Monday, January 10, 2011

Selamat Hari Lahir Anak ku Sayang...


Abang Hadif yang mama sayang,

Selamat Hari Lahir yang ke 7. Doa dan kasih sayang mama serta babah sentiasa mengiringi hidup Hadif. Semoga dengan pertambahan usia ini menjadikan Hadif bertambah matang, bertambah gembira untuk pergi sekolah, bertambah bertanggungjawab, dan bertambah ceria... Semoga jadi anak yang soleh, yang sentiasa menyenangkan hati perut mama dan babah ye abang.

Alhamdulillah, Allah perkenankan doa dan permintaan saya 7 tahun lepas. Sewaktu anak teruna saya bertarung dengan segala kesukaran hidupnya, saya tadah tangan dan mohon pada Allah, sekiranya Allah ingin beri saya peliharan dan didik anak ini, berilah kesihatan yang baik, berikanlah kemudahan buat saya dan hubby untuk membesarkannya. Alhamdulillah, syukur, Hadif membesar menjadi anak yang menyenangkan. Dari kecil sehingga la diusia sekarang, nakal itu perkara biasa, tetapi telatahnya sentiasa menjadi penyeri hidup saya. Hubby juga saya pasti.

Bila mengenang saat bila Hadif dilahirkan, saat kami suami isteri diduga dengan dugaan yang maha hebat saya rasa (mahu tidaknya...anak kesayangan, anak sulung yang dinanti dikatakan tenatlah, keadaannya kritikal la...) air mata saya akan sentiasa mengalir. Hadif seorang pejuang. sesuai dengan makna namanya, seorang yang bermatlamat. Insyaalah. Melihat Hadif meniti kehidupan, dengan macam-macam situasi yang harus dia lalui, hati saya sentiasa berkata...anak ku ini seorang pejuang..insyaallah.


Abang Hadif,
Mama ucapkan selamat hari jadi...
Semoga Hadif akan sentiasa berjuang dalam kehidupan
Sentiasa menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat
Sentiasa menghormati ibu bapa dan mereka2 yang lebih tua
Sentiasa jadi abang yang baik buat Adik Raisa
Dan....sentiasa menjadi buah hati mama....
Hadif akan sentiasa mendapat tempat yang teristimewa di hati mama...
I love u abang...so much.

p.s. I Love U....tunggu babah balik kita celebrate ye sayang...

3 comments:

nn said...

happy birthday...hadif..

cik puan akish said...

hepi bday abg hadif....semuge menjadi anak yg soleh....

dr adik hadif adam....

Intanaziela said...

nn: auntie nini..tima kasih..doakan hadif jadi anak yang soleh ye..

cik puan akish: tima kasih auntie dan adik hadif adam...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!