Thursday, September 10, 2009

Cerita Ceriti Hari ini

Semenjak dua menjak ni kesibukan di pejabat membataskan aktiviti masak memasak. Tambahan boss saya baru sahaja pulang dari menunaikan umrah. Alhamdulillah...tumpang seronok...

Semalam berbuka puasa di rumah opah hadif. Saya singgah ke Pasar Ramadhan, beli sedikit makanan buat tambah2 juadah dek sebab tak sempat menolong mak memasak. :) Lepas berbuka puasa bergegas bawa hadif ke klinik. Habis satu badan keluar bintik-bintik merah. Mulanya saya ingat Hadif kena demam campak, tapi alhamdulillah doktor Fadilah kata gatal2 biasa sahaja, dan pagi ni dah pun hilang gatal2 tu...

Lepas balik dari klinik rasa letih yang amat. Baring atas sofa terus terlelap. Jaga2 dah pukul 12.30 tengah malam. Terus ke dapur, start prepare bahan buat nasik goreng, maklumlah tadikan tak memasak...saya buat nasi goreng bunga kantan. Memang membangkitkan selera..hubby siap bertambah..sambil sebut "sedap..." hahahahha. Bahan-bahannya mudah sahaja, ambil cili api dalam sepuluh biji, bubuh bawang merah, bawang putih, dan letakkan udang kering...blend. tumis atas dapur, dah naik bau masukkan telur, lepas tu masukkan bunga kantan yang telah diracik kecil2...lepas tu masukkanlah nasi. Aduh..lapar pula perut saya waktu menaip entry ini..hahahhaha

Insyaallah esok Gas Malaysia ada buat Majlis Berbuka Puasa, turut kami undang anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih. Memang dah jadi aktiviti tahunan syarikat akan mengundang anak-anak yatim...dan setiap kali memandang wajah mulus dan suci itu..air mata saya pasti mengalir. Insyaallah, saya update cerita tentang anak-anak ini selepas majlis esok.

Hari ni nak masak apa ye? rasanya kena berbuka puasa di rumah mak lagi..hahahaha. Awal-awak puasa hari tu saya agak lapang kerana boss bercuti menunaikan umrah. Jadi, bila boss dah balik, bermulalah episod sibuk saya..padan muka kan...hahahhaa.

oklah, nanti sambung cerita lagi..saya nak sambung menyemak claim staff kerana PIC kena chicken pox..huahuahua... eh, ada satu lagi cerita...cuti raya saya sudah diluluskan...yahooo....

9 comments:

rosmona said...

kahhh.. lunyai badan.. boleh pulak tengah2 malam kungkangkungkang memasak.. sehingga menjilat siku..

Intanaziela said...

rosmona: isteri mithali kan..hahahahah ... habis..kalau ikutkan lunyai badan..hubby akak tu nak bersahur makan apa? tak kan makan magee kot...hahahha

mc ta said...

itulah aktiviti kita tiap2mlm..tido dulu, kul 12 bangun balik ready untuk sahur, tapi most of the time, kita sahur ngan danish jer, abah dia outsteseng. menyelerakan jer nasi goreng tuh, tapi takut pedas lak..komplen lak anak bujang kita, nanti buat alasan tak nak pose laks..he.he..

Nurain said...

eh.. sapa yang kena chicken pox tu?

Intanaziela said...

mc ta: nasi goreng tu memang buat pedas2..baru laju makan..hahahha

kak aien: masrah..huhuhu

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

tenkiu sudi kongsi resipi..harus cuba nih... sedapnya.. cam ala2 nasi goreng kerabu..tambah serai klu nasi goreng kerabu.. adoii lapar gak ni.. terbau2 wangi nya..

NORHAYATI BERAHIM said...

intan..nampak sedapnya resipi tu, satu hari pasti akak cuba, tapi yang makan nanti akak dengan bibik ajelah..huhu..kadangkala pening nak fikir berbuka, bersahur bulan puasa.ni, .suami nak kena masak lain, akak makan masak lain..pening2

Intanaziela said...

kak yatie: tak pe kak..hubby akak tau isteri dia pandai memasak..hihihih...

cubalah kak...hubby intan suka..

armouris said...

info tentang demam campak kat sini - Demam Campak Berjangkit

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!