Tuesday, September 8, 2009

Lamanya tak update blog. Rindu, tapi masa tak mengizinkan. Dari minggu lepas saya agak sibuk sedikit. Pertamanya kunjungan bapa dan ibu mertua. Hubby balik dari offshore terus singgah ambil orang tuanya utk berpuasa di rumah kami. Bukan senang bapa mertua saya ni nak berjalan meninggalkan rumahnya. hihihi.

Oleh kerana mertua datang hari saya bekerja, makanya saya masak yang simple2 sahaja. Saya masak udang masak lemak cili api bersama kacang panjang, goreng cendawan celup tepung dan sambal sotong. Berselera mak mertua I makan you..hahahaha. Tengok hubby pun makan bertambah2...

Hari Sabtu tu abah mertua ku itu sudah bising mahu pulang ke kampung. Memang selalunya kalau ke Shah Alam, tak akan lebih dari dua malam. Selepas dua malam mulalah rindu pada rumahlah..teringat ayam dan kucing di rumah lah..hahahha. Pagi Sabtu tu saya dan hubby kena ke rumah yang kami sewakan di Seksyen 16...nak betulkan lampu dan sedikit kerosakan lain. Selesai semua kerja, dalam pukul 5 petang juga kami bertolak balik ke Pahang. Dalam hati tu dok risau jugak..kat manalah kami sempat berbuka nanti, dan macam biasa, oleh kerana hubby saya ada darah ala2 pemandu F1, sempat kami sampai ke kampung dan berbuka di rumah abang ipar. Sempat juga saya singgah ke Pasar Ramadhan, kononnya nak bawak sedikit juadahla ke rumah abang ipar...hihih. Saya beli kuih lompat tikam..sedap, tapi saya boleh makan sedikit sahaja kerana rasanya yang amat manis!

Hari Ahad mak mertua ajak ke Pekan sehari Temerloh. Bayangkan sudah 6 tahun berkahwin, baru ini saya dapat menjejak kaki ke pekan sehari...hahahah. Sila Salahkan hubby saya sebab tak bawak saya ke pasar pagi ini...punyalah besar pasarnya, naik lenguh kaki berjalan. Sambil tu, nak share telatah anak bujang saya yang pandai berurus niaga...


amik gambar kat signboard tulih Temerloh...selalu tengok orang lain je amik gambar..akhirnya dapat gak bergambar kat situ..hihihi

"
Hadif: (tanya pada penjual dompet di pekan sehari Temerloh) Ni berapa harga? (sambil menunjuk ke arah dompet warna coklat)
Penjual 1: (bertanya pada penjual 2) ni berapa ni bang?
Penjual 2: RM10
Hadif: yang ni pun sama? (sambil menunjuk dompet yang berwarna hitam)
Babah: Pandainya ko shopping nak....
Penjual 1 & 2: (gelak-gelak..) "

Kehkehkeh...meniru gaya siapakah itu? hahahahha.

Balik kampung kali ni kami suami isteri mengecat rumah. Dari warna biru, kami bantai tukar warna putih. Deko bersama....babah dan mama hadif...hihihi. Semalam hubby bawak saya makan di restoran kuey tiaw DOLI kat TTDI. Oklah, saya makan sikit je, selebihnya bungkus bawak balik. Kira ni pengubat kempunan masa ke Taiping dulu ler. Rupa2nya diorang dah buka cawangan di KL...lagi senang, tak payah la nak pi jauh2 sampai ke Taiping...hahahah.

Hadif yang tengah kemaruk nak makan..baru baik demam. Sila abaikan muka saya yang blurr itu...selesema cikgu...hihihihi

Sampai umah pukul 9.30 malam. Letih tak terkira, naik tido awal la juga, tapinya terjaga pukul 2 pagi, terus panas2kan lauk, ajak hubby bersahur. Bimbang kalau tidur terus tak terjaga...hihihi. Sebelum tu, nak share gambar puding roti yang saya buat...

agar2 roti @ puding roti

9 comments:

ira amira said...

rindu puding roti along..nyum..nyum..ri tu mkn skett jeeekk....

rosmona said...

puding roti... puding roti... puding roti.... adus.. time2 pose ni tak tahan tol.. tiang telepon cicah coklat pon sodap..

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ said...

adus lawonya syg nak mkn... penah p gak pasar pg t'loh..penat woo nak pusing ..hehehe..raya nanti ajak la hubby dtg raub.. dekat je..kata ada darah F1..hahaha

Intanaziela said...

Ira: sape suh makan skettt ajeeekkk...haahaha
Ros: amboi..tiang telepon pun best? ahhahahaha
Mrs. Hasanif: sue, malangnya raya kedua sudah balik shah alam...raya ketiga malam hubby sudah balik kerja...huhuhu

Ana said...

sedapnyaa puding roti tue..yummi yummi..
kita beraya ber2 laa intan raya ke3 tue hubby ana keje jugak..raya ke-2 balik umah sini gak..huaaa..

As said...

sedapnyer nampak puding roti ni.. menyelerakan... yummy....cam sayang nak mkn lak....

Nurain said...

sedap puding roti Azila... silalah kongsi resepi boleh?

Intanaziela said...

Ana: samalah kita yek..beraya kat berjaya park la jawabnya..jangan lupa mai umah tau.. :P

As: tak de maknanya sayang nak makan..hihihih makan je...nanti2 buat la lagi...

kak ain: nak resepi? boleh..boleh..nanti azila email yek...

mc ta said...

fuhhh..menyelerakan sungguh puding roti itu..mmmmmm... :-)

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!