Monday, June 25, 2012

Last But Not Least

Ok, ini entry terakhir untuk Percutian ke Hong Kong, sebelum ini tulis dalam bahasa inggeris sebab terpengaruh dengan rancangan Oh My English tu..hiks.  Sebenarnya kalau tulis dalam bahasa inggeri pendek sikit apa yang perlu di taip, tak berjela-jela perginya ayat orang malas 

buah hati pengarang jantung babah dan mama

Secara keseluruhannya, percutian ke Hong Kong saya boleh katakan berjaya dan seronok walaupun penat sebab bawa anak-anak.  Rasanya tak serik nak bercuti bawa anak-anak ni, sebab selain dari penat, kesabaran pun dapat dipertingkatkan.  Bayangkanlah dengan Kauthar di depan, tolak stroller Raisa, sambil tu jalan dengan abang Hadif...oh... hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya, tetapi saya suka sebab semua yang saya sayang ada di depan mata. 


Kami pergi dengan satu beg roda, dan 3 hand luggage. Beg roda tu isinya makanan, dan sedikit pakaian.  Alhamdulillah, semuanya ok, dan waktu balik pun masih balik dengan jumlah beg yang sama, tidak beranak okeh.  Dengan anak-anak memang tak boleh shopping dan saya memang bukan kaki shopping pun tipu aje. Bawak balik duit Hong Kong dan tukar balik kat Malaysia boleh buat belanja sampai hujung bulan.  Hubby kata memang nak kena pergi lagi, memang tak sempat nak shopping hahahahha. 







Disepanjang percutian ini, kami jumpa dengan orang-orang yang baik-baik kecuali amoi kat Ladies market tu mulut busuk okeh.  Semasa di Masjid Ammar, sempat berkenalan dengan satu keluarga dari Singapura yang minat dengan Raisa, siap kasi duit RM10 mama dah buat bayar duit tol. pada Raisa. Semasa tercari-cari hala tuju nak menghala ke Masjid Ammar, muncul seorang hamba Allah yang bernama Mumtaz menawarkan diri untuk menunjukkan arah, dan bayangkan dalam sebesar-besar Hong Kong itu, kami terserempak semula dengan saudara Mumtaz itu semasa perjalanan balik dari The Peak, masa itu kami sedang berjalan menuju ke jeti Star Ferry.  Ish, terperanjat boboi.  Tetapi itulah pada saya kemudahan Allah nak bagi, dengan adanya Mumtaz, tugas hubby menjadi mudah, dia bantu angkat stroller turun dari tangga, tolong payungkan hubby dan Raisa dan pada saya semua itu sebagai cara bagai mana Allah nak tolong kita kan.  Cumanya kami tak sempat nak tunggu symphony of night sebab malam tu hujan, tak sanggup tengok anak-anak berhujan maka kami setuju untuk tidak menyaksikan symphony of night. 


Sehingga hari ini, saya masih rindukan Hong Kong, tunggu anak-anak kecil besar sedikit insyaallah nak pergi lagi.  Betul lah trip ini pengubat hati sebab terpaksa lupakan hasrat nak berguling-guling ke Guilin bulan Februari tempohari. takut beranak kat atas kapal terbang walaupun tak dapat nak pegang ais macam cik bunga dan cik PM, tapi kami tetap happy dapat naik kereta kabel kat Ngong Ping hikhikhik.  Hadif pun sampai sekarang tak habis-habis bercerita tentang Disneyland, Raisa dengan Kauthar aje yang balik dari Hong Kong tak cakap apa-apa.  Puas hati la tu agaknya hahahhaha.   Terima Kasih pada hubby yang buat impian jadi kenyataan.  Lepas ini kita pergi lebih lama, lebih jauh..ayuh bak kata kaka dan zizan.


p/s: Berjalan bukan untuk menunjuk-nunjuk.  Saya selalu kata pada hubby, saya rela tak bertukar baju, tak berbarang kemas asalkan saya dapat pergi melihat tempat orang.  Jauh berjalan, luas pengalaman.  Kadang-kadang rasa sedih sebab bila kita suka berjalan, dan dapat sampai di satu tempat, kita dijadikan subjek atau motif untuk diumpat atau dikata, selalunya saya kalau lihat orang lain berjaya atau dapat sampai ke satu tempat yang saya suka, saya akan tumpang seronok dan berdoa semoga saya dapat juga jejak tempat itu, bukannya mengada-ngadakan cerita atau mengata tak tentu pasal.  Dah la tak dapat sampai tempat yang saya sampai, dosa pun dapat free aje.  nak ke esok di akhirat terjerit-jerit mencari saya? :) Betul la kata hubby, orang begini ada masalah dengan hatinya.  Hatinya tak berapa nak bersih, itu sebab ada sahaja komen atau kata-kata pedih yang keluar dari mulut dia bila melihat kebahagiaan dan kegembiraan orang lain.  Semoga Allah pelihara hati saya, suami saya dan anak-anak saya dari tergolong dalam golongan orang yang mempunyai masalah hati ini.  Amin ya rabbal alamin.

10 comments:

PM said...

jom raisa kita naik cable car ke Ngong Ping!!!

*jeles ok

Asmara said...

Salam, Intan!! bestnya! :D baru sempat nak baca entry Intan. Betul tu jln bwk anak2 3 org mmg mencabar sikit tp mmg seronok bila bersama2 yang tersayang. Betul jugak bila niat ikhlas sentiasa dipermudahkan. Alhamdulillah..
*Teringin jugak nak gi yg Hong Kong punya, tengok mcm best je kan! Thanks Intan share pengalaman, sure boleh jadikan panduan utk yg lain jika nak ke sana juga. hehe.. owh sangat comel budak2 3 org ni kan!

niL said...

bayangkan kalau Raisa tetiba komen...
Owh..takleh nak bayangkan...

Jgn luper nnt ajak kitorg! Support flight ticket pun dh ok maa...bleh kami tlg bawak kan stroller...

stroller je...hehe

puteri zulaikha megat said...

ya Allah seronok nya dapt melihat tempat org...kami tunggu dpt duit pencen nnti ler kot..umo 65 mau terhegeh2 bwk tongkat sambil heret beg roda...hehehe

Intanaziela said...

Nani: jom..jom... Hiks
Mama yg lebih hahahha

Intanaziela said...

As...hihii...disney hong kong besar jugaklah kalau nak banding USS yg kami pernah sampai, hong kong ni best aje kalau nk jln2 as... Kami pulak dok berangan nak ke jepun hikhikhik nanti boleh mintak panduan dari as ye

Intanaziela said...

Kak zue: iye kak, bila dah sampai tempat org kita akan lebih menghargai apa yg kita ada...tp seronok dpt belajar sesuatu yg baru kak.. X payah tunggu pencen pak megat boleh bawak akak pergi...hihihihi

Intanaziela said...

Nily: hahhaha kalau raisa boleh komen mesti dia cakap oh my english!

Nas Lie Yan T said...

Wah!!! Seronoknya perjalanan ke HongKong ek. Insya Allah doa kan yanti smpai ke sana gak ek suatu hari nanti. Suka tgk Raisa tu. comelnya sgt!!! Rmbut ala-ala rambut kakak Hani Yasmin lah. Perang dan berkerinting ikal ikak gitu... Hehehe.... Rindu kat Hadif. Masih petah lagi kah dia? Hehe...

Camgini aje intan - jgn pusing kepala, baik kita pusing keliling dunia kalau ada rezki. Amin!!!

Yanti nak ucap terima kasih kat intan & shamsul sebab kalian sedikit sebanyak telah membukakan sedikit selera suami yanti tu untuk bjalan ke luar negara. Walaupun Xjauh sangat pun tp alhamdulillah... Akhirnya.... Tercapai impian yanti sebab dapat rasa holiday naik kapal terbang mcm intan. 
Memula tu dolu2 mmg yanti cemburu then tanya Zimmy aka my mr roomate - naperlah kita Xdpt jln2 mcm intan dgn shamsul nih.? Diaorg pun anak sorang mcm kita. (time tu kan hadif aje yg ada. So kira sama lah mcm yanti. Tp skrg Hani je yg masih anak tunggal...uhuk) Rasanya kita pun lebih kurang dia aje kot (cuma yanti mmg malas kemas rumah berbanding intan sbb rmh intan kemas selalu!! Suka!! - erkkk... Tetiba rumah ek) 
Sungguh yanti mmg suka tgk kgkawan dapat g holiday luar msia! Bukanlah msia Xcantik tp bila tgk tv pasal kehebatan sesuatu tmpat dan kita pulak dpt pijak tmpt tu - subhanallah!!! Kagum!!! Gembira!!! Teruja!!! Dan alhamdulillah!!! 

Intan
Pada yg berkata apa2 yg buat intan sedih dan tersentuh sebagainya, anggaplah sahaja bahawa mereka itu telah mempunyai suatu keistimewaan dan kelebihan yg luar biasa. Dan kita adalah tidak setanding dengan mereka itu langsung. Mungkin suatu kerugian apabila kita tidak dapat melakukan seperti apa yg sudah dia lakukan. Anggaplah ianya kekurangan kita semata!!! Kerana yg hebat dengan maha kebaikan itu datangnya hanya dari Allah swt semata2. Dan sudah pasti lagi bersuluh kita ini hanya hambaNya yg lemah lagi hina. 

Apakata kita doakan semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya kepada sidia itu agar dikurniakan dengan kesihatan akal, fizikal dan rohani yg sihat walafiat senantiasa. Amin

Intan my sweet friend !!! Chill aje!! Yanti kan ada... Hehehe

Intanaziela said...

Yanti: rindulah kat yanti..lama kita tak jumpa...Rambut raisa tu kenankan rambut hani la kot..suka benar tengok rambut hani..kekekek abg hadif macam tu jugak la, bising mulutnya tapi dah semakin matang maklumlah adik dah dua hikhikhik

yanti, intan suka aje nak bagi tips atau jawab apa je yanti tanya bila nak travel sebab apa salahnya kita berkongsi ilmu dan pengalaman yang kita ada... berjalanlah lihat tempat orang sekiranya kita ada kemampuan, sedikit sebanyak akan ada ilmu yang boleh kita dapat dari pengalaman kita berjalan itu.. rumah intan dah macam nurseri yanti...budak kecik ramai..kah kah kah..tapi tak kisahlah janji anak2 ok, gembira, esok diorang dah besar baru fokus nak lawa2kan rumah..hiks..

yanti, thanks for being my friend... really appreciate it, lepas ni pujuk2 zimie ajak pi hongkong pulak...hani mesti teruja bila ke disneyland...sebab auntie intan pun kalau boleh nak pi lagi..hikhikhik

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!