Thursday, January 7, 2010

Hadif ke Sekolah KAFA dan hadiah 2 dalam 1

Minggu yang sangat memenatkan. Nak berblog pun macam tak de mood nak menaip. Entry Hadif berbaju sekolah agama pun tak sempat nak buat...apa lah mama hadif ni kan. Mana taknya, hari pertama anak sekolah pagi dan petang, anak tidur, mama pun tidur..hahahhaa. Selain dari sibuk menguruskan perihal persekolahan anak bujang saya tu, sibuk juga buat persiapan majlis hari jadi Hadif. Buat kecil-kecilan sahaja, walaupun kecil, tapi jenuh jugalah kerana semua nak kena buat, sampai mak saya kata saya sibuk macam orang nak terima menantu..kihkihkih..

Insyaallah, kalau malam ni tak keletihan, saya upload gambar anak bujang saya beruniform sekolah agama, walaupun baru 6 tahun, tapi nampak sebaya je bila bercampur dgn murid 7 tahun. Bising mulut dia mengomel kena sekolah pagi dan petang. Sebenarnya hati saya pun turut berbelah bahagi, betul kah tindakan kami suami isteri ini? Dan, setelah fikir panjang, biarlah Hadif belajar menyesuaikan diri dengan sekolah dua sessi ini. Bukan tidak kasihan, tetapi bila mengenangkan yang dia akan menghabiskan masa dia menonton TV, hati saya lagi tak senang. Sekurang-kurangnya, dia dapat belajar ilmu agama yang mungkin saya dan suami tak mampu nak beri, dapat sembahyang berjemaah, dapat mengaji dan paling penting, saya tak perlu terjerit-jerit nak menyuruh dia solat. Saya tak sabar nak tunggu detik itu. Semoga Allah perkenankan doa saya dan suami. Semoga Hadif membesar menjadi anak yang soleh. Amin. Dan semoga tindakan kami ini tidak salah.
Teringat perbualan saya dan Hadif semasa nak menghantar dia ke sekolah KAFA.

Mama: Hadif, macam mana cara nak ambil wudu'

Hadif: Mula-mula niat. (saya baca niat dan dia ikut)

Mama: lepas tu?

Hadif: Basuh Muka

Mama: berapa kali?

Hadif: Tiga

Mama: lepas tu?

Hadif: basuh tangan...tiga kali ... dan lepas tu dia cakap proses wudu' sampai selesai.
Alhamdulillah...moga-moda menjelang umur dia 7 tahun dia dah tak tinggal solat. Sekarang ni, kalau suruh ikut babah pi masjid, ayat dia "saya ni kecil lagi kena pergi ke? " hihihihi.
Hari pertama hantar dia, saya hantar sampai ke pintu bilik darjah. Melepaskan dia duduk di tempat dan sempat cium anak bujang saya, saya turun cepat-cepat ke bawah. Sedih dan sayu rupanya melepaskan dia. Mungkin sebab dia terpaksa menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang lebih tua dari umur dia buat saya rasa sedih. Tetapi saya cakap pada diri sendiri "Hadif harus belajar menyesuaikan diri.

Balik dari sekolah, Hadif terlelap dalam kereta, dan sehingga babah dukung bawa masuk ke dalam rumah pun masih tak jaga-jaga. Kasihan anak mama, tetapi saya yakin, insyaallah, dua tiga hari lagi Hadif akan ok.

Dan, cinta hati saya dan suami akan berusia 6 tahun pada 10 Januari nanti. Betapa lajunya waktu berlalu. Terasa begitu cepat Hadif membesar. Dan, saya tak pernah puas mencurah kasih pada buah hati saya ini... semoga Allah panjangkan umur saya untuk melihat Hadif membesar menjadi anak yang soleh, baik budi pekerti.
Sebut pasal panjang umur, saya pun akan sambut hari lahir yang ke 31 minggu hadapan. apa? 31? hahhaha age is only a number, walaupun usia bertambah, tapi muda tak pernah berkurang..kekekeke. Dan, macam biasa, setiap tahun saya akan dapat hadiah awal dari tarikh. Dari dulu, kalau tak 1 Januari...sebelum birthday. hahahha. Hubby ku... apa pun saya sangat berterima kasih atas pemberian dari hubby. Tak kisah apa pun, yang penting ingatan dan kasih sayang yang di beri buat saya dan Hadif buat saya sangat bahagia.

laptop 14". Hubby tanya nak yang kecil ke yang besar? saya cakap nak yang besar. hahahaha. Yang kecik dah ada, tak puas saya nak memandang skrin monitor, tu yang lebih suka guna desktop. dan, alhamdulillah, hubby hadiahkan utk saya, desktop faraidkan ke Hadif. Masa hubby bagi kat saya, terkedu kejap. saya ingat hubby belikan mini laptop, rupanya beli ikut size saya..hihihihi. Thanks yang, suka sangat-sangat.

5 comments:

Ana said...

alhamdulillah..senang yek hadif terima ilmu..nk kena mintak tips kt intan nie..cepat sungguh dia blaja..

bday hadif nnt skali ngan intan laa yekk..2 in 1..hihihi

Su Hana said...

x sabar nak tgk hadif ngan pakaian seragamnya... hek hek hek... haahkan..cepat btl anak kite dah besar..maryam pun thn ni msk 4 tahun...

penat tp berbaloi klu buat besday anak ...semua buat sendiri... cam km la..rasanya x buat kot tahun ni...

Pn. Ira said...

i'm coming dis saturday..yuhuuuu~c u alongg!!

Intanaziela said...

ana: otak anak2 ni macam span..menyerap aje apa yang di ajar..rasanya hadif belajar melalui deria dengar dia, ustazah kata nampak macam tak pay attention..tapi bila suruh baca boleh pulak..hihihihi

Sue: nanti intan upload..cepat mereka membesarkan..rasa berat hati nak melepaskan..sebab nanti tak boleh nak gomol2 lagi..hihihi

Ira: sila datang wahai bibik jemputan..hihihi

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

intan, qaisara pun lahir pada january..kakak akak suruh masukkan qaisara darjah satu masa umur 6 tahun, tapi akak bimbang aje macam dia tak boleh sesuaikan diri..tapi ada dua tahun lagi utk difikirkan..selamat hari lahir utk hadif..jadi god boy yang handsome sentiasa..he.he

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!