Jangan terkejut saya buka blog saya untuk tatapan umum...sebab ini bukan untuk selamanya. Masih ada rakan2 yang tak sempat nak tinggalkan email dan masih ada rakan2 yang selama ini menjadi "silent reader" dah tak dapat baca blog saya dek kerana seekor dua langau yang suka buat hati saya jadi panas dengan komen-komen menghina. Kalau nak baca, baca sahajalah, tak perlu kritik atau hina penulisan saya kerana saya tidak pernah memaksa orang lain untuk membaca blog saya... Selepas ini, kalau saya rasa saya nak private balik blog, saya akan terus sahaja buat, dan rakan-rakan yang dah pernah saya invite jangan risau, saya akan terus invite anda. Kalau tidak ada komen yang menyakitkan hati lagi, insyaallah tak perlulah saya private blog saya lagi kan...saya menulis tentang apa yang saya mahu tulis. Bukan untuk dicemuh atau dicaci.
Salam Tahun Baru, semoga 2011 menjanjikan seribu kebahagiaan dan kemanisan dalam kehidupan kita. Semoga Allah permudahkan urusan kita dan Allah eratkan lagi ukhwah sesama kita. Amin.
4 comments:
itulah, kalo org yg nk mengata nie biarlah dia org mengata sj hanya Allah akan membalas balik aper yg dia dorang dah buat! Jgn kisah sgt aper yg dorang mengata, mulut milik dorang bkn kita blh menguasai lg pon dorang nie senang nk jaga kain tepi org lain walhal "Gajah di depan x nmpk, semut di seberang nmpk". Kalo bg sy tahu siapa yg mengumpat/menghina Intan, akan ku hadiahkan pelempang nie kan ;) so stay cool saje lah Intak yea :S
huk huk, intan alia dah bagi nama. tapi nape tak boleh tengok pun
alia...intan dah invite..alia kena accept dulu kot..tapi tak pe..sekarang ni dah bukak balik..susahkan utk kwn2 mcm alia ni nak baca blog dek sebabkan ada org yang dengki dan busuk hati..
Pelik kadang-kadang manusia ni bila ada phd yang terlalu tinggikan.
Post a Comment