Monday, September 28, 2009

Sudah kerja kembali..

Hari ni dah mula kerja. Hadif pun dah pi skul balik. Pagi ni kemain liat dia nak ke sekolah...sibuk dok tanya siapa yang akan fecth him home nanti. Dah la tu, dok salam dan cium mama banyak2 kali..maklumlah..dah seminggu tak berenggang dengan mama...hiks. Babah is away now. Raya keempat malam dah balik Kerteh. Mujurlah trip kali ni seminggu aje..so Khamis nanti dah balik semula..yeay...banyak undangan nak dipenuhi di bulan raya ni..dan paling penting..konsert Hadif, Sabtu nanti. Apalah agaknya acara yang Hadif masuk. Bila di tanya dia buat tak reti aje. hahahhaa.


Semalam seharian duk kat rumah je. Kalau keluar pun pi umah opah hadif kejap, pasal kirim barang2 basah utk dimasak. Opah Hadif keluar pi beli barang, dan mama hadif malas nak keluar...kirim saje. Semalam menunya nasi impit, kuah kacang dan kueh tiaw kantonis (kantonissss sangat..hihihihi) dan puding roti. Siangnya tak de siapa pun yang datang, tapi lepas maghrib Maklang Liza dan family dari Puchong datang. Alhamdulillah, semua clear, tinggal nasi impit je sikit dan pagi ni saya bawa ke ofis dan dah selamat pun...cafe tutup hari ni, jadi adalah breakfast pada orang yang belum breakfast.


Oklah, selamat bertugas pada yang dah mula bertugas. Huargggh...malehnya nak keje...macam best aje dok umah..hihihihi.

Tuesday, September 22, 2009

Riang Ria Hari Raya

Salam Aidil Fitri. Sunyi je blog masing2, maklumlah masih bercuti. Saya dan keluarga dah ada di Berjaya Park. Saya beraya di rumah mertua, hari raya kedua balik ke kampung halaman emak saya di Bagan Datoh, Perak. Sempat beraya di rumah adik2 emak saya dan beberapa rumah saudara mara yang lain. Itu pun main pilih2 sahaja, kalau nak singgah semua, alamatlah kami tidur dalam kereta jawabnya... Sebelum balik Shah Alam sempat singgah di rumah adik abah di Palm Grove, Klang. Fuh, berayaaaaa sangat...

Pagi raya di Lanchang sangat la meriah. Mana taknya, atuk dan nenek hadif ni ramai anak2 buath. Lepas je sesi bergambar, ramai dah orang yang datang. Kami memang tak sempat nak beraya ke mana2 pun. Tetamu silih berganti. Saya dan biras-biras dah macam pekerja kat restoran..hahahah. Laris betul jualan...tapi best. Terasa kemeriahan hari raya bila tradisi kunjung mengunjung masih lagi jadi amalan. Ada tak ada, sempat lah saya beraya ke rumah kawan sama course kat Uitm dulu, shiela. Malam pulak, masing2 dah keletihan. Saya pun landing awal... :)
Hari ni, kebetulan kawan maklang hadif datang dari Johor (kawan la sangat...pakwe dia sebenarnya) Saya prepare menu simple yang amat, meehon tom yam yang pedas dan sempat buat serunding daging. Esok, insyaallah kalau rajin nak prepare nasi impit..jemput datang rumah pada sesiapa yang dah ada di Shah Alam...Hari Khamis saya sudah kerja...huhuhu.
Ini ada sedikit gambar hari raya...

Gambar di pagi raya..

ber photo shoot kat laman rumah nenek...tengoklah hadif tu, di tangan memang tak lekang dengan toy dia...hahaha

Tahun ni meriah sikit pasal semuanya balik, cuma masa bergambar ni, family De tak ada, diorang pi sembahyang raya di Kajang...

Kulihat Hijau.....hahahahha

Tangkap Hadif utk bergambar dgn mama

Sempat sekali snap je, dia pun lari lah..hahahah.


Dan...ada gambar mak dan abah saya...tahun ni turn intan beraya di Lanchang..tahun depan panjang umur kita amik gambar kat depan pintu ni sama2 ye mak...errr lariks...haahahha

Tak lupa adik-adik saya, tak ada dalam gambar adalah keluarga Ayah Ngah Hadif, pun turn beraya di rumah mertua...

Angah dan keluarga...geram betul saya tengok si Jimmy ni..rasa cam nak gigit2...hahaha

Thursday, September 17, 2009

Suami ku si mamat gajet



Dah lama request kat hubby suh amik gambar semua koleksi lens kamera kesayangan kami tu. Tujuannya? nak bercerita tentang hobi yang kami sama-sama minat. Kamera DSLR memang dah lama jadi idaman saya, sebab rasa rasa (rasalah...hahahah) melalui picu pemetik kamera buat saya jadi tenang. Terasa diri sendiri kreatif walaupun sebenarnya "jauh" hahahhaha. Thanks to hubby sebab merialisasikan impian saya. Hubby beli DSLR itu untuk kegunaan saya sewaktu saya mengambil subjek photo communications dua semester yang lepas, dan alhamdulillah, saya dapat A untuk subjek itu. Kembang kuncup jugaklah bila pensyarah memuji hasil kerja yang saya hantar. Alhamdulillah.

Sebenarnya kamera yang dibeli datang dgn lens basic, masa mula-mula tu sangatlah teruja. Tetapi selepas beberapa bulan, hubby dah rasa tak puas. Dan, bermula episod hobi yang mahal bila hubby mula membeli lens...hahahah. Saya tumpang seronok sebab kalau nak tunggu saya beli..aduh..kecut perut you all....hiks. Bak kata orang, menumpang tuah...

Saya selalu usik hubby. Dia seorang mamat gajet. Dari koleksi handphone yang mengikuti perkembangan semasa, zaman beli kamera kodak siap dgn printer, lepas tu dengan video camera Sony yang digunakan utk editing (pssst: lama dah tak buat video editing). Ada masa tu saya naik hairan, macam manalah hubby tahan duduk depan pc, buat editing sampai lupa makan..dan sekarang dengan kameranya. Dan, tidak dinafikan, hubby saya memang kreatif. Saya banyak belajar dari dia, kerana dia sangat rajin membaca tentang sesuatu yang dia minati, dan saya menyerap ilmu darinya...jimat masa tak payah membaca..kakakakak. Tapi selalu kena marah dengan hubby pasal saya ni tak pandai2...hahahahha. :)

Hubby pernah cakap "idea dan gandingan" kami memang serasi. Dia menzahirkan dari lens kamera dan saya tukang tulisnya. hihihi. Cumanya kadang2 dia merungut sebab kamera kami tu terbiar sepi dek kerana saya malas nak mengusungnya dek kerana sizenya yang "bulky" tu..time2 begini terasa juga alangkah bestnya ada compact camera yang senang diletak dalam handbag...hahahha kerana compact kamera yang lama itu sudah pun difaraidkan kepad si hadif. hahahhaha. Untuk berkarya kamera dslr memang berguna, tetapi kalau untuk memblog, aduh..tak larat saya saya nak mengusungnya bagi tujuan memblog, itu yang senang picit aje kamera telefon..hahahha.

Insyaallah selepas aidilfitri nanti, saya ada satu projek dgn kawan adik. Tentang fotografi. Sesiapa yang minat nak join, nanti saya bagitau. Nak memperkembangkan skill, kebetulan kawan adik saya tu seorang jurugambar.

Untuk Asmara di Jepun: boleh tak agaknya kalau nak kirim beli lens dan aksesori kamera kat As? kat sini ribu riban la As....dengarnya kalau beli di Jepun murah sedikit harganya....ada beberapa barang lagi yang menjadi idaman kalbu...ish..betul la kata hubby, hobi ni memang berhantu...semakin lama..semakin mencari kepuasan yang tersembunyi...hahahahha.

Entry Sebelum balik kampung

Selepas cerita membuat kuih raya, lama saya tak up date blog. Bukan tak ada cerita, tetapi masa begitu mencemburui saya...kuikuikui..ayat tak boleh belah. Tapi percayalah, iyenye benar dan sebenar benarnya.

Malam kelmarin, saya, hubby, mak dan adik telah bersesak2kan di Jalan TAR. Kami keluar rumah dalam pukul 10.30 malam. Tujuan asal saya adalah untuk membeli tudung2 yang dipesan orang biras di kampung. Tetapi, apabila dapat memilih tudung, rasa sayang pulak nak dijual pada biras ku itu...hahaaa. Malam itu sahaja 9 helai tudung selamat dibeli. Berbaloi rasanya walaupun terpaksa bersesak2 kerana sehelai tudung yang saya beli, kalau di Shah Alam harganya mencecah RM48 ringgit, dan saya dapat harga murah lebih dari separuh. Baloi..memang berbaloi..tapi lepas tu...pokai..memang pokai..hahahah. Dalam pada itu, dapat juga beli bunga raya yang sebenarnya tak ada dalam budget. Tapi dek kerana tawaran yang baik..(kes mak saya pandai menawarlah ni..dari harga ratusan boleh jadi puluhan..) hubby pun kasi green light, so dapatlah saya bunga sudut. hahahah.

Malam semalam pula saya menerima kunjungan rakan2 adik saya Kak yang. Saya gelar si budak kurang kasih sayang, tapi dengarnya sekarang sudah berlebih kasih sayang la pulak. hahaha. Menu utama dah tentu cendawan goreng yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Saya masak sambal sotong, Ikan stim dan kerabu mangga. Lewat2 saya dan mak keluar ke Kompleks PKNS Shah Alam nak mengambil baju melayu hubby dan Hadif. Fuh, mujurlah siap. Kalau tidak, maunya perang sabil saya dgn toilor. hahahahha. Sempat jugak menjamu mata di sana. Mak saya buat pertanyaan pelik "manalah diorang simpan baju2 yang tak laku nanti nih..melambak2..." Memang harga lelong di mana2 sekarang ni, cuma perlu sediakan ongkosnya sahaja...hahahahah.

Dah, hari ni saya sangat mengantuk. Sungguh. Langsung tak tipu. Kalau tidak kerana ada meeting yang saya kena masuk, rasanya dah tentu saya nak amik EL hari ni. Insyaallah esok pagi saya akan berangkat pulang ke kampung..hubby nak solat Jumaat di kampung. Malam ni lah saya packing barang2 yang patut di bawa balik. Hubby akan berbuka puasa dgn kawan2 sekolahnya malam ni. errr...ada salah seorang kawan hubby yang saya benci dan tak berkenan tahap dugong. Harap2 malam ni, mulut busuknya itu tak de la sebusuk longkang... huhuhu ...ah..emo di situ...hahahah. Saya tak suka nak memburukkan orang, tapi jenis perangai lelaki yang pelik, yang suka mengata dan mengutuk sesuatu perkara yang sebenarnya sangat common. Contoh: kutuk isteri yang komen dalam FB suami. Itu pun nak kutuk..walhal saya dah biasa tengok suami isteri yang berkomunikasi dalam FB, tak de apa pun, tapi bila sampai kat dia, mulut dia suka mengutuk. Selagi dia tak mintak maaf dgn saya...saya tak akan maafkan dia...berjumpa di akhirat la jawabnya. Saya bukannya senang nak benci atau marahkan orang, tapi orang ni memang la saya tak boleh nak suka, kalau sayalah, pantang saya orang mencaci atau mengutuk hubby saya. Memang lah orang tu saya pangkah dari ini wayang. :)

oklah, saya tepek gambar kami sekeluarga, tapi tak de gambar terbaru...tahun ni tak sempat nak berphotoshoot walaupun hubby dah beli lens baru...apa taknya..baju melayu baru siap semalam. Sabar aje lah.

gambar beberapa tahun lepas..tahun ni sekali lagi tema hijau..hahahhaha

Monday, September 14, 2009

nak buat kuih...nak buat kuih...

Weekend kali ni menghabiskan masa bakar biskut raya. Berdua dgn ibunda terchenta..huhuhu..alhamdulillah dapat siapkan 6 jenis biskut, tapi jenuh jugak lah..mungkin faktor usia..hahahaha.

Hubby is away to Kerteh. Attend course. Patutnya plan asal saya pun ikut jugak, dia nak bawak pi butik pakaian kawan dia, tapinya dok memikir hari lebaran yang tinggal hanya beberapa hari, terpaksalah saya tinggal huhuhuhu.. tapi tak pe la..kursusnya hanya setengah hari...hahahhaha.

Insyaallah saya akan mula bercuti pada 18 September, hari Jumaat. Tahun ini saya beraya di Lanchang, Pahang. Alhamdulillah, tahun ni hubby beraya di darat. Insyaalah, gambar raya tahun ni saya sengih lebar2 la...tak macam tahun lepas..emo tak pasal..hahahahah. Di kesempatan ini, saya mengambil kesempatan, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya disepanjang saya mencoret dan menulis di blog ini, ada yang mengguris perasaan anda semua. Semoga Aidil Fitri yang kita raikan ini, diraikan dgn penuh kesyukuran. Buat saya dan keluarga, alhamdulillah, azam untuk bersederhana dapat dipraktikkan. :) Jemputlah datang ke rumah...tahun ni rasanya saya tak buat rumah terbuka kerana pintu rumah saya sentiasa terbuka menerima kehadiran kawan-kawan sekelian....

Sebelum saya berhenti menulis, jemputlah menjamu mata kuih tart nenas yang dah siap dibakar...kuih kegemaran saya...tu pasal la kena buat every year...tak cukup kalau setakat beli sebalang dua..hihihihi.

Thursday, September 10, 2009

Cerita Ceriti Hari ini

Semenjak dua menjak ni kesibukan di pejabat membataskan aktiviti masak memasak. Tambahan boss saya baru sahaja pulang dari menunaikan umrah. Alhamdulillah...tumpang seronok...

Semalam berbuka puasa di rumah opah hadif. Saya singgah ke Pasar Ramadhan, beli sedikit makanan buat tambah2 juadah dek sebab tak sempat menolong mak memasak. :) Lepas berbuka puasa bergegas bawa hadif ke klinik. Habis satu badan keluar bintik-bintik merah. Mulanya saya ingat Hadif kena demam campak, tapi alhamdulillah doktor Fadilah kata gatal2 biasa sahaja, dan pagi ni dah pun hilang gatal2 tu...

Lepas balik dari klinik rasa letih yang amat. Baring atas sofa terus terlelap. Jaga2 dah pukul 12.30 tengah malam. Terus ke dapur, start prepare bahan buat nasik goreng, maklumlah tadikan tak memasak...saya buat nasi goreng bunga kantan. Memang membangkitkan selera..hubby siap bertambah..sambil sebut "sedap..." hahahahha. Bahan-bahannya mudah sahaja, ambil cili api dalam sepuluh biji, bubuh bawang merah, bawang putih, dan letakkan udang kering...blend. tumis atas dapur, dah naik bau masukkan telur, lepas tu masukkan bunga kantan yang telah diracik kecil2...lepas tu masukkanlah nasi. Aduh..lapar pula perut saya waktu menaip entry ini..hahahhaha

Insyaallah esok Gas Malaysia ada buat Majlis Berbuka Puasa, turut kami undang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih. Memang dah jadi aktiviti tahunan syarikat akan mengundang anak-anak yatim...dan setiap kali memandang wajah mulus dan suci itu..air mata saya pasti mengalir. Insyaallah, saya update cerita tentang anak-anak ini selepas majlis esok.

Hari ni nak masak apa ye? rasanya kena berbuka puasa di rumah mak lagi..hahahaha. Awal-awak puasa hari tu saya agak lapang kerana boss bercuti menunaikan umrah. Jadi, bila boss dah balik, bermulalah episod sibuk saya..padan muka kan...hahahhaa.

oklah, nanti sambung cerita lagi..saya nak sambung menyemak claim staff kerana PIC kena chicken pox..huahuahua... eh, ada satu lagi cerita...cuti raya saya sudah diluluskan...yahooo....

Tuesday, September 8, 2009

Lamanya tak update blog. Rindu, tapi masa tak mengizinkan. Dari minggu lepas saya agak sibuk sedikit. Pertamanya kunjungan bapa dan ibu mertua. Hubby balik dari offshore terus singgah ambil orang tuanya utk berpuasa di rumah kami. Bukan senang bapa mertua saya ni nak berjalan meninggalkan rumahnya. hihihi.

Oleh kerana mertua datang hari saya bekerja, makanya saya masak yang simple2 sahaja. Saya masak udang masak lemak cili api bersama kacang panjang, goreng cendawan celup tepung dan sambal sotong. Berselera mak mertua I makan you..hahahaha. Tengok hubby pun makan bertambah2...

Hari Sabtu tu abah mertua ku itu sudah bising mahu pulang ke kampung. Memang selalunya kalau ke Shah Alam, tak akan lebih dari dua malam. Selepas dua malam mulalah rindu pada rumahlah..teringat ayam dan kucing di rumah lah..hahahha. Pagi Sabtu tu saya dan hubby kena ke rumah yang kami sewakan di Seksyen 16...nak betulkan lampu dan sedikit kerosakan lain. Selesai semua kerja, dalam pukul 5 petang juga kami bertolak balik ke Pahang. Dalam hati tu dok risau jugak..kat manalah kami sempat berbuka nanti, dan macam biasa, oleh kerana hubby saya ada darah ala2 pemandu F1, sempat kami sampai ke kampung dan berbuka di rumah abang ipar. Sempat juga saya singgah ke Pasar Ramadhan, kononnya nak bawak sedikit juadahla ke rumah abang ipar...hihih. Saya beli kuih lompat tikam..sedap, tapi saya boleh makan sedikit sahaja kerana rasanya yang amat manis!

Hari Ahad mak mertua ajak ke Pekan sehari Temerloh. Bayangkan sudah 6 tahun berkahwin, baru ini saya dapat menjejak kaki ke pekan sehari...hahahah. Sila Salahkan hubby saya sebab tak bawak saya ke pasar pagi ini...punyalah besar pasarnya, naik lenguh kaki berjalan. Sambil tu, nak share telatah anak bujang saya yang pandai berurus niaga...


amik gambar kat signboard tulih Temerloh...selalu tengok orang lain je amik gambar..akhirnya dapat gak bergambar kat situ..hihihi

"
Hadif: (tanya pada penjual dompet di pekan sehari Temerloh) Ni berapa harga? (sambil menunjuk ke arah dompet warna coklat)
Penjual 1: (bertanya pada penjual 2) ni berapa ni bang?
Penjual 2: RM10
Hadif: yang ni pun sama? (sambil menunjuk dompet yang berwarna hitam)
Babah: Pandainya ko shopping nak....
Penjual 1 & 2: (gelak-gelak..) "

Kehkehkeh...meniru gaya siapakah itu? hahahahha.

Balik kampung kali ni kami suami isteri mengecat rumah. Dari warna biru, kami bantai tukar warna putih. Deko bersama....babah dan mama hadif...hihihi. Semalam hubby bawak saya makan di restoran kuey tiaw DOLI kat TTDI. Oklah, saya makan sikit je, selebihnya bungkus bawak balik. Kira ni pengubat kempunan masa ke Taiping dulu ler. Rupa2nya diorang dah buka cawangan di KL...lagi senang, tak payah la nak pi jauh2 sampai ke Taiping...hahahah.

Hadif yang tengah kemaruk nak makan..baru baik demam. Sila abaikan muka saya yang blurr itu...selesema cikgu...hihihihi

Sampai umah pukul 9.30 malam. Letih tak terkira, naik tido awal la juga, tapinya terjaga pukul 2 pagi, terus panas2kan lauk, ajak hubby bersahur. Bimbang kalau tidur terus tak terjaga...hihihi. Sebelum tu, nak share gambar puding roti yang saya buat...

agar2 roti @ puding roti

Wednesday, September 2, 2009

Katakan tidak kepada ROKOK

Pejam celik, pejam celik dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. Hari ni nak pecah tradisi, nak berbuka puasa di luar. Mula-mula call hubby kat offshore dulu, tanya..boleh ke nak berbuka puasa dengan atie...sambil gelak2 hubby saya kata pergilah janji jangan lupa solat....dah lama tak keluar berkawan-kawan ni...thanks yang...

Ini cerita semalam, perbualan cucu dan atuknya.

Hadif: Atuk, jangan hisap rokok, nanti nak cakap I love you cam ni "aiiiilooooooouuuuu" (sambil herot2kan mulut..)

Atuk: (tak cakap...lari keluar dari rumah..)

Hadif: Atuk, use your brain ok...fikir....tengok ni... (sambil tunjuk gambar kat kotak rokok) nanti kalau awak mati macam mana? saya cari atuk yang baru..

Atuk: huh...sambil sengih2..

Abah saya perokok tegar. Tak terkata tegarnya. Sekali cucu sudah sound atuk..amik...hahahahhaha

Iklan kat TV baru ni betul2 menyentap perasaan, kan. Hadif, bila tengok je iklan tu, terus suruh saya call babahnya di offshore. Punyalah dia marah. Ish..bila la babah hadif ni nak stop smoking balik? hari tu, boleh pulak berhenti..pas tu dah hisap rokok balik..ni bila anak dah pandai sound tepat...tak kan tak paham2 lagi babah oii...sampai anak siap cakap "kang kalau mati macam mana? saya cari babah yang baru!" hahhahahaa.

Tuesday, September 1, 2009

Cerita biasa-biasa sahaja



Lama tak up date blog. Rindu..hihihi. Tapi tak ada cerita menarik. Karang kalau asyik tepek gambar juadah yang di masak...orang kata apa pulak, kan? hihihi. Weekend hari tu tak ke mana pun. Sabtu opah hadif, atuk, onyang dan ayah su datang berbuka di rumah. Menunya mee kuah. Saya cilok idea dari seorang kawan di FB. Malamnya mengemas rumah...rupanya banyak lagi kotak dalam stor yang saya tak buka, so pilih baju yang mana nak pakai. Punyalah banyak T-shirt hubby, pilih punya pilih satu kotak dapat diasingkan dan insyaalah nak di hantar ke Rumah Amal Limpahan Kasih. Baju2 hubby tu saya rasa ada yang tak pernah dipakai pun..ada pulak yang sekali dua je dia pakai. Jenisnya banyak dapat t-shirt free dari kontraktor lah..kalau pi kursus pun dapat jugak. Lebih baik diberi pada yang memerlukan.

Ahad pula saya panggil weekend maid dapat membersihkan rumah. Habis segala sawang dibersihkan..ha, baru lah rasa nak raya sikit. Alhamdulillah...semuanya dah siap, tinggal nak hantar dry clean sarung sofa sahaja. Yang tu kena serah kat hubby, sebab dia je yang teror nak buka sarung sofa tu...hiks. Mujurlah ada dua pembantu yang nak datang tolong kemas rumah. Kalau harapkan saya, aduh..sungguh tak larat. Nak kata bersih sangat tu tidak la, tapi syukur lah ada yang membantu (bantu tapi kena bayar upah daaaa), janji dah dapat ringankan beban saya kan...nak demand tinggi sangat, alamatlah tak sempat. :)

Dan semalam, bawak opah saya pi tukar barang kemas dia. Hihihi. Opah saya cam anak dara nak kawin..tukar rantai..gelang dan cincin. Melampau betul,..hahhahaha. Saya gelak tak henggat. Mahal betul harga emas sekarang. Terperanjat makcik. hihihi saya bukan penggemar barang kemas. Dari beli barang kemas, lebih baik saya pi bercuti. No wonder la ada orang tegur barang kemas saya tak bertukar2..apa ada hal, duit saya..hak saya..suka hati saya lah..hahahhaah.

Dan, last sekali, nak ucap terima kasih kat hubby sebab belanja saya dan hadif pi bercuti lagi lepas raya nanti...yahooo...emmuahksss....thanks dear. Huh..hubby dah berjaya mencapai KPI yang dia target..nak bawak family kecik dia ni pi holiday at least setahun dua kali...semoga Allah murahkan rezeki hubby saya...amin. :)
Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!