Sunday, August 16, 2009

Us on weekend


Meh posing sikit..amik feel jadi pengantin 6 tahun dulu.. :)
inilah Babah dan Ibu 'Alya

Balik kampung minggu ini diisi dengan aktiviti menghadiri majlis akad nikah anak kepada kawan baik nenek hadif. Selain dari itu, aktiviti seterusnya ialah aktiviti menembak mengunakan lense baru di beli oleh hubby saya; ayat dia "dengan tak semena-mena...terbeli lense 28-135mm. hihihi boleh pulak gitu yek.. tapi tak pe, dia beli saya suka...sebab..kalau nak tunggu saya beli..huhuhu tak mampu. Terima kasih la bebanyak pada pihak pengajur yek.. :)

'Alya yang mesra kamera...

Model saya adalah 'Alya Nur Batrisyia. Sangat fotogenik okeh. Geram sesangat. Tapi lagi geram sebab dia tak mau kat Mama dia nih, dia hanya suka dan mau dekat hubby. Melekat okeh. Manja sangat. Err..bila lah turn saya nak ada baby girl nih.. :)

Achu dan 'Alya...
ibu dan Mama yang memantau xtvt hahahah

Hadif, macam biasa kalau balik kampung memang tak heran pada mama dan babah dia. Adik Alif dia ada. Dan, macam biasa, mereka berdua ni, sekejap berperang..sekejap berdamai. Yang Alif suka apa yang ada kat abang Hadif dia..yang abang Hadif tak reti nak beralah. Maklum saje la, dia tak ada adik, dah biasa seorang, tambahan pula Hadif ni sangat sayang barang dia. Orang punya dia nak nak, dan barang dia tak boleh orang usik. Ada sekali tu, babah dia hilang sabar, kenalah sikit..hahahah. Sedih pulak bila dia tanya saya "kenapa babah pukul saya, bukan saya yang buat adik Alif, adik Alif yang buat saya. Dia ambil barang saya" Sedih jugalah hati saya. Macam mana nak ajar Hadif supaya beralah dengan adik2 sepupu dia, sedangkan tak duduk sekali, jumpa pun sekali sekala. Dia pula dah biasa seorang. Rasanya kalau dia ada adik pandai kot dia beralah. Budak-budak. Sekejap sahaja merajuknya, tak lama lepas tu dah elok main balik. Biasanya, saya akan cakap " Hadif selesaikan la masalah hadif sendiri..." hahahahha. Nama pun budak-budak...

ni tengah menangis sebab adik Alif ambil bekas toys dia...jenuh anak ku ini...hahahah

Malam ni hubby tak ada. Keluar tengok konsert Ellah kat The Mist. Mulanya saya nak ikut. Tapi ada kawan hubby yang saya boleh percaya pergi, jadinya saya malas la nak pergi. Hubby memang minat Ella...saya pulak tak la minat sangat...tambahan bila time2 Ella dok buat manja2 mengada dia. Hish..tak baik kan saya..hahahah. Lagi pun bila hubby kata konsert tu kat The Mist Club, saya jadi cuak. Sekali saya sorang je yang pakai tudung...dah namanya kelab kan..saya ni dah umur 30 tahun..tak pernah hayat saya jejak kaki ke kelab malam...masuk karaoke pun bila dah kawin...itupun karaoke anak beranak je...hahahahah. Teringat dulu, masa zaman kat UiTM, nak masuk Karaoke pun takut, cuak2 je...sampai ke sudah tak berani pun nak pergi...kakakakak.

Oklah, layan gambar-gambar 'Alya saya aje la yek.



babai..

4 comments:

Ana said...

comel alya nie..mmg fotogenik..
sonok balik kampung join kenduri kwin n jumpa sedara kann..x sabonyaa nk balik kampung raya nie..huhuhuhu..

Ibu Double Q said...

comeeinyer alya.. senyom sokmo.. alya ni bape tahun dah.. ade ke baya hanna?

Intanaziela said...

Ana: tak sabar nak raya yek...tapi kena puasa dulu..hihih

Rosmona: Alya setahun dua bulan rasanya...bulan 7 hari tu cukup setahun.. :P

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan..budak2 memang macam tu..bergaduh, bergumpal lepas tu baik balik..Qaisara Alhamdulilah, dia boleh berkongsi.bahkan kalau dia beli barang2 dia mesti suruh belikan utk sepupu2 dia..yg parah umi dialah..
pss..dalam mstar ada ditunjukkan konsert mini ella tu..cuba2 juga cari suami intan..ha.ha..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!