Saturday, August 8, 2009

Penang oh Penang

Alhamdulillah, kami selamat sampai Penang petang tadi. Terus ke Bukit Bendera. Fuh, seram jugak nak naik kereta kabel. Hari Jumaat pun ramai umatnya. Sampai kat situ baru perasan bateri kamera kong. Aduh..mujur ada kamera telefon. Sedih tapi kenalah akur pasal silap sendiri tak charge bateri kamera.

Rancangan nak ke Penang adalah short notice. Saya bagitau hubby saya terasa nak ke Cameron Highland, dan hubby mentioned pasal rancangan kami nak bawak opah dan atuk hadif ke Penang. Kebetulan hubby book rumah peranginan kakitangan Petronas di Batu Feringgi dapat pulak. Tapi bila dekat2 nak pergi, Hadif demam la pulak. Cuak juga..kalau Hadif tak kebah demam percutian haruslah dibatalkan. Alhamdulillah Hadif nampak cergas dan dah tak demam. Jadi jugalah kami ke Penang. hahahha.

Gambar nanti saya upload. Segala kabel tidak dibawa. Kemas beg pakaian pun baru dibuat pagi tadi. Ye la, hati tu risau dek Hadif demam...Hadif ni kan, bila kami nak pi bercuti ke mana2...dekat2 tarikh percutian tu biasanya dia akan demam. Ingat lagi, masa umur dia setahun, plan nak pi Cameron Highland, dah book bilik bagai...tup tup..lagi sehari nak pergi dia demam. Cuak aje kami mak pak nya. Tapi, bila tiba harinya elok pulak dia sihat. hahahah. Itulah peel dia. Memang selalunya macam tu. Babah dia kata, kena pi bercuti selalu2 la tu..hiks.

Oklah, nanti up date lagi, nak rehat dulu. Esok banyak lagi tempat2 yang nak dilawati. Kalau dulu kami datang naik kapal terbang banyak tempat tak sempat pergi, kali ni senang sikit nak bergerak. Tambahan hubby ada new assistant (Cik GAMIN) yang membuatkan dia rasa Penang ni macam kampung halaman dia..hihihi.

till then, sayonara (tetiba teringat kat Asmara di Jepun...huuhuhu)

6 comments:

mc ta said...

cik GARMIN lah :-)

Intanaziela said...

hahahahha betul la tu mc ta oiii...

Asmara said...

Intan, kat mesia byk lg tmpt percutian boleh pegi kan. hehe.. bestnya intan rajin pegi cuti2.

Intanaziela said...

Asmara: hihihi panjang umur...dok teringat kat As...teringat kat Disneyland...ada rezeki nak bawak hadif pi sana...best tak As?

kat malaysia ni pun banyak tempat tak habis melawat As...tu yang nak jalan je kejenya..hahahah

Ana said...

wahhh..bestnyaa gi bukit bendera hehehe..

rosmona said...

JJCM KALI NI AKK TAK TERJAH KUALA SEPETANG KER?

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!