Tuesday, June 12, 2012

Lagi 2 hari


Nasi goreng segera, nasi lemak segera, nasi ayam segera, serunding daging dan ayam, magee cup, mushroom soup, kopi, milo, sardin, tuna, coki-coki, kit kat, biskut, bubur nasi, dan nutella tak tinggal.  Ambik stok makanan, garenti tak kelaparan, hihihi.  Bukan tak ada tempat makanan halal, since kami menginap di aparment, dan bawa anak kecil, rasanya lebih elok ada stok makanan, tambahan anak dara saya si Raisa itu tak boleh kurang makan, kalau kurang makan dia jadi hyper macam mak dia  hahahaha.
Ubat-ubatan yang dah siap diambil dari klinik

 duit tukaran - gambar ehsan je ni...mana ada duit nak tukar banyak2 sambil jeling cik bunga

Lagi 2 hari, stok makanan dah complete, stok ubat pun dah complete (ORS tapi belum expired pun ada), pakaian dah boleh masuk beg malam ni, duit pun dah tukar, tinggal nak berlepas sahaja, semoga Allah permuahkan urusan percutian kami anak beranak.  Trip ni pengubat rasa sedih sebab terpaksa burn tiket ke Guilin bulan 2 hari tu atas sebab takut saya terbesalin atas kapal terbang... jaki gile tengok gambar cik nani dan cik bunga tau! kalau tak dapat Hadif dan Raisa pegang ais sambil bajet cun pakai baju sejuk! Terima kasih pada cik bunga sebab memperkenalkan nasi segera kepada kami,Senang hidup..kekekkeke.

Travel dengan dua orang anak kecil dan seorang anak bujang ni tak tahulah macam mana havocnya, harap-harap semuanya beri kerjasama.  Oleh kerana bawa anak-anak kecil, itinerary kami tak la meriah macam orang lain, lebih kepada nak buat anak-anak enjoy, mak bapak tumpang gembira..cewah.. Ini pengalaman pertama Kauthar naik kapal terbang, harap sangat dia kekalkan prestasi dia yang menyenangkan, Hadif dan Raisa saya tak risau sebab dah biasa, cumanya cuak jugak sebab Raisa sekarang ni dah ligat, takut ada pulak yang nak jadi pilot atau pramugari kat atas tu nanti..hohoho.

Ok, cukup untuk entry ini, insyaallah, balik nanti saya update cerita percutian kami, kalau anak-anak ok, boleh la plan percutian yang lebih lama..lebih jauh...macam lagu zizan dan kaka tu.. hiks..nak buat check list dan sedikit review lagi.  Saya bagitahu hubby, dia puat preparation guna bahan elektronik (ipod..ipad..etc) saya secara konservatif.  Kalaulah tiba2 gadget2 dia tak boleh guna... berguna juga kertas kajian saya harharhar...

7 comments:

Nas Lie Yan T said...

Hehehe... Kiut jer baca cerita anak dara intan yg soang tu. dah ler ligat, comel plak tu. sure nak marah pun Xsggup. Huhu
Harap Kauthar berada dlm keadaan baik sepanjang percutian ek. Aminnnn
Ok, take care and ingat byk minum air tau. Almaklum, musim panas nih. Happy holiday Intan. Safe journey!! Muah muah

PM said...

moga selamat semua ye k.intan. hehhehe

mrs.krie :O) said...

wahhhh kak yang....mau berjalan kemane kah tu??? bestnya..... smoga selamat dan dipermudahkan perjalanan dan percutian kak yang...:O)

Intanaziela said...

yanti: ye yanti, tengok muka raisa nak marah pun tak sampai hati, gelak jugak jadinya...dia hep hep hep kita kalau kita marah dia tau..tq yanti, amin..amin..mudah2an Allah permudahkan urusan kami...

Nani: tq nani..tq for the tips and your help...selamat berenjoy jugak kekekek

ida: nak bawak anak2 pi jumpa mickey mouse ida...tq ye ida...

mamazana said...

Happy Holiday Babe!

Intanaziela said...

mamazana: tq babe...

Azleen Khamis said...

jangan lupa story ya nanti...nak jugak tahu...

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!