Thursday, January 10, 2013

Selamat Hari Lahir Abang Hadif Khawarizmi yang ke 9 Tahun

Abang Hadif request nak bawa cup cakes ke KAFA, nak bagi kawan-kawan dia. Siap request nak letak gambar Ben 10 dan Upin Ipin.  Saya search di internet resepi cup cakes (kek cawan) perisa coklat dan vanila dan malam semalam, sementara anak-anak layan CD Barney saya berekperimentasi di dapur.  Alhamdulillah jadi juga cup cakes abang Hadif.  Suka dia tengok cup cakes yang dah ada gambar-gambar tu. 

Bancuhan pertama je sempat ambil gambar, yang kedua dah malas sebab nak cepat-cepat siap, nak tengok cerita Adam dan Hawa kah kah kah

Dah siap bubuh whipping cream, dan letak edible image. Tak sekemas kalau di order dari orang yang expert, tapi boleh lah untuk Abang Hadif, kepuasan buat sendiri tu tak terkata hihihih

Siap diletakkan dalam kotak untuk dimakan dengan kawan-kawan di sekolah KAFA.


My Handsome Boy, Birthday Boy....Abang Hadif
Selamat Hari Jadi Abang,
Semoga dikurniakan iman yang sempurna
Akhlak yang terpuji
Pekerti yang mulia
umur yang bermanafaat
Hidup yang dirahmati di dunia dan di akhirat
Jadilah lah contoh yang baik buat adik-adik.

Mama, Babah, Kakak Raisa dan Adik Kauthar sayang abang sangat-sangat!

ada lebihan cup cakes mama hentam aje buat deco suka-suka, hantar rumah opah sekotak dan bawa ke opis sekotak.  Yang kat ofis dah selamat dimakan oleh rakan-rakan di ofis.

6 comments:

ronna said...

HAPPY BIRTHDAY HADIF...

PM said...

Happy birthday abang hadif. Dah besar dah ni... dah boleh mintak mama pinangkan kakak baju merah buat menantu. ** larikkkk

Intanaziela said...

Nini: tq auntie kata abg hadif

Intanaziela said...

PM: hahhahaha tu la, lepas ni abis la dia suh mamampinangkan kakakmbaju merah tuuuu hahahahah

zulaikha megat said...

selamat hari lahir abang hadif..sory cik ju lmbt wish kat sini..doa yg baik baik sahaja utk mu anak...

alialisa said...

happy birthday hadif!!

Hidup ini penuh dengan dugaan, Tak ikut?
Penakut. Kalau ikut? eeii..eii..sukanya dia!!