Tuesday, January 25, 2011

Happy 8th Anniversary, sayang


Sayang,

Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke lapan. Dah lapan tahun kita layari kehidupan berumahtangga. Kalau untuk pekerja offshore, baru empat tahun sebab dalam sebulan dua minggu awak di laut saya di darat. hahahhaha.

Terima Kasih kerana sentiasa menjadi seorang lelaki yang teguh berdiri dibelakang saya dan anak-anak. Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendengar yang setia. Pengkritik yang ada masanya kalah pengkritik tetap AF, Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan keperluan keluarga dari diri sendiri. Saya, anak-anak sentiasa menghargainya.

Terima kasih kerana menerima diri saya sebagai isteri begitu seadanya. Zaman tak berapa besar, zaman besar tahap dewa, paling terharu awak akan cakap "saya terima awak seadanya" awak tanya kenapa saya beriya2 nak kuruskan badan. Jawapannya saya nak hidup sihat, (time badan gems pun tak de apa2 penyakit kan....) supaya saya boleh jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan mama dengan cergas dan deras. Dikesempatan ini saya nak bagitahu awak, walaupun tanggungjawab dah bertambah, tapi saya happy menguruskan keluarga kecil kita. Rasa bahagia, kalau penat saya sentiasa motivasikan hati...buat sepenuh hati...dapat pahala...lemak-lemak pun boleh dikurangkan.. he he he.. dan mahu melihat anak-anak membesar jadi manusia yang berguna, dan kita dapat habiskan masa tua kita bersama.


Sayang awak..rindu awak....


Ini cerita saya.

Baru-baru ni hubby kemas stor. Pasang rak. Dah tak macam stor pulak saya tengok.. hahahaha. Rajin hubby... Kemas-kemas kotak, jumpa beberapa barang yang buat saya senyum sendiri. Jumpa diari hubby. Saya minta izin nak simpan apa yang dia tulis kerana saya rasa tiba-tiba suami saya jadi romantik. Tak sangka hubby menulis sebegitu. Dalam hati dok gelak...(tapi bangga...) romantik jugak suami aku ni..hahahhaha

Jadi..saya nak sharekan apa yang buat hati saya pernah tulis di awal-awal perkahwinan. Sekarang? heheheh tak tulis dah rasanya...



ini kad undangan perkahwianan kami...8 tahun lepas..siap gambar tu. Gelak tak ingat kalau diingatkan balik...tapi masa tu antara tercantik la patern ni..har har har..

Lapan tahun dulu....



ini poskad yang hubby tulis, kasi kat saya. dulu pi opis hubby hantar, hubby jemput. Punnnn rindu...sekarang ni bawaklah kereta sendiri ye mama..hahhaha


Ini gambar masa 7 bulan saya mengandungkan Hadif...


Sengih sorang-sorang bila baca kad ni balik. Inilah kali pertama saya terima bunga dari hubby sebab saya merajuk. Masa ni baru-baru kawin...kalau sekarang merajuk, usahkan dapat bunga, gambar bunga pun tak dapat rasanya..hahahha.

catatan tentang hari lahir Hadif... sampaikan kali pertama hadif pandai sebut "emmuah" pun hubby ada tulis...so sweet hiks..



Yang ini catatan sempena ulangtahun perkahwinan yang kedua. Masa ni ayat masih berbunga-bunga...harap-harapnya masih kekal wangi sehingga anniversary kita yang ke 20..30...40... nanti... :)


9 comments:

nn said...

happy 8th anniversary to both of u...

Su Hana said...

hepi 8th anniversary intan :) hehe tumpang seronok tgk kerukunan rumah tangga intan....

shuweet said...

soooooooooo sweeeeeeeeeeettttttttttttt....HAPPY ANNIVERSARY TO KAK INTAN AND HUSBAND...semoga kekal bahagia di samping putra dan putri..hingga ke akhir hayat

aNIe said...

Happy Anniversary buat Intan dan suami... semoga dipanjangkan usia dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat...

aidha BOOM! said...

along..so sweet both of u...moga2 bahagia selalu n selamanye along,abg long...;)

Intanaziela said...

nn: thanks dear...
sue: tq sue..amin atas segala doa...
mimie: tq dik..
kak anie: terima kasih kak anie..amin atas segala doa....
aidha boooommmm: boom katanya? hahahahha tima kasih...mudah2an along & abg long kekal bahagia sampai ujung nyawa...amin.

Ibu Double Q said...

appy anniversary sis..
congrats...
teruskan maintain kekal mesra, bahagia selamanya...

dalam ati ade taman gak hubby akak ekk.. hihihi..

Intanaziela said...

ros: hahahah tq...dalam hati ada taman itu mesti...baru la mesraaaa hihihihi

PM said...

so sweet!!!

-nani-

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!