Ok, ini entry terakhir untuk Percutian ke Hong Kong, sebelum ini tulis dalam bahasa inggeris sebab terpengaruh dengan rancangan Oh My English tu..hiks. Sebenarnya kalau tulis dalam bahasa inggeri pendek sikit apa yang perlu di taip, tak berjela-jela perginya ayat orang malas
buah hati pengarang jantung babah dan mama
Secara keseluruhannya, percutian ke Hong Kong saya boleh katakan berjaya dan seronok walaupun penat sebab bawa anak-anak. Rasanya tak serik nak bercuti bawa anak-anak ni, sebab selain dari penat, kesabaran pun dapat dipertingkatkan. Bayangkanlah dengan Kauthar di depan, tolak stroller Raisa, sambil tu jalan dengan abang Hadif...oh... hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya, tetapi saya suka sebab semua yang saya sayang ada di depan mata.
Kami pergi dengan satu beg roda, dan 3 hand luggage. Beg roda tu isinya makanan, dan sedikit pakaian. Alhamdulillah, semuanya ok, dan waktu balik pun masih balik dengan jumlah beg yang sama, tidak beranak okeh. Dengan anak-anak memang tak boleh shopping dan saya memang bukan kaki shopping pun tipu aje. Bawak balik duit Hong Kong dan tukar balik kat Malaysia boleh buat belanja sampai hujung bulan. Hubby kata memang nak kena pergi lagi, memang tak sempat nak shopping hahahahha.
Disepanjang percutian ini, kami jumpa dengan orang-orang yang baik-baik kecuali amoi kat Ladies market tu mulut busuk okeh. Semasa di Masjid Ammar, sempat berkenalan dengan satu keluarga dari Singapura yang minat dengan Raisa, siap kasi duit RM10 mama dah buat bayar duit tol. pada Raisa. Semasa tercari-cari hala tuju nak menghala ke Masjid Ammar, muncul seorang hamba Allah yang bernama Mumtaz menawarkan diri untuk menunjukkan arah, dan bayangkan dalam sebesar-besar Hong Kong itu, kami terserempak semula dengan saudara Mumtaz itu semasa perjalanan balik dari The Peak, masa itu kami sedang berjalan menuju ke jeti Star Ferry. Ish, terperanjat boboi. Tetapi itulah pada saya kemudahan Allah nak bagi, dengan adanya Mumtaz, tugas hubby menjadi mudah, dia bantu angkat stroller turun dari tangga, tolong payungkan hubby dan Raisa dan pada saya semua itu sebagai cara bagai mana Allah nak tolong kita kan. Cumanya kami tak sempat nak tunggu symphony of night sebab malam tu hujan, tak sanggup tengok anak-anak berhujan maka kami setuju untuk tidak menyaksikan symphony of night.
Sehingga hari ini, saya masih rindukan Hong Kong, tunggu anak-anak kecil besar sedikit insyaallah nak pergi lagi. Betul lah trip ini pengubat hati sebab terpaksa lupakan hasrat nak berguling-guling ke Guilin bulan Februari tempohari. takut beranak kat atas kapal terbang walaupun tak dapat nak pegang ais macam cik bunga dan cik PM, tapi kami tetap happy dapat naik kereta kabel kat Ngong Ping hikhikhik. Hadif pun sampai sekarang tak habis-habis bercerita tentang Disneyland, Raisa dengan Kauthar aje yang balik dari Hong Kong tak cakap apa-apa. Puas hati la tu agaknya hahahhaha. Terima Kasih pada hubby yang buat impian jadi kenyataan. Lepas ini kita pergi lebih lama, lebih jauh..ayuh bak kata kaka dan zizan.
p/s: Berjalan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Saya selalu kata pada hubby, saya rela tak bertukar baju, tak berbarang kemas asalkan saya dapat pergi melihat tempat orang. Jauh berjalan, luas pengalaman. Kadang-kadang rasa sedih sebab bila kita suka berjalan, dan dapat sampai di satu tempat, kita dijadikan subjek atau motif untuk diumpat atau dikata, selalunya saya kalau lihat orang lain berjaya atau dapat sampai ke satu tempat yang saya suka, saya akan tumpang seronok dan berdoa semoga saya dapat juga jejak tempat itu, bukannya mengada-ngadakan cerita atau mengata tak tentu pasal. Dah la tak dapat sampai tempat yang saya sampai, dosa pun dapat free aje. nak ke esok di akhirat terjerit-jerit mencari saya? :) Betul la kata hubby, orang begini ada masalah dengan hatinya. Hatinya tak berapa nak bersih, itu sebab ada sahaja komen atau kata-kata pedih yang keluar dari mulut dia bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain. Semoga Allah pelihara hati saya, suami saya dan anak-anak saya dari tergolong dalam golongan orang yang mempunyai masalah hati ini. Amin ya rabbal alamin.