Tuesday, January 11, 2011

Cerita Hadif, Raisa dan Mama

Setelah melalu minggu yang menyedihkan hati, Hadif dah kembali ceria..tengok, dah boleh bergambar dengan kawan-kawan masa nak masuk pagar sekolah. Mama sangat bangga dengan abang Hadif. Terasa berbaloi-baloi mama layan bluess abang minggu lepas...hahhaha. Bila tanya siapa nama kawan, dia cakap tak tau la mama..tapi tak pe, kalau saya nangis nanti diorang akan jaga saya...adoi...hahahha

Semalam setelah seharian menguruskan rumah, saya sakit kepala dan rasa tak sedap badan. Makan ubat dan sebelum buletin utama habis..saya habis dulu. Hadif pun tidur awal, letih agaknya anak teruna saya tu..Raisa pula macam biasa lah, bergayut sampai ke pagi..hahahha.

mula-mula hantar adik dulu ke rumah Opah, dia kena training minum pakai botol..jangan sedih ye dik...


bergambar dengan mama... sama tak muka we all? hahhaha

Sempat hantar tabung hadif ke Ambank Bandar Puteri. Sampai depan bank baru saya sedar yang saya tak bawa buku akaun,mujur kerani kaunter tu baik, senyum aje. Bila dah masukkan duit,kerani tu pulang balik duit syiling indonesia, singapore..vietnam... hai la anak bujang saya, asal tabung penuh aje la tu...tergelak-gelak saya dibuatnya...

stok susu Raisa yang tak banyak lagi..huaaa...lagi dua minggu je nak kumpul stok ni...

Lepas selesai urusan di bank balik rumah dulu, pam susu untuk stok susu Raisa. Lagi beberapa hari je nak kerja, stok susu pun tak berapa nak ada. Kalau ada saya, dia nak berpaut je pada mama dia ni, bila masa nak buat stok...hahahha. Selesai pam susu terus ke pasaraya Econsave, nak cari sedikit barang2 dapur dan keperluan Raisa. Beli barang satu beg plastik kena keluar RM80.00. Aduh, mahal betul barang-barang sekarang. Cekit darah tau..macam mana pula nasibnya orang-orang yang tak bekerja tetap tu kan? Kerajaan seharusnya memandang serius tentang kenaikan harga barang ni.

Selesai beli barang terus ke Secret Recipe Kota Kemuning, belikan kek untuk Hadif lepas tu terus tunggu Hadif balik sekolah. Hujan lebat la pula. Masa tu badan dah rasa lenguh-lenguh. Kepala pun dah berdengung aje. Ambil Hadif dan terus ke rumah mak, nak ambil anak dara pula. Aduh, sibuk jugakan kehidupan sebagai surirumah ni.

Sampai rumah, letak Raisa, beri hadif makan nasi. Tengok-tengok barang yang dibeli, air yogurt Bliss dan biskut oreo hadif tak ada pulak. Sahihlah tertinggal kat kaunter masa casher tu kasi baki duit pada saya. Aduh mama...mama... banyak sungguh urat putus.

Hari ni, lepas aje hantar Hadif ke sekolah, saya pergi semula ke Econsave. Dapat balik yogurt bliss dan biskut oreo Hadif..jimat duit..kalau tak kena beli baru..hahahah.

gambar 2 buah hati yang bangun awal pagi (pukul 4.30 pagi) dek kerana dah puas tidur..hahaha
Posing khas buat Babah..rindu kami tak? :)


dan......

..................................................

...................................................................................................

.................................................................................................................................

Rindu tak kat yang kat bawah ni? muahahahhaha




mama, 50 hari lepas pantang...awwwww...hahhahaha

6 comments:

nanonano said...

ha ahh la kak..
muke ank bujang tuh sbijik muke akak..
hehehe

ehh dah abes pntang yer..
wahh slamat kembali bekerja lah.. :p

cik puan akish said...

mmg secetak muke hadif !!!

ensem boy!!!

Intanaziela said...

nano2: ye ke? hahahha selalu org kata muka hadif tu muka babah dia... yahoo..suka..suka...

cik puan akish: sukanya mama hadif ni pasal selalu org kata muka hadif tu muka babah dia..hahahha

zulaikha megat said...

tang mulut cam babah dia...mata ikut mama..

Intanaziela said...

kak zue: campur2 la kira kan..hahaha

Ibu Darwisy said...

mama yg dah kuwus..i like..

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!