Tuesday, August 4, 2009

Entry Bersama Mu...

Hari ni gelak sorang2, mula2 tengok hubby boh gambar pas tu kaksya pulak kat FB. Gambar pulak masa tu muka mak aii pucat lesi..hihihii. Anyway thanks to hubby sebab tak malu la nak letak muka isteri yang "chumil" dan kak sya yang sudi mai umah masa buat makan2 raya tahun lepas. Tahun ni datang lagi ye kak sya, tapi tak de la buat open house like last year...hiks.

Hari ni hari kedua puasa. Semalam punya la ketar lutut, masa berbuka boleh makan nasik 3 suap je. Pas tu makan goreng pisang Azmi yang maklang Hadif beli. Lepas maghrib, balik umah..layan hadif buat homework. Dan sangatlah suprise sebab by 9.20 malam kami dua beranak dah tido. Letttttttiiiih sangat... pukul 5.00 pagi dah bangun..dan sampai lah sekarang ni...hahaha ambil feel nak puasa nanti kan.. :)

Rindu Ramadhan. Plannya tahun ni nak pi buat terawikh kat surau dekat2 rumah together with hubby and hadif. Mudah2an Allah beri kesihatan yang baik la waktu tu nanti. Sejak kawin dgn hubby ni, saya belajar satu benda. Berbuka puasa dengan juadah yang biasa2 saje..macam hari2 sebelum tiba bulan ramadhan. Ada kurma, air, nasik dan lauk. Tak perlu penuh meja. Dan, pasar ramadhan pun saya tak jelajah sangat. Jadi tak pelik. Tak de la dok merapu berangan nak makan itu ini. Insaf. hahahahah. Hubby selalu kata, macam mana kita nak menjiwai Ramadhan, macam mana nak rasai bagaimana fakir miskin yang serba kekurangan tu rasa kalau kita berbuka puasa dengan "Macam-macam Ada!" Alhamdulillah, saya dah berjaya mengatasi nafsu nak ke Bazar Ramadhan. Sungguh. Biasanya berbuka puasa dengan ala kadar je. Macam bulan2 tak puasa. Kalau pergi pun tak de la jadi rambang mata. Beli yang rasa boleh dimakan dan tidak membazir saje. Syabasss bettteeee... hahahahah.

Dan, jika semalam saya berbuka puasa dengan nasi dan ikan goreng...hari ni nak makan apa? goreng ikan bilis, makan dengan kicap..hahahah koboi giler kan menu...

9 comments:

rosmona said...

menu tu lagi buat selera masyuk
... pergh.. terliur beb..

nn said...

sedap tuh...
gulp..gulp...gulp...

Ana said...

sedap tue intan walaupun lauk camtue..membuka selera abg hadif skali tue kalau tengok..hehehe..

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

x kisahlahkan..janji sedap..km pun mmg jarang p pasar ramadhan..mmg masak hari2.. klu letih sgt km p tapau mknan dr kedai...

sonoknya ramadhan dah nak tiba.. al-hamdulillah

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

re : intan kite serupa kot, km mmg dah ready anytime.. tp Allah belum utuskan rezeki yg satu itu buat kami :)

kdg2 sedih sgt hati bila dgr org peknen...murahnya rezeki mereka... tp Allah Maha Mengetahui.. ada yg lg baik menanti kita kan..kot2 kembar ke pasni.. hehehe Amin.

mama apih said...

harap2 puasa kali ni aku dah sihat dan boleh jalan...dpt sediakan juadah berbuka n sahur utk najib n family...isk,isk...sedih ni tengok hubby asyik mkn lauk kedai...

mc ta said...

uikss..sejak bila rajin mencuba resepi bebagai nih..tak pe..baguih..baguih..buat sendiri lagi berkhasiat kan? :-)

Intanaziela said...

Rosmona: tu la lauk yg kena dimakan dalam pantang dulu...
nn: sedap ye..nanti dalam pantang itula lauknya..hihihi
ana: tu la..itu aje yang tekak ni rasa nak makan..hihihi
Mrs. Hasanif: tahun ni memang bercita2 nak masak..walaupun simple..
sue, belum rezeki kita lagi nak dapat baby..tak pe..insyaallah ada rezeki nanti adalah..hihihi

Intanaziela said...

Ayu: aku pun sentiasa doakan ko cepat sembuh..boleh sempurnakan ibadah puasa...dan boleh balik raya kat shah alam....

Mc Ta: tetiba je rajin ek? hahahha tu la..roh rajin sudah datang... kihkihkih

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!