Thursday, September 17, 2009

Entry Sebelum balik kampung

Selepas cerita membuat kuih raya, lama saya tak up date blog. Bukan tak ada cerita, tetapi masa begitu mencemburui saya...kuikuikui..ayat tak boleh belah. Tapi percayalah, iyenye benar dan sebenar benarnya.

Malam kelmarin, saya, hubby, mak dan adik telah bersesak2kan di Jalan TAR. Kami keluar rumah dalam pukul 10.30 malam. Tujuan asal saya adalah untuk membeli tudung2 yang dipesan orang biras di kampung. Tetapi, apabila dapat memilih tudung, rasa sayang pulak nak dijual pada biras ku itu...hahaaa. Malam itu sahaja 9 helai tudung selamat dibeli. Berbaloi rasanya walaupun terpaksa bersesak2 kerana sehelai tudung yang saya beli, kalau di Shah Alam harganya mencecah RM48 ringgit, dan saya dapat harga murah lebih dari separuh. Baloi..memang berbaloi..tapi lepas tu...pokai..memang pokai..hahahah. Dalam pada itu, dapat juga beli bunga raya yang sebenarnya tak ada dalam budget. Tapi dek kerana tawaran yang baik..(kes mak saya pandai menawarlah ni..dari harga ratusan boleh jadi puluhan..) hubby pun kasi green light, so dapatlah saya bunga sudut. hahahah.

Malam semalam pula saya menerima kunjungan rakan2 adik saya Kak yang. Saya gelar si budak kurang kasih sayang, tapi dengarnya sekarang sudah berlebih kasih sayang la pulak. hahaha. Menu utama dah tentu cendawan goreng yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Saya masak sambal sotong, Ikan stim dan kerabu mangga. Lewat2 saya dan mak keluar ke Kompleks PKNS Shah Alam nak mengambil baju melayu hubby dan Hadif. Fuh, mujurlah siap. Kalau tidak, maunya perang sabil saya dgn toilor. hahahahha. Sempat jugak menjamu mata di sana. Mak saya buat pertanyaan pelik "manalah diorang simpan baju2 yang tak laku nanti nih..melambak2..." Memang harga lelong di mana2 sekarang ni, cuma perlu sediakan ongkosnya sahaja...hahahahah.

Dah, hari ni saya sangat mengantuk. Sungguh. Langsung tak tipu. Kalau tidak kerana ada meeting yang saya kena masuk, rasanya dah tentu saya nak amik EL hari ni. Insyaallah esok pagi saya akan berangkat pulang ke kampung..hubby nak solat Jumaat di kampung. Malam ni lah saya packing barang2 yang patut di bawa balik. Hubby akan berbuka puasa dgn kawan2 sekolahnya malam ni. errr...ada salah seorang kawan hubby yang saya benci dan tak berkenan tahap dugong. Harap2 malam ni, mulut busuknya itu tak de la sebusuk longkang... huhuhu ...ah..emo di situ...hahahah. Saya tak suka nak memburukkan orang, tapi jenis perangai lelaki yang pelik, yang suka mengata dan mengutuk sesuatu perkara yang sebenarnya sangat common. Contoh: kutuk isteri yang komen dalam FB suami. Itu pun nak kutuk..walhal saya dah biasa tengok suami isteri yang berkomunikasi dalam FB, tak de apa pun, tapi bila sampai kat dia, mulut dia suka mengutuk. Selagi dia tak mintak maaf dgn saya...saya tak akan maafkan dia...berjumpa di akhirat la jawabnya. Saya bukannya senang nak benci atau marahkan orang, tapi orang ni memang la saya tak boleh nak suka, kalau sayalah, pantang saya orang mencaci atau mengutuk hubby saya. Memang lah orang tu saya pangkah dari ini wayang. :)

oklah, saya tepek gambar kami sekeluarga, tapi tak de gambar terbaru...tahun ni tak sempat nak berphotoshoot walaupun hubby dah beli lens baru...apa taknya..baju melayu baru siap semalam. Sabar aje lah.

gambar beberapa tahun lepas..tahun ni sekali lagi tema hijau..hahahhaha

6 comments:

HasneY said...

Salam cik kak..mana pic nyer?..adoiyaaa..sebok nk balik kg sampai tk sempat2 nak upload pic erk..anyway..selamat hari raya...n take care di jalan raya yerk...

Ana said...

sama laa kita akan gerak balik kampung esok pagi..huhuh..x sabo nie..
selamat hari raya ekk intan..jumpa nnt masa beraya..

Intanaziela said...

hasney: huhuhu gambo tak amik lagi..kad raya hasney pun tak tepek lagi...banyak keje kat opis..esok dah mula coooti... hasney bila balik johor..take care jugak tau...

Intanaziela said...

selamat balik kg juga ana...berhati2 di jalan raya...

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..
marah sungguh nampaknya, manusia ini hairannya bila tengok suami isteri bekasih sayang pun sibuk, kalau tengok suami isteri bergaduh lagilah terlebih2 sibukkan..isyk2 tak fahamlah..
Selamat hari raya maaf zahir intan ya..salam untuk suami dan hadif yang handsome tu..

Intanaziela said...

kak yatie..hihihi marah jugaklah, ye la urusan atau perihal suami isteri pun sibuk nak dijadikan bahan gurauan ataupun topik perbualan..berbual tentang hal lain bukankah lebih berfaedah..

selamat berpuasa juga buat kak yatie dan family...semoga kedatangan syawal membawa seribu kebahagiaan buat akak dan keluarga...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!