Alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia. Penat tapi berbaloi. Cumanya sepanjang percutian ini saya kerinduan. Rindu pada anak-anak yang tinggal dibawah jagaan opah dan atuk serta mak lang dan uncle. Kauthar demam panas sambil sebut "mama...mama..." kakak Raisa cakap "rindu mama..." eii..saya menangis macam putus cinta. Nanar jadinya. Cakap kat hubby...lama lagi la jawabnya kita dapat bercuti berdua. Tak sanggup lagi rasanya saya melalui fasa ini. Lepas ini, insyaallah akan usung anak-anak ke mana sahaja kami pergi. Abang Hadif memang tak kisah, tapi kakak dan adik tu memang tak pernah berpisah dengan saya.
Sampai sahaja di rumah opah, Kauthar tak mahu saya dukung. Palingkan muka lagi. Huaaaa lagilah saya sedih. Mujur sekejap aje merajuknya anak itu. Adik...adik... Kakak pula mulut tak berhenti bercerita... Tak larat nak bercerita panjang...saya kongsikan gambar-gambar semasa di Korea. Seronok dan sangat indah kenangan di Korea ini, insyaallah akan ke sana lagi kalau ada rezeki, dan yang pasti anak-anak akan turut serta.
di Odusan Unification Observatory - sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara
Sejuk sampai meleleh air hidung. Hari pertama saya memang rasa tak sihat, Nak menyesuaikan dengan cuaca yang amat sejuk.
Di Kimchi School, kat sini kami buat kimchi dan lepas tu kimchi tu akan diberi makan kepada orang-orang tua. Kira mcam keje amal la. Sah la ramai orang-orang tua yang sakit perut makan kimchi buatan tangan kami kah keh keh
Kimchi - ada yang suka ada yang tak suka. Saya? makan aje lah hahahha
Lagi membiri...cuaca cantik..cerah.. tapi angin yang bertiup memang buat kita gigil..