Thursday, January 6, 2011

Cerita tentang kami

muka senyum terpaksa...tapi tetap comel di mata mama dia..hahahah

Sejak berpantang sendiri di rumah, memang saya berpantang sendiri sambil dibantu oleh hubby. Menguruskan rumahtangga dalam erti kata sebenar. Cumanya sebab bersalin secara pembedahan agak membataskan ketangkasan dan kecergasan nak buat kerja laju2. Sungguh bukan saya yg dahulu rasanya saya ni sekarang...very slow motion. Syukur, sebab suami ada di rumah 2 minggu membantu. Dari tolong basuh pinggan, kemas2 rumah, sampai memandikan Raisa pun hubby yang tolong.

Hari ini, saya kena menguruskan si abang dan si adik sendirian. Hubby yang sepatutnya bercuti sampai hujung minggu dipanggil naik ke laut. Walaupun berat hati, tapi saya kena keraskan hati, cekalkan perasaan nak mengharungi situasi di darat ini. Kenapa nanar benar penyataan saya ini ya? kerana....

Hadif memasuki fasa darjah satu dengan permulaan yang tak begitu menggembirakan kami. Mana tidaknya, menangis di hari pertama sampailah hari kedua. Masa tu babah ada lagi, belum naik kerja. Kasihan hubby yang nampak tertekan dengan perangai Hadif. Pelik sungguh lah, dari umur 3 tahun dia ke sekolah, tak pernah pun dia menangis, alih-alih masuk darjah satu dia menangis melolong lolong macam ada benda yang menakutkan di sekolah.

Bila ditanya, jawapannya "sekolah tu besar sangat". Barulah kami faham kenapa pemuda kesayangan kami ini keberatan nak ke sekolah kebangsaan sedangkan kalau ke KAFA begitu ceria sekali. Sebenarnya dia tak biasa tengok orang ramai-ramai, bising-bising, riuh-riuhkyerana bila dihantar ke Q-Dees dulu muridnya cuma dalam 20 orang...ke KAFA pun begitu juga, dan kami pula tak biasa bawa Hadif ke tempat-tempat yang ramai orang, ada tak ada pun rasanya ke Pesta Buku sahaja.

Sedang berperang dengan situasi Hadif ini, hubby kena balik bekerja, aduh..dalam hati saya berdebar sungguh...mana dengan Raisa yang masih tidak mahu minum susu pakai botol, mana dengan Hadif yang tidak mahu ke sekolah kebangsaan...mohon pada Allah dipermudahkan semua urusan...

Semalam, Saya sendiri yang menghantar Hadif ke Sekolah. Masuk sahaja diperkarangan sekolah, erat tangan saya dia pimpin. Air muka dah jadi keruh, dan bila sampai di tempat perhimpunan dia mula menangis tanpa segan silu. Saya malas nak layan...tetapi ada seorang dikalangan ibu bapa yang menyuruh saya ikut anak naik ke tingkat atas. Saya tinggalkan dia yang sarat dengan emosi tak stabil dan air mata. Dalam kereta saya pula yang menangis hiba terkenangkan Hadif yang bersedih. emo di situ, kan?

Pagi ini, biological alarm saya, Raisa bangun menyusu pukul 5. Hubby pun turut menjadi alarm bila telefon dari Kerteh. Sempat gorengkan nasi goreng dan nugget untuk bekalan Hadif ke KAFA. Bangun dan siapkan Hadif, serta tukarkan drypers dan susukan Raisa. Cuaca pula hujan lebat pagi ini. Kasihan Raisa, kena juga ikut menghantar abang ke KAFA, mujur dia steady, cuma bila sampai ke sekolah abang, dia menangis nak menyusu. Terpaksalah parking kereta dan susukan Raisa dulu. hahahhaa.

Balik dari hantar Hadif, siap-siapkan lunch untuk anak bujang, pam susu untuk stok susu Raisa, mandikan Raisa... tengok jam dah sampai masa nak jemput abang balik KAFA. Lepas jemput Hadif, siapkan dia untuk ke sekolah kebangsaan. Siap masukkan barang-barang Raisa, barang-barang Hadif, terus hantar Raisa ke rumah opah dia. Hadif masa tu mula monyok dan buat muka. Sampai di pintu pagar, saya suruh dia ikut rakan sekelas, masa tu mula episod dia menangis, tapi lucunya dia jalan juga dengan kawan dia tu, cumanya air mata berjurai-jurai. Saya keluar ikut pintu pagar belakang, masuk ikut pintu pagar depan. Kononnya nak mengintai anak bujang saya tu la, saya tengok dia ikut je kawan dia berlari sana berlari sini..tetapi..sambil menangis la..hahahah aduh anak ku itu.. Tengah saya mengintai dia perasan pula saya disebalik dinding..hahahah. Teruslah dia datang meleleh-leleh air mata tak kasi saya balik. Saya janji dengan dia, kalau dia berhenti menangis dan naik ke kelas, waktu rehat saya akan datang teman dia. Laju aje dia angguk dan pesan suruh saya tunggu dalam kereta. Phew...

Tengah melepaskan lelah dengan perangai Hadif, mak call bagitahu Raisa tak mahu menyusu, menangis sampai saya pun rasa nak menangis, tetapi mengenangkan dia kena dilatih juga minum susu ikut botol, saya tahankan juga perasaan, bukan tak kasihan, tetapi mengenangkan saya akan masuk kerja 24 haribulan nanti, rasanya lebih baik saya keraskan hati. Dan, berita gembira, alhamdulillah akhirnya setelah hampir 2 jam refuse nak minum susu guna botol..Raisa minum juga habis sebotol..syukur alhamdulillah. Esok kita cuba lagi ye dik...

Petang tadi, masa rehat saya tunggu Hadif di kantin. Dia turun dengan 3 orang kawan kelas dia, dan terus mata dia liar mencari saya. Nampak sahaja saya, dia terus senyum. Saya temankan dia beli makanan dan ajak duduk di meja. Sangat mengejutkan saya bila dia minta izin nak pergi bermain dengan kawan-kawan dia. Dia salam dan cium saya terus berjalan naik ke kelas. Semudah itu? hahahaha, dia patah balik semula kepada saya dan tanya "mama tunggu saya dalam kereta kan? pukul berapa boleh balik" saya senyum dan bagitahu dia yang saya akan tunggu dia dipintu pagar sekolah pukul 6.40 petang nanti. Barulah dia berjalan naik ke kelas...nampak ceria sebab boleh berlari-lari lagi. Dalam hati saya berdoa moga inilah titik permulaan baik untuk Hadif gembira bersekolah.

Mudah-mudahan esok ceritanya bertambah menyenangkan. Amin.

p/s: sekian dulu, lamanya nak menyiapkan satu entry, baru taip sikit Raisa dah merengek nak susu. Baru nak menyudahkan cerita, abang pulak minta perhatian.

End of the day.

2 comments:

iman said...

harunya hidup dalam pantang dengan takde hubby ye azila. takpe kuatkan semangat. alia nabil masuk tadika ni pun tak menang tangan nak handle.

azila tahu 5 hari gi sekolah tu. 4 hari tu lepas 10.30 je cikgu bagitau dia tidur dalam kelas. siap berdengkur lagi. pemalas sungguh anak bujangku yang gemuk tu. azila tahu berat dia sekarang dah 30kg. tu semua pasal steroid yang dr. bagi. buat selera makan dia amat susah untuk control. tapi insyaallahlah dah sekolah ni rasanya kurang sikit makan agaknya.

Intanaziela said...

Alia: Insyaallah Azila ok. Ala bisa tegal biasa alia...

hahah nabil tidur dalam kelas ye..dia mengantuk kot alia..tidur lewat kot? nanti bila dia dah aktif dan dah sekolah tu insyaallah berat badan dia akan turun..dah 30kg handsome boy tu yek...hadif baru 23kg...hahahha

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!