Monday, September 28, 2009

Sudah kerja kembali..

Hari ni dah mula kerja. Hadif pun dah pi skul balik. Pagi ni kemain liat dia nak ke sekolah...sibuk dok tanya siapa yang akan fecth him home nanti. Dah la tu, dok salam dan cium mama banyak2 kali..maklumlah..dah seminggu tak berenggang dengan mama...hiks. Babah is away now. Raya keempat malam dah balik Kerteh. Mujurlah trip kali ni seminggu aje..so Khamis nanti dah balik semula..yeay...banyak undangan nak dipenuhi di bulan raya ni..dan paling penting..konsert Hadif, Sabtu nanti. Apalah agaknya acara yang Hadif masuk. Bila di tanya dia buat tak reti aje. hahahhaa.


Semalam seharian duk kat rumah je. Kalau keluar pun pi umah opah hadif kejap, pasal kirim barang2 basah utk dimasak. Opah Hadif keluar pi beli barang, dan mama hadif malas nak keluar...kirim saje. Semalam menunya nasi impit, kuah kacang dan kueh tiaw kantonis (kantonissss sangat..hihihihi) dan puding roti. Siangnya tak de siapa pun yang datang, tapi lepas maghrib Maklang Liza dan family dari Puchong datang. Alhamdulillah, semua clear, tinggal nasi impit je sikit dan pagi ni saya bawa ke ofis dan dah selamat pun...cafe tutup hari ni, jadi adalah breakfast pada orang yang belum breakfast.


Oklah, selamat bertugas pada yang dah mula bertugas. Huargggh...malehnya nak keje...macam best aje dok umah..hihihihi.

4 comments:

As said...

bila dah lama cuti mula la anak² pun x nak berenggang ngan kiter..huhuhu.. sure kiter pun rindu ngan anak²...

HasneY said...

welcome back..intan..back to normal..hu.hu..rasa cam tak puas cuti erk..pantas tul masa berlaluuu..

Nurain said...

kalau i tahu u bawak nasi impit pagi tadi sure i naik atas... sbb kelaparan cafe tutup!!

Intanaziela said...

As: betul3...rasa cam berat hati je nak berenggang dgn dia..

Hasney: tu aaaa...naper cepat sangat masa berlalu? hihihih

kak ain: tu la...kebetulan pulak...sekejap je nasi impit habiss...orang kelaparan...cafe tutup...hihihihi

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!