 2009

Us on weekend


Meh posing sikit..amik feel jadi pengantin 6 tahun dulu.. :)
inilah Babah dan Ibu 'Alya

Balik kampung minggu ini diisi dengan aktiviti menghadiri majlis akad nikah anak kepada kawan baik nenek hadif. Selain dari itu, aktiviti seterusnya ialah aktiviti menembak mengunakan lense baru di beli oleh hubby saya; ayat dia "dengan tak semena-mena...terbeli lense 28-135mm. hihihi boleh pulak gitu yek.. tapi tak pe, dia beli saya suka...sebab..kalau nak tunggu saya beli..huhuhu tak mampu. Terima kasih la bebanyak pada pihak pengajur yek.. :)

'Alya yang mesra kamera...

Model saya adalah 'Alya Nur Batrisyia. Sangat fotogenik okeh. Geram sesangat. Tapi lagi geram sebab dia tak mau kat Mama dia nih, dia hanya suka dan mau dekat hubby. Melekat okeh. Manja sangat. Err..bila lah turn saya nak ada baby girl nih.. :)

Achu dan 'Alya...
ibu dan Mama yang memantau xtvt hahahah

Hadif, macam biasa kalau balik kampung memang tak heran pada mama dan babah dia. Adik Alif dia ada. Dan, macam biasa, mereka berdua ni, sekejap berperang..sekejap berdamai. Yang Alif suka apa yang ada kat abang Hadif dia..yang abang Hadif tak reti nak beralah. Maklum saje la, dia tak ada adik, dah biasa seorang, tambahan pula Hadif ni sangat sayang barang dia. Orang punya dia nak nak, dan barang dia tak boleh orang usik. Ada sekali tu, babah dia hilang sabar, kenalah sikit..hahahah. Sedih pulak bila dia tanya saya "kenapa babah pukul saya, bukan saya yang buat adik Alif, adik Alif yang buat saya. Dia ambil barang saya" Sedih jugalah hati saya. Macam mana nak ajar Hadif supaya beralah dengan adik2 sepupu dia, sedangkan tak duduk sekali, jumpa pun sekali sekala. Dia pula dah biasa seorang. Rasanya kalau dia ada adik pandai kot dia beralah. Budak-budak. Sekejap sahaja merajuknya, tak lama lepas tu dah elok main balik. Biasanya, saya akan cakap " Hadif selesaikan la masalah hadif sendiri..." hahahahha. Nama pun budak-budak...

ni tengah menangis sebab adik Alif ambil bekas toys dia...jenuh anak ku ini...hahahah

Malam ni hubby tak ada. Keluar tengok konsert Ellah kat The Mist. Mulanya saya nak ikut. Tapi ada kawan hubby yang saya boleh percaya pergi, jadinya saya malas la nak pergi. Hubby memang minat Ella...saya pulak tak la minat sangat...tambahan bila time2 Ella dok buat manja2 mengada dia. Hish..tak baik kan saya..hahahah. Lagi pun bila hubby kata konsert tu kat The Mist Club, saya jadi cuak. Sekali saya sorang je yang pakai tudung...dah namanya kelab kan..saya ni dah umur 30 tahun..tak pernah hayat saya jejak kaki ke kelab malam...masuk karaoke pun bila dah kawin...itupun karaoke anak beranak je...hahahahah. Teringat dulu, masa zaman kat UiTM, nak masuk Karaoke pun takut, cuak2 je...sampai ke sudah tak berani pun nak pergi...kakakakak.

Oklah, layan gambar-gambar 'Alya saya aje la yek.



babai..

Friday, August 14, 2009

Mari memanjakan diri

Pernah tak ke spa? tak kira la buat facial treatment ke, mandi sauna ke...body massage ke..yang penting ke spa. Saya ke Bodylicious Spa di Seksyen 23, Shah Alam. Seronok juga dapat memanjakan diri di Spa kepunyaan Puan Dayang Fazlinda. Linda ni dulu ex-officemate saya. Sekarang ni dah jadi orang utusan. Sekarang dah glamer. Dok jumpa artis sokmo, hahahahah. Jangan marah ye Linda nanti kena jual.


p/s: gambar2 ni saya minta dari Linda..jadi kena tanya dia kenapa versionnya dalam hitam dan putih..hahahha

Bagi yang nak cuba, pelbagai jenis treatment yang ditawarkan. Harga pun berpatutan. Masuk jadi ahli, dapat diskaun. Lepas ni saya ingat nak buat at least sebulan sekali aktiviti memanjakan diri ni. Ada sesiapa yang nak join? jomlah, kita jumpa kat sana.

Bagi yang berminat, boleh la contact nombor yang tertera di bawah ya!

Bodylicious Spa
No. 33A, Jalan Pelabur 23B
Seksyen 23
40000 Shah Alam
Tel: 019-7742584/012-2094869/019-7772584
http://www.bodyliciousspa.com/
linda@bodyliciousspa.com

Owner: Dayang Fazlinda Mohd Zain

Thursday, August 13, 2009

Jejak Kenalan

Lately ni selalu tak sihat badan. Kalau tak batul selsema, sakit kepala. Mujur tak demam. Tapi selalunya saya kalau demam pun tak perasan. Tahu-tahu dah demam panas je. Maklumlah bionik woman. kehkehkeh. orang kata biar sakit2 badan..biarlah demam..jangan sakit hati..sebab kalau sakit hati tu..meruap-ruap je rasa muka kita...hihihihi betul ke?


Lately ni terjumpa balik rakan-rakan lama. Sekolah Rendah, sekolah menengah. Ada yang merancang gathering bagai. Dah lama saya tak keluar berkawan-kawan. Sungguh lama. Kehidupan selepas berkawin membataskan. Seharusnya tidak la kan. Tapi bukan salah sesiapa pun, saya sendiri memilih untuk begitu. Bila membaca dan melihat perkembangan kawan-kawan, terbit rasa bangga. Rakan yang saya kenali dari umur 7...8...9....10...11...12...pendek kata dari zaman kanak-kanak kebanyakkannya berjaya. Alhamdulillah. Walaupun dulu nakalnya hanya Allah yang tahu. Ada dah jadi doktor... dah jadi Manager...pendek kata, masing2 dah berjaya...dah jadi macam-macam ada! Kalau bersembang, ada aje topik kelakar dan menggelikan hati keluar. Tersengih sorang2 jadiknya. Baca group punya celoteh buat saya ketawa keluar air mata. Indahnya waktu itukan..tak payah nak fikir serabut2. Enjoy saje. Paling penting, saya dah jumpa kawan yang dah 18 tahun saya tak jumpa...seronok tengok diorang..masih keep in touch..masih ada ladies night out...huhuhu.


Terima kasih pada facebook ataupun mukabuku. Menemukan long lost friend bagai di situ. Macam-macam agenda yang dirancang. Nak organize makan-makan, teh tarik session, family dan banyak lagi aktiviti. Ada aktiviti yang melibatkan keluarga, ada yang cuma melibatkan diri sendiri sahaja. Yang isteri tu, kalau join, mestilah pandai pandai jaga diri...maklumlah..jumpa la balik "pakwe zaman sekolah rendah" , secret admirer masa sekolah menengah..hahahha. Jangan la pulak kebaikan bertukar jadi yang tak baik pulak. Dan, yang lelaki tu, kalau keluar, kalau cakap dengan isteri nak jumpa kawan2 kat kedai mamak, janganlah pulak ke tempat lain melencongnya...hahahah ye la, itu namanya dah mengkhianati kepercayaan yang diberi..tak gitu? gitu..gitu... nak bersembang..sembanglah selama mana yang anda mahu..tapi jgn la sampai menipu atau mengkhianati kepercayaan yang diberi.


Banyak sungguh yang berubah. Ada rakan yang bertanya...kenapa saya nampak keibu-ibuan..tak macam saya dulu...yang nakal...bising...hahahahha. Jawapannya manusia berubah. Sesiapa tak penah nakal masa zaman sekolah. Tapi nakal saya tidak lah sampai buat prkara-perkara yang salah. Nakal zaman kanak-kanak orang kata. Zaman berkawan berkumpulan...zaman keluar ramai-ramai... gelak ramai-ramai. Rakan saya tu siap tanya, macam mana saya boleh pakai tudung...boleh berhijrah la...hahahhah geli hati saya. Agaknya, kalau saya tak buat keputusan yang bijak, di manalah saya agaknya. Kalau nak bandingkan saya dengan kawan2 lama saya...jauh sungguh saya ketinggalan...tapi macam biasalah, dua perkara mana mungkin akan jalan seiring...saya memilih nak jadi saya yang sekarang, mungkin dari segi kerjaya saya tak mungkin jadi Manager dan sebagainya, tapi saya mahu menghargai hidup sebaik-baiknya. Mahu hidup bahagia, dan selesa. Bukan kemewahan yang menjadi taruhan. Memadai apa yang saya ada sekarang,...saya sangat-sangat bersyukur.

Cumanya..lepas ni will ask permission from hubby..nak jugak lepak2 dengan kawan2..once a while... bukan buat apa pun...sembang-sembang... :) So, kawan-kawan...mari la kita jumpa..set date and time. Ye la, teringat kata-kata seorang kawan " tau la dah berkeluarga, tapi tak kan tak boleh keluar dgn kitorang ni ha...bukan selalu..sebulan tak sekali..."

Wednesday, August 12, 2009

Shah Alam - Penang - Taiping - Cemeron Highland - Shah Alam

Hari ni baru rasa ada mood nak update blog. Penat menjadikan idea saya beku. Actually sampai umah awal, by pukul 5.00 petang dah ada di rumah. Sempat masukkan kain dalam mesin dan mula menyusun pokok-pokok bunga yang di bawa turun dari Cameron Highland. hihihi gigih berdua suami isteri..kehkehkeh...Perjalanan ke Penang bermula dengan debaran sebab Hadif baru je kebah dari demam. Cuak juga, tetapi memandangkan hubby dah booking rumah peranginan kakitangan Petronas, dan nak bawak opah dan atuk Hadif, kami tawakkal aje lah. Alhamdulillah, sihat walafiat Hadif disepanjang percutian. Pelik juga dari mana dia dapat tenaga..orang lain dah penat, dia boleh bersilat lagi!
Hadif yang memanjakan diri sendiri..kehkehkeh

Sampai aje di Penang kami terus ke Bukit Bendera. Mak oii...ramainya manusia. Ini mujur bukan cuti sekolah. Pelancong-pelancong dari Arab dan India penuh berebut train. Kami pun termasuk dalam kategori itu jugaklah. Pening-pening lalat dok bau bermacam2 jenis bau..bau minyak wangi (tak wangi tapi busuk!) dan bau badan. huhuhu. Musim sekarang ni musim pelancong arab datang bercuti, maklumlah negara diorang tengah panas.


Hadif tekun makan aiskrim

with my beloved mommy...

Eceh...gaya tak boleh belah...hahahaha

Dua jam kat atas tu, sempatlah Hadif jatuh terjelepuk. Luka sikit di lutut. Agaknya dah penat, nak kutip sampah terus tersungkur. Kesian anak Mama. Tapi lepas tu dah boleh berlari balik. Penat berjalan, kami ikut style pelancong Arab, naik buggy. Sewanya RM30 utk 2 kilometer bersiar-siar di sekitar bukit bendera. Hubby bajet cam pelancong Arab. hahahhaha.


Turun dari Bukit Bendera kami ke Padang Kota Lama, pekena Pasembur yang orang dok cakap2 tuh. Huhuhu amik serba sedikit plus seekor sotong kena RM18. hahahahha. Lepas makan2 kami terus ke Batu Feringgi, hubby booking Rumah Peranginan Kakitangan Petronas. Nice place. Apartment 2 bilik. Coverage broadband tak kira digi mahupun celcom adalah sangat "hampeh". Sebab itu tak boleh up date blog dari Penang. Grrrr...hahahaha.


Pasembur yang glamour di Padang Kota Lama

Wajah ceria orang dah baik demam

Malam tu nak tidur pun tak lena pasal deruan ombak kuat sangat. Dari tempat penginapan ke pantai sangatlah dekat. Time tu dok terbayang tsunami. Dekat pukul 3 pagi jugaklah baru dapat melelapkan mata. Pagi tu kami breakfast kat bilik saje. Lepas siap berkemas terus check out. Hubby bawak pusing dari Teluk Bahang...sempat berhenti di perkampungan Nelayan...pas tu diorang sempat pekena durian. Saya dan Hadif duduk jauh-jauh hihihi. Kami tak makan durian. Saya makan manggis 1kg hadap sorang2. hahahahha. Memanglah cantik buah manggis tu. Putih melepak isinya. Kami terus ke Bandar Geoge Town. Nak cari Nasi kandar Line Clear. Nasib "si jijah" ada. Terus tuju destinasi walaupun banyak kali pusing2 sebab keenggannan hubby percaya pada "si jijah". Ye lah, segala lorong2 kecil dia bawak masuk. hahahahaha.


Perkampungan Nelayan, Teluk Bahang

Lepas makan nasi kandar kami jalan kami saje ke jalan Chawrasta. Beli buah jeruk dan buah pala. Sempat beli sedikit ole-ole utk keluarga dan kawan2. Lepas tu ingatnya nak ke Fort Cornwallis tapi hari hujan la pulak. Lalu saje la di depannya. Time balik ni kami plan nak naik feri. Punyalah beratur panjang...sabar aje la. Ada yang tak sabar tu dok potong turn. Finally kami dapat jugak naik feri. Syok...angin sepoi2 bahasa gitu...kehkehkeh.



Kedai ni tak sampai kat Matang pun, tapi boleh pergi lagi..best...

Sampai je kat jambatan terus menghala ke Taiping. Kononnya nak makan kat Doli. Sampai je depan kedai tengok kedai tutup. Rasa nak pengsan. hahhahaha. Terus ubah haluan ke kedai Nur Zetty...makan mee udang. Memang sedap. Thank to Yanti sebab kasi info pasal kedai kuehtiaw Doli tu yek. Nanti kalau ada kesempatan akan ku pujuk hubby terjah ke TTDI.



Hubby decided nak terus ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Aduh, kecut perut melalui jalan yang bersimpang siur itu. Mata pun tak boleh nak pejam dok risau. Nasiblah hubby saya ada darah Micheal Schmaucher kehkehkeh. Sempat singgah di pasar malam Brinchang utk lepaskan keinginan saya nak makan strawberi bersalut coklat. Saya makan banyak sekali okeh, sampai termuntah bila sampai di bilik hotel. Padan muka...hihihi konon berangan ala2 Siti Nurhaliza la nih...





Bangun pagi, kami breakfast kat Food Court aje. Makan nasi lemak, minum air panas. Fuh, baru rasa bertenaga nak melawat kawasan. Lepas je minum kami pi Arked Peladang. Kat sini memanglah seronok sebab dapat tengok macam2 jenis bunga. Saya yang bukan penggemar pokok bunga pun boleh cair hati dok beli pokok2 bunga nak bawak balik. Lama jugak kat sini, sampai hubby remind banyak lagi tempat yang nak dilawati. hihiihi. Destinasi seterusnya adalah Kea Farm. Kat sinilah tempat segala bagai sayuran dijual. Turut dijual buah-buahan terutamanya strawberi dan pelbagai jenis bunga segar. Saya beli bunga2 yang tahan lama je. Bunga ros langsung tak beli..hihihi. Tambahan pula saya penggemar orkid, bukan bukan bunga ros.


Pokok2 dari CH....

Selepas ke Kia Farm kami bertolak pulang. Sempat singgah di Ladang Teh Cameron Bharat, minum teh, makan skon...syiok...hadif pulak makan strawberi cheese cake. Dia sorang je kenduri kan kek tu....hihi . Dah puas minum teh dan berehat2 baru singgah ke kedai teh, beli teh untuk di bawa pulang.



Saturday, August 8, 2009

Penang oh Penang

Alhamdulillah, kami selamat sampai Penang petang tadi. Terus ke Bukit Bendera. Fuh, seram jugak nak naik kereta kabel. Hari Jumaat pun ramai umatnya. Sampai kat situ baru perasan bateri kamera kong. Aduh..mujur ada kamera telefon. Sedih tapi kenalah akur pasal silap sendiri tak charge bateri kamera.

Rancangan nak ke Penang adalah short notice. Saya bagitau hubby saya terasa nak ke Cameron Highland, dan hubby mentioned pasal rancangan kami nak bawak opah dan atuk hadif ke Penang. Kebetulan hubby book rumah peranginan kakitangan Petronas di Batu Feringgi dapat pulak. Tapi bila dekat2 nak pergi, Hadif demam la pulak. Cuak juga..kalau Hadif tak kebah demam percutian haruslah dibatalkan. Alhamdulillah Hadif nampak cergas dan dah tak demam. Jadi jugalah kami ke Penang. hahahha.

Gambar nanti saya upload. Segala kabel tidak dibawa. Kemas beg pakaian pun baru dibuat pagi tadi. Ye la, hati tu risau dek Hadif demam...Hadif ni kan, bila kami nak pi bercuti ke mana2...dekat2 tarikh percutian tu biasanya dia akan demam. Ingat lagi, masa umur dia setahun, plan nak pi Cameron Highland, dah book bilik bagai...tup tup..lagi sehari nak pergi dia demam. Cuak aje kami mak pak nya. Tapi, bila tiba harinya elok pulak dia sihat. hahahah. Itulah peel dia. Memang selalunya macam tu. Babah dia kata, kena pi bercuti selalu2 la tu..hiks.

Oklah, nanti up date lagi, nak rehat dulu. Esok banyak lagi tempat2 yang nak dilawati. Kalau dulu kami datang naik kapal terbang banyak tempat tak sempat pergi, kali ni senang sikit nak bergerak. Tambahan hubby ada new assistant (Cik GAMIN) yang membuatkan dia rasa Penang ni macam kampung halaman dia..hihihi.

till then, sayonara (tetiba teringat kat Asmara di Jepun...huuhuhu)

Wednesday, August 5, 2009

"GUEST"

Pernah tak anda rasa hak anda diganggu? Saya pernah! Lately ni, shout box saya dicerobohi oleh seorang yang menggunakan nama "guest". Memang dia tetamu yang tak diundang. Kata2 yang dia guna itu membuatkan saya tidak gembira. Saya sempat mengadu pada hubby. Hubby kata jangan layan orang yang sakit. Yang tidak boleh melihat orang lain lebih, atau pun orang yang ada agendanya yang tersendiri. Kenapa mesti menyakitkan hati orang? Mungkin "guest" ini merasa tidak puas hati atas apa yang dihajatinya tidak diperoleh dari saya? mungkin.

Seboleh2nya saya tidak mahu mengambil serius perkara2 seperti ini. Tetapi dalam pada tidak, saya tidak dapat menerima juga jika privacy saya dicabuli. Blog saya, hak saya. Saya boleh menulis apa sahaja yang saya suka, asalkan saya tidak memalukan sesiapa pun secara terbuka. Apa yang saya tulis, adalah kehidupan peribadi saya, apa yang saya lalui dan apa yang saya rasa. Jika tidak puas hati dengan saya, sila berhubung terus dengan saya, jangan segan2..jangan silu2.. tak perlu nak "provoke" saya, atau cuba mengata2 saya.

Tapi apa, saya dalam proses mengesan IP "guest" ini melalui beberapa sumber. Dan jika saya dapat keputusannya, saya akan dedahkan dan siap letak gambar lagi orang yang berhati busuk itu. Mahu? sila la "provoke" saya lagi. Adalah tindakan si pengecut apabila menulis atau memberi komen tetapi tidak meletakkan nama. Ibarat "baling batu, sembunyi tangan". Hello, sekarang ni banyak dah teknologi canggih yang membolehkan IP anda di kesan. Hubby pun bagitau, senang aje nak tau..boleh cari orang2 yang busuk hati ini, tapinya hubby kata jangan layan. Pada saya, memanglah apa yang dia tulis tu tak menjejaskan hidup saya pun, saya masih lagi menjalani hidup saya dengan gembira dan bahagia, tapinya saya mahu orang sebegini mendapat pengajaran. Jangan Jadi Pengecut. Itu sahaja.

Apa sebenarnya yang orang2 seperti "guest" ini cari dalam hidup ye? Kalau setakat dengki mendengki, iri hati dengan kehidupan orang lain, boleh ke hidupnya akan jadi seperti hidup orang lain? Kalau tak usaha, tak merubah nasib, manakan mampu merubah nasib diri sendiri. Berbaloi kah kalau dengki dengan saya, tapi tak mampu hidup seperti saya? Tak mampu yang saya maksudkan bukan dari segi material, tetapi dari segi spiritual. Tapikan..saya rasa, saya boleh agak siapa "guest" ini. Cumanya, saya nak beri dia peluang, sama ada utk minta maaf, atau hentikan sikap busuk hati dia. Dan, jangan terkejut kalau saya paparkan wajah dan namanya di blog saya nanti.. hehehe.

Wah..pagi-pagi lagi sudah emo penulisan ku..hihihi.

Tuesday, August 4, 2009

Entry Bersama Mu...

Hari ni gelak sorang2, mula2 tengok hubby boh gambar pas tu kaksya pulak kat FB. Gambar pulak masa tu muka mak aii pucat lesi..hihihii. Anyway thanks to hubby sebab tak malu la nak letak muka isteri yang "chumil" dan kak sya yang sudi mai umah masa buat makan2 raya tahun lepas. Tahun ni datang lagi ye kak sya, tapi tak de la buat open house like last year...hiks.

Hari ni hari kedua puasa. Semalam punya la ketar lutut, masa berbuka boleh makan nasik 3 suap je. Pas tu makan goreng pisang Azmi yang maklang Hadif beli. Lepas maghrib, balik umah..layan hadif buat homework. Dan sangatlah suprise sebab by 9.20 malam kami dua beranak dah tido. Letttttttiiiih sangat... pukul 5.00 pagi dah bangun..dan sampai lah sekarang ni...hahaha ambil feel nak puasa nanti kan.. :)

Rindu Ramadhan. Plannya tahun ni nak pi buat terawikh kat surau dekat2 rumah together with hubby and hadif. Mudah2an Allah beri kesihatan yang baik la waktu tu nanti. Sejak kawin dgn hubby ni, saya belajar satu benda. Berbuka puasa dengan juadah yang biasa2 saje..macam hari2 sebelum tiba bulan ramadhan. Ada kurma, air, nasik dan lauk. Tak perlu penuh meja. Dan, pasar ramadhan pun saya tak jelajah sangat. Jadi tak pelik. Tak de la dok merapu berangan nak makan itu ini. Insaf. hahahahah. Hubby selalu kata, macam mana kita nak menjiwai Ramadhan, macam mana nak rasai bagaimana fakir miskin yang serba kekurangan tu rasa kalau kita berbuka puasa dengan "Macam-macam Ada!" Alhamdulillah, saya dah berjaya mengatasi nafsu nak ke Bazar Ramadhan. Sungguh. Biasanya berbuka puasa dengan ala kadar je. Macam bulan2 tak puasa. Kalau pergi pun tak de la jadi rambang mata. Beli yang rasa boleh dimakan dan tidak membazir saje. Syabasss bettteeee... hahahahah.

Dan, jika semalam saya berbuka puasa dengan nasi dan ikan goreng...hari ni nak makan apa? goreng ikan bilis, makan dengan kicap..hahahah koboi giler kan menu...

Saturday, August 1, 2009

Hari Sabtu yang nyaman!

Lama tak up date, badan tak berapa sihat dan idea tidak mari walaupun banyak xtvt yang patutnya diupdate.


anak orang putih manalah ni, sarapan pagi makan spegetti...hihihi

Pagi ni, bangun pagi hadif mintak apam balik What the what? Apam balik? huh..anak punya pasal, mama google la resepi, alhamdulillah jadik tapi lupa pulak nak ambil gambar. Rupanya senang aje buat apam balik ni yek.. tapi saya tak bubuh kacang, cuma bubuh jagung dan tambah dgn badam. Opah Hadif kata apam balik orang kaya...hahahahah. Opah dgn atuk hadif ada datang tadi, sempat la merasa apam balik yang saya buat. Atuk dia cakap "eh, pandai mama buat apam balik ye.." Hadif jawab gini "Memanglah, mama saya kan pandai" kahkahkah..bodek kuat punya budak..

Lepas atok dan opah hadif balik, saya menguli tepung, nak buat pau. Pakai tepung blue key aje. Senang. Intinya pun saya beli kaya dalam tin sahaja. Ini namanya pau malas tapi mahu..hahahah. Lepas siap dikukus, hadif makan sampai 3 ketul sambil cakap macam ni "eh, sedap ye mama, rasa kaya pulak tu" hahahaha. Happy sebab Hadif suka makan. Ni tengah roh rajin datang la ni, rasanya tahun depan baru saya buat pau balik..kehkehkeh..


Sebelum dikukus..biarkan dia "naik" dulu..


Lepas dikukus..panas lagi nih..



Dah kena cukai dengan Hadif 3 ketul..hihihi

Petang ni ada mesyuarat penduduk. Oleh kerana babah hadif tak ada, saya kena la pergi dan bawa Hadif bersama. Adoi..janganlah Hadif buat ligat nanti. Kang meeting ke mana, mengejar Hadif yang iye.

Teringat kata-kata hubby " awak tu dua minggu time saya tak ada macam ibu tunggal, kena uruskan anak, tengok dia buat homework..keje lagi.." huhuhu. Hari tu, masa saya tak sihat, salah seorang jiran telefon saya yang kebetulan ada di klinik. Bila saya bagitau saya di klinik..dia tanya dgn siapa..hihih dengan siapa pulakkan, mestilah seorang. Bising dia sebab saya pergi sorang, dah la tak sihat, kenapa tak ajak dia. Gelak saya mendengarnya. Dah biasa begitu, kalau takat sakit kepala, demam, sakit perut..waktu hubby kat offshore, saya drive sendiri sahaja. Hati kental. hahahaha.

Ada seorang kawan bertanya pada saya "macam mana kalau time suami azila tak ada, time tula anak demam ke, masalah datang ke.." saya jawab gini je " sangat senang. Terima aje masalah dari Allah. Insyaallah segara urusan dipermudahkan. Memanglah kadang kala jadi sedih. Time hubby tak de la tayar pancit. Time hubby tak de lah paip air bocor. Time hubby tak de la macam2 hal terjadi. Tapi bila fikir balik, itu semualah yang buat saya jadi "keras" hahahaha. Rasa lebih bersemangat. Hubby pula dah biasa train saya utk buat sesuatu time dia tak ada. Bersyukur juga bila diduga, tak semua orang merasa apa yang saya rasa, betul tak? Siapa tak risau, iyelah, saya tinggal berdua sahaja dengan hadif. Tetapi apa pilihan yang saya ada? sebaiknya saya tawakkal sahaja pada Allah. Dan Alhamdullillah saya gembira dengan hidup saya. :P Anda bagaimana?

Oklah, sampai jumpa lagi...oh ya, terima kasih pada teman-teman yang mendoakan saya cepat sembuh..alhamdulillah dah sihat...err kalau tak sihat minggu depan tak boleh pi bercuti lagi! hihihi.
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!