Thursday, August 20, 2009

Ramadhan dan Soal Hati

I.

Ramadhan yang dirindui semakin menjengah. Semoga ibadah puasa tahun ini berjalan dengan lancar. Pada saya, rutin kehidupan mungkin akan ada sedikit perubahan. Berubah dari boleh makan di waktu siang, bertukar kepada berbuka di waktu malam. Tetapi yang lainnya, insyaallah akan berjalan seperti biasa. Kalau dilihat, sudah ada yang mula membuat persiapan utk hari Hari Raya walaupun ibadah puasa belum pun bermula. Tahun ni saya focus nak menunaikan ibadah puasa sahaja, utk hari raya tak de apa2 pun persiapan yang dah dibuat melainkan menempah baju kurung untuk saya, dan baju melayu utk hubby dan Hadif. Tak ada perabot baru...langsir baru dan serba serbi baru...saya mahu belajar menghargai apa yang saya ada..bagaimana rasanya insan-insan yang kurang bernasib baik menunaikan puasa dan menyambut Aidil Fitri. Alhamdulillah, tahun ini tahun kedua bagi saya dan keluarga berpuasa di rumah kami sendiri. Sudah setahun rupanya kami menjadi warga "Berjaya Park" ini. Sekejap betul masa berlalu. Untuk Ramadhan kali ini, hubby mula berpuasa di offshore. Saya dan Hadif. Alamatnya berbuka puasa di rumah opah Hadif la..hahahhaha.

Selamat berpuasa kepada semua...semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keberkatan buat kita semua. Sekiranya ada kata-kata yang menguris hati, penulisan yang mencalarkan emosi, saya susun sepuluh jari memohan keampunana dan kemaafan. Saya hanyalah seorang insan biasa, yang kadang kala tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada kita semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.

II.

Pernah tak kita rasa bagaimana rasanya perasaan jauh hati bila seseorang menyampaikan sesuatu berita, ataupun meminta kita melakukan sesuatu? Mungkin caranya penuh beradab, tertib dan sangat terhormat. Tetapi, bagaimana pula perasaan si penerima apabila berita atau permintaan yang diminta itu mengguris hatinya? Kita memang tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, tetapi kalau diberi pilihan, pihak yang mana kita nak jaga hatinya? Hati seorang suami, hati seorang isteri atau hati kawan-kawan?

Sebagai seorang kawan, biasanya kawan yang baik itu tidak akan mengaibkan kawan, atau pun melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung hati seorang kawan. Ada juga kawan-kawan yang hanya bergurau, tetapi kita pula yang terasa lebih. Tak pasal-pasal pulak kita respon atas apa yang kawan kita cakap. Dari elok wajah suami atau isteri berwajah manis, tak pasal pulak wajah suami atau isteri jadi masam, kelat dan macam-macam ada. Contohnya: ada kawan-kawan yang suka menggelar si suami takutkan isteri atau si suami membuli isteri. Mula la si suami atau si isteri itu mengambil kira apa yang kawan-kawan dok kata. Agaknya, mana yang perlu diambil kira? hati seorang suami atau isteri yang ada sentiasa di sisi kita tak kira apa masalah yang mendatang, atau hati kawan-kawan yang hanya kita jumpa sekali sekala waktu minum teh?

Pada saya, semuanya adalah soal hati. Bagaimana hati kita bekerja. Bagaimana hati kita menilai. Kalau saya, I don't care what people says...janji saya tahu dan cukup kenal suami saya, dah tentu saya mendahulukan dia dari sesiapa pun.. apa saya kisah dgn apa orang nak cakap...betul tak? Pada saya, kawan-kawan yang hanya tahu bergelak ketawa dgn kita..belum tentu mahu menangis bersama bila kita tersungkur. Tak percaya? kalau tak pecaya, cubalah..cuba buka mulut pada kawan-kawan yang boleh dibawak suka-suka dan bergelak ketawa itu "pinjamkan saya RM500, saya amat memerlukannya." Agaknya berapa ramai (antara yang bergelak dan suka menggelakkan itu) yang akan berlumba-lumba memberi RM500 dan berkata begini "tak payah pinjam lah...amik sahaja..kita bukan kawan waktu senang sahaja..waktu susah pun aku bersama kau." Ada ke agaknya? Rasanya lagi ramai kawan-kawan yang suka kalau dapat makan atau minum free dari kasi duit free pada kawan-kawan!

Mujur suami saya seorang yang sentiasa menjaga hati saya! anda bagaimana pula? :)

9 comments:

Sally said...

Selamat Menyambut Ramadhan.Oh Intan tinggal di Berjaya Park..Kota Kemuning kan! Saya selalu jugak kesana, one of my friends tinggal kat Berjaya Park jugak..bercakap soal hati...bagi saya seperti tepuk dada tanya selera..mmg tak dapat menduga hati seseorang ni. Apa pun sentiasa bersedia dengan keadaan hati kita..dapat menerima atau tidak soal la hati!.

Intanaziela said...

Sally: Iye..intan tinggal di Berjaya park..next time kalau ke sana jemputlah singgah di rumah..

Iye Sally...soal hati sukar di mengerti..kadang2 small thing can crate a big problem..betul tak? meh kita tanya hati kita...

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..suami adalah orang yang sentiasa berada bersama kita, ketika kita busuk dan wangi..ketika kita hodoh dan cantik...ketika kita ada duit atau tidak..he.he..jadi pedulikan sesiapa sahaja yang cuma hadir ketika kita wangi, cantik dan berduit.itu ha.ha..

rosmona said...

I : selamat berpuasa n selamat menjalankan ibadah di bulan ramadhan. mohon kemaafan juga pada akak...

II : setuju ngan NB. "hadir ketika wangi, cantik n berduit sahaja.."

Intanaziela said...

Kak yatie: suka intan dengar nasihat akak..betul tu...dalam apa pun keadaan..tak kira pun apa orang kata..suamilah yang sentiasa disisi kita, meminjamkan telinga bg permasalahan isteri..menjadi pembela utama bila isteri dikata nista... :)

Rosmona: betul..betul..betul...selamat berpuasa jugak...

HasneY said...

SElamat Menyambut RAmadhan utk intan n family..

Soal hati?..Sukar dimengertikan..Memang sebusuk or sewangi2 manapun, suami..tetap suami, teman dan sahabat kita.

Tapi, kawan? Bila senang ramai keliling pinggang.tp bila kita susah....nak cari pun susahh....ushhh tul lar intan, mmg dlm dunia ni..nk cari kawn mkn free ramailaa..Tp alhamdulilah, so far kwn2 hasni....ada gaks segelintir cam tu...tp kebanyakkan tidaklaa..

Intanaziela said...

hasney: betul tu hasney...isteri yang baik akan menerima segala2nya tentang suaminya, begitu juga suami..akan menerima seada2nya tentang isterinya...tak perlu takut pada pandangan orang, sebab dia berkahwin dgn isterinya bukan kerana orang lain...betul tak hasney?

biasalah, kalau tak "terkena" dgn kawan, memang tak rasa, tapi kalau dah "terkena" baru tau macam mana...

mamazana said...

Selamat Berpusa Aziela...

Semoga ibadah yang kita jalani di bulan mulia ini dipermudahkan & diterima serta diberkati oleh Allah swt. Insyaallah...

psssttt... hubby raya kat offshore ke?

Intanaziela said...

mama zana: selamat menjalani ibadah puasa juga zana...hubby kalau ikutkan kena keje di hari raya..tapi rasanya tahun ni boleh cuti..hohoho

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!